Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2016

TPM @zahid_hamidi ingatkan bekas pemimpin negara jangan jadi seperti 'kitab lama'

KUANTAN: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas pemimpin negara dan parti agar tidak menjadi seperti 'kitab lama' yang tidak dihormati generasi sekarang.

Tanpa menyebut mana-mana individu, beliau berkata seorang pemimpin seharusnya menjadi 'kitab' yang terus mendapat penghormatan dan menjadi rujukan generasi walaupun tidak lagi memegang jawatan penting.

"Cukup-cukuplah bila zaman kita telah berlalu. Kalau kita sudah jadi sebuah kitab yang tidak boleh dibaca, generasi kita tidak akan mengoyakkannya...kita akan letak di atas, jika berhabuk pun akan dicuci.

"Tetapi kitab lama kena duduk diam-diam. Jangan jadi kitab di lantai yang mengotorkan...Tetapi saya tidak merujuk sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan," katanya semasa berucap merasmikan Malam Sumbangsih UMNO Paya Besar 2016 di sini, malam tadi.

Majlis yang diadakan bagi menghargai sumbangan anggota UMNO bahagian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Ketua UMNO Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail dan 3,600 anggota parti.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri juga menggesa pemimpin tersebut supaya menghargai semua pemimpin baharu yang telah diberikan kepercayaan, amanah dan mendapat sokongan padu daripada peringkat akar umbi.

"Apabila zaman kita berlalu jangan ingat bahawa kependirian, kedudukan dan keberadaan kita selama ini disebabkan oleh kebijaksanaan dan kekuatan kita semata-mata atau sumbangan yang kita lakukan.

"Ingatlah ketika pemimpin dan organisasi itu diuji. Bagaimana semasa organisasi terbahagi dua dan terpaksa didaftarkan semula. Itu semua sejarah.

"Generasi kita perlu perkukuhkan semula parti kerana apabila kita kuat baharu institusi kepimpinan akan kuat," katanya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin masa kini supaya tidak takut berhadapan dengan ujian fitnah kerana sesuatu perkara yang tidak benar akan berbalik kepada individu yang menyebar fitnah itu.

"Itu terbukti terjadi kepada pemimpin yang tidak lagi bersama dengan kita hari ini. Semasa zamannya, kita diminta supaya jangan lupa untuk sokong pimpinan yang ada kerana parti adalah hak bersama dan bukan hak peribadi.

"Kita diberikan pelbagai nasihat semasa penggulungan, namun disebabkan kelupaan atau faktor biologikal, kita lihat ia berbalik kepada mereka yang berkenaan. Sekali lagi saya tidak merujuk kepada sesiapa.
"Sebab itu kita jangan mudah mengata itu ini kerana zaman kita akan berlalu.

"Jika kita aibkan seseorang, tunggulah ada orang aibkan kita. Jika ada orang nak aibkan kita, terlalu banyak sampah-sampah di bawah permaidani yang boleh dikutip tanpa menggunakan vacuum cleaner pun," katanya.

Ahmad Zahid berkata pemimpin masa kini juga perlu mengamalkan pendirian 'win-win situation', mempunyai pertimbangan dan berlaku adil kepada semua tidak kira peringkat dan bukan hanya membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan sendiri atau keluarga.

http://www.astroawani.com/berita-politik/bekas-pemimpin-jangan-jadi-kitab-lama-ahmad-zahid-106661

Kumpulan kedua rakyat Syria tiba disambut YAB TPM @Zahid_Hamidi


Kumpulan kedua rakyat Syria tiba

SYUKRI SHAARI
29 Mei 2016 12:47 AM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia terus berusaha me­­realisasikan komitmen da­­lam membantu rakyat Syria yang berhadapan dengan konflik perang saudara di negara mereka dengan menerima keha­diran kumpulan kedua rakyat negara itu hari ini.

Kumpulan kedua berkenaan yang melibatkan 68 orang daripada 18 keluarga tiba kira-kira pukul 11.30 pagi ini di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Su­bang dekat sini.

Ketibaan kumpulan rakyat Syria itu disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Ahmad Zahid berkata, sasaran asal ialah seramai 150 rakyat Syria akan menjadi kumpulan kedua tiba, tetapi selepas disaring daripada aspek kesihatan, keselamatan dan pemeriksaan dokumen, hanya 68 orang yang melepasinya.

Katanya, kumpulan kedua itu akan ditempatkan di negara ini secara sementara di Setia Alam dan diberikan Sijil Perakuan Cemas.

"Kesemua 18 keluarga ini akan ditempatkan sementara di sebuah apartmen tiga bilik di Setia Alam. Pertubuhan - pertubuhan bukan ke­­rajaan (NGO) akan membantu me­nguruskan penempatan mereka dan lihat kepada soal kebajikan serta beberapa perkara lain.

"Ini kerana kumpulan kedua yang kita sambut terdiri daripada ka­langan profesional yang antaranya merupakan jurutera, doktor, pensyarah dan sebagainya. Jadi, sekira­nya ada dalam kalangan mereka boleh diambil bekerja di beberapa syarikat, maka Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) akan dikeluarkan.

"Begitu juga dengan mereka yang terdiri daripada golongan pelajar, kita akan keluarkan visa pelajar. Ini termasuklah peringkat tadika, sekolah rendah, menengah, apatah lagi yang layak masuk universiti," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program sambutan Ketibaan Migran Syria di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat tahun lalu memberi komitmen bahawa kerajaan Malaysia sanggup menerima sebanyak 3,000 pelarian dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian di negara tersebut.

Kumpulan pertama rakyat Syria seramai lapan orang terdiri daripada dua keluarga tiba di negara ini pada 8 Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan menjangka menyambut ketibaan kumpulan ketiga dan keempat rakyat negara itu pada bulan Ramadan ini.

Katanya, kerajaan menjangkakan seramai 200 orang lagi pada ketibaan akan datang tetapi menjelaskan bahawa semuanya bergantung kepada proses saringan.

"Sebenarnya untuk tahun ini kita sasarkan 500 rakyat Syria akan tiba tinggal sementara. Kita akan uruskan setelah bekerjasama dengan duta Lebanon untuk pergi ke kem pelarian di Lembah Bekaa," jelas beliau.

Menurut Ahmad Zahid, setakat ini kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membawa rakyat negara itu, tetapi percaya masih perlu tambahan.

"Sebab itu kami memohon bantuan orang ramai. Kutipan derma telah dimulakan, diharapkan sumbangan akan berterusan kerana keprihatinan rakyat Malaysia amat didambakan," ujar beliau.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kumpulan-kedua-rakyat-syria-tiba-1.335907#sthash.z3LJWOt7.dpuf

28 Mei 2016

Yb Budiman Calon BN #PRKSungaiBesar

SABAK BERNAM 27 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Operasi BN di Pasir Panjang di sini malam ini.

Budiman, 44, yang berasal dari Kampung Sungai Limau di sini juga merupakan Setiausaha BN Selangor.

Ketika ini, Budiman, sedang melanjutkan pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Calon PRK P.093 itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Budiman memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang selepas mengalahkan Mohd. Fadzin Taslimin daripada Pas dengan majoriti 2,183 undi. - UTUSAN ONLINE

27 Mei 2016

MSAN setuju negeri, Pusat laksana pembekalan sumber air tanah - @Zahid_Hamidi


MSAN setuju negeri, Pusat laksana pembekalan sumber air tanah - Zahid

BERNAMA
26 Mei 2016 6:36 PM

KUALA LUMPUR 26 Mei - Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) hari ini bersetuju kerajaan negeri dan Pusat melaksanakan pembekalan sumber air tanah sebagai air mentah secara berterusan di loji rawatan air sedia ada bagi menghadapi kemarau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat berikutan cuaca panas melampau beberapa bulan lepas hingga menyebabkan 17 daripada 505 loji rawatan air di negara ini kekurangan sumber air mentah.

"Mesyuarat hari ini turut membincangkan empat kertas pertimbangan mengenai penyelarasan tadbir urus sumber air bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pembangunan sumber air negara," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan selepas mempengerusikan mesyuarat MSAN ke-11, di Menara Parlimen hari ini.

Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, menteri -menteri besar, ketua-ketua menteri dan menteri-menteri persekutuan serta exco kerajaan negeri.

Menurut Ahmad Zahid, MSAN juga bersetuju supaya Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) dan Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan Kajian Pelan Induk Sistem Bekalan Air Konjungtif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/msan-setuju-negeri-pusat-laksana-pembekalan-sumber-air-tanah-zahid-1.334876#sthash.1jak5Vpf.dpuf

23 Mei 2016

Watch "How to Repair a Windshield Chip or Crack" on YouTube

https://youtu.be/QjuWqBzO7qY

NGO Berkaitan Dadah Perlu Utamakan Keberhasilan Program Perangi Dadah-Ahmad @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah mengutamakan keberhasilan program yang dilaksanakan untuk memerangi penyalahgunaan dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun pelbagai aktiviti dilaksanakan NGO dan agensi kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah, jumlah penagih dadah masih tidak berkurangan setiap tahun.

"Kita harus melihat bukan hanya dari segi output...berapa banyak persatuan yang ada. Berapa banyak aktiviti yang ada. Berapa banyak wang yang akan diberikan.

"Tetapi kita kena lihat apakah hasilnya. Apakah keberhasilannya daripada dana yang diberikan kerajaan, selain daya pintar yang dibuat NGO dan pusat pemulihan daripada kerajaan," katanya semasa melancarkan Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC) di sini hari ini.

Sempena pelancaran itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyerahkan dana RM2 juta kepada MASAC sebagai geran tahunan untuk melaksanakan pelbagai program bagi memerangi najis dadah.

MASAC adalah gabungan 60 NGO dan pusat pemulihan persendirian yang menjalankan program dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang, termasuk menyediakan rawatan dan pemulihan dadah.

Menurut Ahmad Zahid beliau juga mahu melihat hasil daripada penubuhan MASAC menerusi dana yang diberikan.

"Mulai hari ini, kita tutup buku lama. Kita buka buku baharu. Saya telah isytiharkan di Sarawak tahun membanteras dadah. Tetapi jangan biarkan saya keseorangan kerana saya yakin saya tidak keseorangan. Saya yakin saudara-saudari boleh melakukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya NGO dan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa untuk bersatu membanteras penyalahgunaan dadah dan memulihkan para penagih dengan menggunakan pelbagai pendekatan.

"Kita semua adalah aset kepada negara. Kalau menjadi pesakit, aset ini akan bertukar menjadi liabiliti. Jadi tanggungan kepada masyarakat, ibu bapa dan institusi sosial dan beban kepada negara," kata beliau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1248107

22 Mei 2016

Pertahan Kekuatan, Kesucian Islam Dengan Kesatuan Ummat - TPM @Zahid_Hamidi



Published on May 22, 2016  in Terkini

PUTRAJAYA – Kekuatan dan kesucian agama Islam yang sering dicemburui, perlu dipertahankan dengan kesatuan ummatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam mendepani cabaran itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengetepikan setiap perkara buruk atau cabang perbezaan termasuk ideologi dan pegangan politik.

"Setiap gerakan ke arah menyatukan umat Islam adalah baik tetapi kita sedar di luar sana ramai yang cemburu dengan kekuatan Islam dan kesatuan yang dibina.

"Mereka tidak mahu umat Islam bersatu tetapi ingin melihat Islam itu berpecah-belah umpama buih-buih yang mudah terpisah dan dipisahkan," katanya semasa berucap merasmikan Zikir Perdana Sedunia bersempena malam Nisfu Syaaban di Masjid Putra di sini, hari Sabtu.

Bertemakan 'Islam itu Kedamaian', majlis itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama). Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Presiden Pertama Datuk As'ari Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata biar pun berdepan cabaran, beliau yakin kekuatan Islam di Malaysia terus terpelihara selagi Islam dijulang dan dijadikan sebagai ad-din atau pegangan hidup.

"Selagi kita pegang Islam sebagai ad-din, biar apa pun pertubuhan, aliran tarekat atau parti politik kita mampu bersatu asalkan segala perbezaan yang ada diketepikan," katanya.

Mengenai penganjuran majlis itu, timbalan perdana menteri berkata ia sesuatu yang amat disokong kerajaan kerana mampu menyatukan seluruh aliran atau tarekat atas nama kesepaduan umat Islam.

Dengan mengambil kira manfaat yang dibawanya, beliau yakin kerajaan bersedia untuk menampung sepenuhnya kos penganjuran majlis seumpama itu jika dianjurkan lagi pada tahun hadapan.

"Selain mahu menjadi negara Islam contoh, kita juga berharap majlis seperti ini dapat menjadi medan kepada orang Islam mendoakan kesejahteraan kepada negara dan pentadbirannya", katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang tiba kira-kira 4 petang meluangkan masa sepanjang Asar untuk solat berjemaah, bermunajad, berqasidah dan berselawat serta membaca Yassin sementara menantik waktu Maghrib.

Zikir itu dipimpin Habib Ali Al-saggaf manakala bacaan qasidah diketuai Syeikh Mahmoud Al-Wosabi dengan penampilan kumpulan qasidah dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka.

Bacaan zikir munajad dipimpin Sheikh Aleey Abdul Qadir, seorang pendakwah yang berasal dari utara Malaysia dan kini menetap di London. – BERNAMA

http://www.mynewshub.cc/2016/05/22/pertahan-kekuatan-kesucian-islam-dengan-kesatuan-ummat/

20 Mei 2016

Majlis Zikir Perdana Sedunia Sabtu Ini di Putrajaya Dijangka Dihadiri 50,000 Peserta


Sasar 50,000 hadir Majlis Zikir Perdana Sedunia

myMetro

Kuala Lumpur: Kira-kira 50,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Zikir Perdana Sedunia, anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Sabtu ini di Masjid Putra, Putrajaya.

Majlis yang bakal dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mengangkat tema 'Islam itu Kedamaian' yang bermula jam 4.30 petang.

Setiausaha Agung PERTAMA, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, majlis itu berlangsung pada 14 Syaaban 1437H iaitu bersamaan dengan malam Nisfu Syaaban iaitu satu malam yang baik untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.

Beliau berkata, majlis zikir itu sepatutnya diadakan serentak dengan beberapa negara lain, namun rancangan itu dibatalkan dan diadakan berasingan berikutan masalah teknikal.

"Negara yang bersedia untuk menganjurkan majlis zikir ini pada bulan ini adalah Indonesia, Thailand, Singapura, Kanada, Sepanyol, Jerman dan United Kingdom (UK) iaitu sebelum tibanya bulan Ramadan.

"Tahun ini, PERTAMA turut menganjurkan Muzakarah Ulama Nusantara Malaysia di Hotel Shangri-La, Putrajaya yang akan membincangkan isu mengenai masyarakat Islam di nusantara.

"Dijangkakan lebih 200 ulama dari dalam dan luar negara termasuk dari Yaman, Syria dan Kuwait akan hadir," katanya dalam sidang media di restoran di Jalan Bukit Bintang, semalam.

Menurutnya, objektif majlis zikir itu memasyarakatkan majlis zikrullah di masjid sebagai usaha mengajak umat Islam memaut hati kepada Allah SWT.

Katanya, selain itu, pelbagai bazar jualan turut dibuka termasuk jualan makanan, minuman, pakaian dan kitab serta buku agama dan pelancaran tiga buku termasuk Buku Amalan yang diedarkan secara percuma tahun lalu.

Katanya, tahun ini, majlis itu turut diserikan dengan simposium tarekat tasawuf dan pembentangan lima kertas kerja bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Turut hadir Yang Dipertua PERTAMA, Datuk As'ari Ibrahim dan Timbalan Yang Dipertua II Datuk Hisham Abd Majid.

Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 18 Mei 2016 @ 7:08 AM

Zikir Perdana Sedunia Oleh PERTAMA di #Putrajaya Sabtu ini dirasmi TPM @Zahid_Hamidi

Mohon sebarkan.

19 Mei 2016

#Parlimen : Siasatan 1MDB Jho Low Akan Dipanggil Jika Perlu - TPM @Zahid_Hamidi



KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Jho Low jika terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, tiada pertemuan antara Jho Low dengan pihak polis.

"Pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah) dan siasatan ke atas 1MDB merangkumi kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negra (PAC) ke atas 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat.

Tze Tzin mahu tahu sama ada Jho Low berada di Malaysia sejak bila dan adakah beliau telah berjumpa dengan polis berkenaan siasatan ke 1MDB.
Ujarnya lagi, semua saksi yang terlibat juga akan dipanggil pihak polis untuk dirakam percakapan jika perlu.

 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-polis-akan-panggil-jho-low-jika-perlu-ahmad-zahid-105611

TPM @Zahid_Hamidi : Malaysians urged to join construction sector @Youtube



16 Mei 2016

248 Tukang Urut , GRO Ditahan Polis @PDRMsia Beberapa Negeri Minggu Lepas - IGP @KBAB51

248 Tukang Urut , GRO Ditahan Polis
By sam May 16, 2016 : 2:27 pm

KPN


SHAH ALAM – Seramai 284 tukang urut dan GRO disahkan ditahan oleh pihak berkuasa di beberapa negeri sepanjang minggu lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman akaun Facebooknya, hari ini.

Menurut Khalid, tangkapan dan penahanan tersebut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan berasingan.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat sepanjang minggu lepas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Tangkap 284 orang tukang urut dan GRO,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Dalam perkembangan lain, seramai 416 ditahan manakala 1987 komputer dirampas dalam serbuan yang dilakukan di pusat perjudian minggu lalu.

“Gempur judi sepanjang minggu lepas (berlaku) di Selangor,Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kedah,” katanya lagi.

http://www.pru14.tv/2016/05/16/248-tukang-urut-gro-ditahan-polis/

Semakan Status Perjalanan di Web @Immigresenmy Elak Kesulitan

Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia

Semakan Status Kawalan Imigresen

Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

This website enables Malaysian to check their immigration status on application for passport and travelling overseas.

Klik

http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

15 Mei 2016

BERNAMA - Banjir Kilat: Kerajaan Siasat Unsur Rasuah Dalam Projek Pembangunan Di Ibu Kota


Banjir Kilat: Kerajaan Siasat Unsur Rasuah Dalam Projek Pembangunan Di Ibu Kota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyertai pertandingan teh tarik pada Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2016 di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.

"Yang terbaik ialah menyelesaikan masalah rakyat ini dalam jangka segera dan dalam jangka panjang supaya ia tidak berlaku lagi. Tidak sepatutnya banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur kerana sistem dan infrastrukturnya cukup baik.

"Mungkin ada permasalahan dari segi pengaliran air hujan berlebihan. Saya akan membantu kementerian dan jabatan berkenaan untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga 2016 Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras, hari ini.

Turut hadir Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat penyiasatan susulan tindakan kartunis politik tempatan, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karyanya pada satu pameran di Geneva, Switzerland.

"Dari segi pengendalian, saya serahkan kepada pihak polis. Itu pendekatan saya, atau beberapa pihak lain dari segi pelaksanaan penyiasatan dan tindakan undang-undang," katanya yang berpendapat isu itu turut membabitkan aspek moral, akhlak, dan integriti individu berkenaan.

"Mengkritik tidak jadi masalah, tetapi menghina adalah satu perkara lain. Saya terima kritikan terutama yang membina sebagai sesuatu yang sihat tetapi menghina adalah sangat berbeza.

"Saya fikir dalam hal ini saya minta supaya Allah buka hati mereka supaya segera bertaubat dan segera untuk menggunakan pendekatan lain kalaupun mahu meraikan perbezaan pendapat," katanya.

-- BERNAMA 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1245592

Analisa PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar Berdasar Keputusan PRU 13 dan PRN Sarawak



Analisa PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar



PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.


Sepuluh PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK


Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); PRK Parlimen Rompin, Pahang (5 Mei 2015); dan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang (7 Mei 2015).


Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini. Tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.


Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).


Parlimen Sungai Besar pula mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).


Daftar pemilih pilihan raya bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 2 Jun, manakala anggaran belanjawan yang diperlukan bagi mengendalikan kedua-dua PRK ini adalah sebanyak RM2.7 juta,


Sudah beberapa kali dalam sejarah PRK diadakan pada bulan puasa dan yang terbaharu di Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013).
Analisa Parti Bertanding 

1. PAS mahu bertanding di kedua kerusi kerana kalah dengan majoriti kecil pada PRU13
2. DAP tidak berminat bertanding di kedua kerusi.
3. PKR juga dijangka meletakkan calonnya di Sg Besar.


Spekulasi Calon

1. BN mungkin meletakkan isteri calon di Kuala Kangsar dan akan umum seminggu sebelum penamaam calon pada 5 Jun 2016.
2. PAS dan PAN mungkin meletakkan calon di Kuala Kangsar.
3. PKR dan PAS mungkin menentang BN di Sg Besar.


Faktor Kekalahan dan Kemenangan BN

BN mungkin sedikit sukar kerana perpecahan dalaman antara Najib dengan Tun Mahathir disertai Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Shafie APdal. Terbaru Tun Mahathir telah menandatangani deklarasi rakyat pada 4 Mac 2016 yang disertai pembangkang seperti PAN, DAP dan PKR. Lebih 50 pemimpin menandatanganinya termasuk bekas Presiden MCA DS Lim Liong Sik.

mahathir malaysiakini najib


Tun Mahathir telah keluar parti pada 29 Feb 2016 buat kali kedua selepas kali pertama semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Kuala Kangsar juga turut menjadi tempat bekas pemimpin wanita UMNO ( Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia ) yang keluar parti dan bertanding bebas ( Datuk Kamilia) walau hanya mendapat 447 undi dan hilang wang deposit.

PAS menganggap beliau saingan utama mereka pada PRU yang lalu.

Kemenangan Datuk Wan Khair-il juga tidak sama dengan majoriti calon BN pada PRU 12 Datuk Seri Rafidah Aziz yang menewaskan calon PAS Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1458 undi.

Kejayaan di Sarawak tidak sama dengan situasi di Semenanjung.

Perpecahan antara PAS dan PAN selain pergeseran antara Azmin dan Azizah serta skandal Banglo Lim Guan Eng mungkin menjadi faktor peluang kemenangan BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar.


Faktor Kemenangan 

Strategi BN meletakkan Dr Zambry dan Ds Noh Omar sebagai Pengarah PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar dengan diselaras oleh Pemangku Timbalan Presiden DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dibantu Naib Presiden DS Hishammuddin Hussein mungkin menggandakan lagi skala kempen BN di kedua kawasan yang ditandingi. 

Dengan petunjuk ekonomi yang semakin baik selain kemenangan bergaya BN di Sarawak barangkali boleh memberi semangat berbeza kepada rakyat untuk terus memilih BN di kedua PRK ini.

Dengan pengundian pada bulan Ramadhan dijangka emosi kedua parti akan lebih stabil dan tidak mudah membuka ruang kepada kempen yang menyalahi undang-undang atau syariat Islam.

Kenyataan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon 'winniable' dan 'likeable' akan dipilih meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada BN.


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : SELANGOR

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.093 - SUNGAI BESAR
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. MOHAMED SALLEH BIN M HUSIN PAS18,296
2. NORIAH BINTI KASNON BN18,695MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:42,837
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:690
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:37,681
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:37,810
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:129
PERATUS PENGUNDIAN:88.30%
MAJORITI:399

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PERAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.067 - KUALA KANGSAR
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. KAMILIA BINTI IBRAHIM BEBAS447HILANG DEPOSIT
2. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD BN14,218MENANG
3. KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH PAS13,136
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:33,540
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:407
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:28,208
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:28,283
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:75
PERATUS PENGUNDIAN:84.30%
MAJORITI:1,082

DAP tidak minat tanding PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar Dan Tolak PAS

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu, bagaimanapun berkata segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dijalankan.

"Terlalu awal untuk memperkatakan tentang perkara ini. Kita serahkan kepada mesyuarat yang akan diadakan nanti di peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan yang tentu kami akan hadiri dan kami akan bincang dahulu sama-sama. Baru ada semangat setiakawan.

"Dari DAP kami tidak berminatlah. Kami tidak berminat untuk bertanding di dua kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang Anime Matsuri-Magical Summer 2016 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lim turut menyifatkan perkara berkenaan pilihan raya kecil di Parlimen Sungai Besar seharusnya diajukan kepada Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terlebih dahulu kerana kawasan terbabit adalah di negeri Selangor.

"Kita masih ada masa yang panjang untuk perbincangan kerana hari penamaan calon adalah pada 5 Jun. Masih belum terasa bahang-bahang pilihan raya kecil. Ada tiga minggu lagi, marilah kita bersabar. Apa yang penting DAP hanya akan menyokong calon Pakatan Harapan sahaja," katanya.

Semalam Lim menegaskan DAP hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan dan tidak akan menyokong calon PAS kerana parti itu bukan sekutunya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon PAS Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.


http://www.agendadaily.com/Analisa/dap-tidak-berminat-bertanding-di-prk-kuala-kangsar-dan-sungai-besar-guan-eng.html

05 Mei 2016

@TV3Malaysia dan @501Awani Lapor Helikopter Bawa VVIP Hilang Dari Radar di Sarawak



Sebuah helikopter dipercayai membawa VIP dilapor hilang dari radar di Sarawak petang tadi.

Ketika kejadian helikopter berkenaan dilapor dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira jam 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.




Menurut info Astro Awani Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon turut menaiki helikopter tersebut. Semoga semua selamat.


Watch "#PRNSARAWAK Rm20 juta Peruntukan Lulus Untuk Membina Dewan Dan Kuarters PGA Sibu" on YouTube

https://youtu.be/W3_Ahr6aKQI

Watch "Imigresen dan JAWI adakan operasi serentak serbu Pusat Judi" on @YouTube

https://youtu.be/Rh5A0oeuucQ

01 Mei 2016

BERNAMA - Opposition Only Know How To Talk - @Zahid_Hamidi


Opposition Only Know How To Talk - Zahid

LAWAS, April 30 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today condemned the opposition for criticising the government yet had not done anything for the people.

"They are only creating a nuisance and playing with the people's sentiments to make them hate the government; they don't do anything.. they just want to get the allowance," he said.

He said this at a Volunteer Reserve Corps (Rela) programme in Kampung Buduk Nur, Ba'kelalan, about 130 km from here.

Zahid, who is also Home Minister said the opposition preferred to turn a blind eye to the government's efforts and were only good at talking.

"When I was the Defence Minister, I brought in the army to build Jalan Jiwa Murni from Lawas-Ba'kelalan but when the road was damaged, Baru Bian (Sarawak PKR chairman) complained.

"As the assemblyman, he should have been the one to repair the road. He only knows how to talk but does not do his job. Five years as the assemblyman is enough for Baru Bian. People, return and support BN," he said.

At the programme, Ahmad Zahid also pinned the Rela rank of assistant superintendent on nine village chiefs in Ba'kelalan.

Also present was Ba'kelalan BN candidate Willie Liau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/po/newspolitics.php?id=1241100

Cari Blog Ini

Translate