YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
31 Januari 2017
Mark Zuckerbeg vs @realdonaldTrump
read more about this :
http://money.cnn.com/2017/01/27/technology/zuckerberg-trump-immigration/index.html?sr=twCNN012917zuckerberg-trump-immigration0415AMVODtopPhoto&linkId=33892349
https://www.washingtonpost.com/news/post-nation/wp/2017/01/28/mark-zuckerberg-concerned-about-trump-immigration-order-these-issues-are-personal-for-me/?postshare=4511485631551860&tid=ss_tw&utm_term=.b97ef50d6a4c
Mahkamah #Amerika Tolak Perintah Sekatan #Trump - Kosmo! Online
NEW YORK – Seorang hakim persekutuan kelmarin menolak sebahagian daripada sekatan kemasukan sementara imigran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (gambar).
Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa supaya menghentikan tindakan menghantar balik kumpulan pelarian dan pelancong yang terperangkap di lapangan terbang di AS.
Keputusan itu dilihat seiring dengan tindakan orang ramai berkumpul di beberapa lapangan terbang utama di seluruh negara dan membantah lara–ngan Trump ke atas kumpulan imigran Islam.
"Kejayaan!!!!!!", kata Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) dalam satu mesej melalui Twitter selepas Hakim Daerah AS, Ann Donnelly mengumumkan keputusannya.
Sebelum ini, peguam mewa–kili ACLU mencabar keputusan kerajaan AS pimpinan Trump berhubung perintah itu.
"Mahkamah kita pada hari ini berfungsi dengan tepat sebagai tembok pelindung terhadap kekejaman kerajaan atau polisi dan dasar yang tidak mengikuti perlembagaan."
Perintah eksekutif Trump yang ditandatangani Jumaat lalu menggantung kemasukan pelarian untuk tempoh sekurang-kurangnya 120 hari dan menyekat visa ke atas pelancong dari tujuh negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam untuk tiga bulan akan datang.
Tujuh negara itu ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.
Langkah itu, yang dikuat kuasa serta-merta oleh pihak berkuasa AS sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh negara.
Seramai 2,000 penunjuk perasaan yang berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini menjerit: "Bagi mereka masuk, bagi mereka masuk!"
Bantahan besar-besaran juga dilaporkan berlaku di lapangan terbang di bandar Washington, Chicago, Minneapolis, Denver, Los Angeles, San Francisco dan Dallas.
Keputusan sementara oleh Donnelly berlaku selepas sekumpulan individu ditahan di lapangan terbang ekoran perintah eksekutif Trump.
Seorang lagi hakim persekutuan di Virginia juga mengeluarkan perintah sementara selama tujuh hari bagi menghalang pihak berkuasa imigresen mengusir penduduk-penduduk tetap sah yang ditahan di Lapangan Terbang Dulles dekat sini, menurut laporan media AS. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4XH6QvxGu
Hakcipta terpelihara
Sent from my iPhone
Masjid Terbakar di Texas Amerika -Kosmo! Online - Dunia
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4XH5cf8zR
Hakcipta terpelihara
Sent from my iPhone
Wafa Nafi Kritikal Akibat Kanser Usus - Kosmo! Online
KUALA LUMPUR – Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir, 51, menafikan dirinya sedang menghidap kanser usus dan dalam keadaan kritikal seperti digembar-gemburkan setengah pihak sebelum ini.
Wafa berkata, dia berasa sedikit terkilan kerana perkhabaran tidak benar tersebut telah memberikan impak dan kegelisahan kepada keluarga serta teman-teman rapatnya.
"Sebenarnya, saya menghidap kanser peritoneal. Kanser tersebut merupakan susulan daripada diagnosis pertama kanser ovari yang pernah saya hidap dahulu. Biarpun telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi, sel kanser tersebut masih ada.
"Buat masa ini, saya masih menjalani rawatan kemoterapi bagi melawan sel kanser yang menyerang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4XH4hTNEl
Hakcipta terpelihara
30 Januari 2017
Blogger Malaysia Di Amerika Tulis Kekecohan di Airport LA Selepas #TRUMP Ban #ISLAM
Trump’s immigration ban: I witnessed the chaos
By Zan Azlee
source : https://fatbidin.com/2017/01/30/trumps-immigration-ban-i-witnessed-the-chaos/
DPM @Zahid_Hamidi Off To Brunei For Working Visit
Read More : http://www.nst.com.my/news/2017/01/208178/zahid-brunei-working-visit
Biadap ! Tokong Berbentuk Kubah Masjid di Klang
Menghina namanya. Dah melampau sangat. Lokasi Bukit Raja Klang . Pihak Majlis pandang sebelah mata saja.
Kasi roboh
Lokasi diterima.
Jalan Mayong 5e/Ku5 Bandar Bukit Raja Klang
5 maut dalam tembakan di masjid Quebec City Kanada - BERITA HARIAN
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/241655?m=1
Apa Cerita CEO baru CELCOM ???
Saya baru sahaja membaca artikel Parpukari bertajuk CELCOM di ambang kemusnahan kerana CEO Mat Saleh http://parpukari.blogspot.my/2017/01/cili-kasi-taruk-celcom-diambang.html
Banyak kisah berlaku dan saya tidak perasan CEO CELCOM sudah bertukar rupanya
29 Januari 2017
Tajol Rosli Beri Saya 'Nyawa' Dalam Politik, Kata Ahmad @Zahid_Hamidi
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Katanya namun Tajol Rosli yang ketika itu pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak tetap memberi kepercayaan serta sokongan dengan memberinya peluang bertanding dalam pemilihan UMNO pada tahun 2000.
"Ketika saya 'terpijak kulit pisang' pada tahun 1998 hingga masuk ISA, yang kembali memberikan 'nyawa' kepada saya dalam dunia politik nasional adalah Tajol Rosli.
"Beliau membenarkan saya bertanding sehingga mendapat undian keempat tertinggi dalam pemilihan Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya kedua tertinggi pada pemilihan seterusnya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Veteran UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini, hari ini yang turut dihadiri Tajol Rosli.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan anggota Parlimen Bagan Datuk turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusof Kassim kerana membantu memastikan beliau mendapat sokongan perwakilan lain semasa pemilihan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan muda supaya sentiasa ikhlas dalam perjuangan parti.
"Kepada yang masih-masih muda ini, saya nak nasihatkan dalam politik tidak ada istilah merajuk, kita perlu sentiasa positif dengan ujian daripada Allah.
"Saya 11 tahun menunggu bermula daripada Timbalan Menteri Pelancongan pada 2004 kepada Timbalan Perdana Menteri tahun 2015, saya tidak pernah merungut pun kerana yang penting kita perlu istiqamah dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan," katanya.
-- BERNAMA
28 Januari 2017
27 Januari 2017
26 Januari 2017
24 Januari 2017
#Video Ucapan @Zahid_Hamidi Isu 6.6% Ini Begitu Berbahaya Kerana Boleh Menenggelamkan Kapal Tentera Siber Pakatan Harapan !!!
Harap pejuang siber nampak kesilapan mereka menuduh YAB TPM tidak menghargai kewujudan mereka atau tidak berterima kasih.
Mereka perlu sedar sejak sekian lama TPM sentiasa menghargai mereka.
Namun mereka sahaja tidak cukup kerana BN memerlukan lebih ramai yang berkualiti untuk menjadi lidah parti di alam maya menyebar dengan tangkas segala penerangan dan komunikasi agar fitnah akan lenyap dari muka bumi internet tanpa sempadan ini.
Jika ikhlas dan ada rezeki sudah tertulis di Loh Mahfuz maka sudah tentu Allah akan memberi ganjaran sangat besar samada di dunia mahupun di akhirat nanti.
Harap disebarkan video ini....
Sent from my iPhone
23 Januari 2017
Logik Kenapa TPM @Zahid_Hamidi Sebut Hanya 6.6 % Tentera Siber Kita Di Alam Maya #2017
Usaha jentera siber oleh pelbagai pihak telah berjaya memenuhkan alam maya dengan serangan demi serangan sehingga jurang telah dapat dirapatkan hingga kekuatan kita hampir sama semasa PRU13 lalu.
Namun perpecahan UMNO telah membuatkan jentera kita makin lemah kembali.
Bukan tidak ada jawapan balas namun kekuatan kita makin kurang.
Itu situasi yang berlaku berdasarkan pengalaman penulis sendiri sejak mengikuti alam maya sebagai penggiat media sosial sejak 2008.
Maka apabila disebut semalam semasa pelancaran jentera wanita UMNO bahawa nisbah 1:15 tentera siber oleh YAB TPM semalam maka ramai telah melompat seolah-olah TPM merangkap pemangku Timbalan Presiden UMNO mengguris hati pejuang siber yang bekerja keras selama ini.
Walhal beliau sendiri setiap kali berucap Perhimpunan Agung UMNO tidak pernah lupa menyentuh jasa dan pengorbanan jentera siber alam maya.
Sila rujuk ucapan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi pada PAU lalu.
Statistik ini perlu dilihat dengan menyeluruh dengan isu perpecahan dalam UMNO sendiri sehingga jentera siber pro Tun Mahathir Tan Sri Muhyiddin DS Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir telah menentang sesama sendiri selepas boss mereka meninggalkan umno dan membuat parti baru.
Jika tiada perpecahan barangkali kita sudah jauh meninggalkan kekuatan jentera siber pembangkang!!!
Selain itu ramai juga antara mereka telah mula meninggalkan perjuangan. Faktor tiada bantuan kewangan atau faktor kesibukan tugasa atau faktor dipinggirkan barangkali menjadi puncanya. Ada juga yang berhijrah menyambung ke luar negara hingga meninggalkan pasukannya mencari nafkah dengan orang lain.
Seterusnya perpecahan sesama sendiri juga melemahkan jentera siber UMNO. Maka usaha jentera kita telah digunakan untuk menentang sesama sendiri sehingga mereka sudah kesuntukan masa menjawab satu persatu komen negatif oleh jentera siber pembangkang.
Siapa tidak tahu kisah perpecahan antara blogger umno sehingga ugut mengugut pukul memukul berlaku dan tular di kalangan group Whatsapp dan Telegram kita.
Ada juga info memberitahu faktor peruntukan menyebabkan jentera siber kita sukar meningkatkan kekuatan sehingga tidak lagi menghasilkan tentera baru maya pro kerajaan..
Masalah lain kita juga mengikut hemat penulis ialah pasukan siber kita sukar bersatu di bawah satu pasukan kerana memiliki Tauke yang berbeza dan menyukarkan usaha menentang persepsi negatif pembangkang secara bersepadu.
21 Januari 2017
20 Januari 2017
Skim kutu: Taa'wun atau Gharar? - Rencana - Sinar Harian
Permainan kutu di haruskan berdasarkan:
- Jumlah yang disumbangkan/disimpan oleh setiap ahli adalah sama.
- Jumlah diterima adalah sama dalam kalangan ahli.
- Wujudnya sistem penerimaan jumlah wang yang disumbangkan secara giliran serta adil dan disepakati dalam kalangan ahli.
- Tidak wujud unsur-unsur riba iaitu tidak terdapat seorang pun yang membayar lebih daripada ahli lain.
- Tiada unsur gharar ataupun ketidakpastian iaitu tarikh ataupun masa penerimaan jumlah wang yang disimpan oleh ahli akan diberikan kepada ahli mengikut masa dan tarikh yang telah dipersetujui melalui musyawarah (persetujuan bersama mengikut sistem giliran).
Sent from my iPhone
16 Januari 2017
15 Januari 2017
CCTV tak sepadu lengahkan usaha tangani jenayah - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian
CCTV tak sepadu lengahkan usaha tangani jenayah - TPM
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama media Malaysia di Kunming pada hari terakhir lawatan kerja beliau ke China.. - Foto BERNAMA
KUNMING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem kamera litar tertutup (CCTV) secara bersepadu membabitkan polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta di Malaysia perlu dilaksanakan segera bagi menangani jenayah dengan lebih berkesan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kini semua CCTV yang dipasang PBT atau pihak syarikat di premis masing-masing tidak dihubungkan terus kepada bilik kawalan polis menyebabkan tindakan segera tidak dapat diambil jika berlaku jenayah.
Katanya, pihak PBT dan syarikat yang memasang CCTV tidak mahu hak ke atas peralatan itu diserahkan kepada polis dan masih beranggapan ia adalah aset mereka.
"Tindakan kedua-dua pihak itu menyebabkan setiap kali berlaku jenayah di premis masing-masing, mereka perlu menghubungi polis kerana mereka tidak mempunyai kuasa menahan suspek.
"Jika sistem dihubungkan terus dengan polis, mudah pihak berkuasa bertindak tanpa menunggu laporan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media di sini hari. Beliau mengakhiri lawatan ke China enam hari, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan supaya peruntukan tambahan diberi untuk meningkatkan jumlah pemasangan CCTV seperti yang dilaksanakan di China.
Katanya, hasil lawatan itu beliau mendapati di setiap 50 meter kawasan panas bandar raya China akan dilengkapkan dengan CCTV berdefinisi tinggi (HD) serta sistem mengesan, sekali gus berjaya menyelesaikan kes jenayah dalam masa singkat.
Selain itu, katanya pihak swasta yang terbabit sama dalam pengeluaran serta pemasangan CCTV di China, juga turut menyumbang CCTV di kawasan panas sebagai sebahagian tanggung jawab sosial.
Timbalan Perdana Menteri, berkata sudah sampai masanya pihak PBT dan swasta membeli CCTV HD dan sistem mengesan kerana peralatan yang digunakan kini menggunakan sistem analog yang teknologinya agak ketinggalan.
14 Januari 2017
Lindsay Lohan peluk Islam? | Hiburan | Berita Harian
Lindsay Lohan peluk Islam?
LINDSAY memakai hijab ketika menjalani aktiviti kerja amal di Turki.
LOS ANGELES: Sejak beberapa hari lalu, spekulasi bintang Hollywood yang sering terpalit kontroversi, Lindsay Lohan memeluk Islam kembali bertebaran selepas aktres itu memadam lebih 1,000 gambar di laman Instagram.
Pada paparan terbaru di laman sosial itu, Lohan yang dilabel 'bintang muda bermasalah' hanya berkongsi sedikit maklumat mengenai dirinya dengan mesej 'Alaikum Salam'.
Sehubungan itu, ramai peminat mengesyaki pelakon filem Mean Girls itu membuka lembaran baharu sebagai mualaf.
Sebelum ini, Lohan yang beragama Kristian, dilaporkan mengaku mahu mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan mengkaji ilmu agama.
Malah, pada laman sosialnya, Lohan pernah memuat naik potongan surah Taha ayat 114 berbunyi:
"Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku".
Ini disusuli keterangan gambar berikut:
"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada Engkau ilmu yang bermanfaat."
Lohan juga pernah dilihat di Brooklyn, New York berjalan sambil memeluk al-Quran, tidak lama dulu.
"Saya seorang yang sangat beragama dan terbuka untuk belajar. Rakyat Amerika mempunyai pandangan tersendiri mengenai al-Quran, sedangkan apa yang difikirkan itu tidak benar," katanya dipetik daripada laporan agensi.
Akhir tahun lalu, Lohan dilihat bertudung ketika melakukan kerja amal di Turki.
http://www.bharian.com.my/node/234458?m=1Sent from my iPhone
China Sedia Pindahkan Teknologi Kawalan Sempadan Kepada M’sia – TPM | UMNO Online
China Sedia Pindahkan Teknologi Kawalan Sempadan Kepada M'sia – TPM | UMNO Online
KUNMING (Wilayah Yunnan, China), 14 Jan – China menyatakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadannya kepada Malaysia bagi membantu negara memantapkan lagi kecekapan agensi berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada China, terutama di Wilayah Yunnan yang mengawasi sempadan dengan negara jirannya Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060 km.
Beliau berkata Malaysia akan menghantar sekumpulan 10 pegawai dari pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dalam tempoh dua bulan lagi untuk mendalami prosedur operasi standard kawalan sempadan China.
Beliau berkata ketiga-tiga perkara itu akan dipelajari sepenuhnya kerana Malaysia dan Yunnan mempunyai permasalahan berkaitan isu sama.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya mengemukakan tujuh cadangan baharu kepada MKN untuk dibincangkan dan dilaksanakan dalam memperkasa kawalan sempadan termasuk pakej kewangan.
Beliau berkata perbincangan mengenainya akan diperincikan lagi selepas kumpulan pegawai berkenaan kembali daripada latihan di China.
"Pada hemat saya perkara yang berkaitan dengan sempadan ini bukan hanya berkaitan dengan kawalan tembok secara fizikal sahaja, tapi mesti punyai satu sistem integrasi khusus termasuk teknologi terbaharu dan beberapa pendekatan saintifik yang dicadangkan pihak Yunnan," katanya.
Beliau memberi contoh sistem kawalan negara di sempadan Thailand ketika ini yang lebih berupa pagar berduri atau tembok semata-mata berbanding China yang menggunakan teknologi dron, satelit dan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi.
"…kita tidak ada semua ini (teknologi canggih China), mungkin perbelanjaan terlalu mahal. Dengan adanya perbincangan dengan China sebegini mungkin kita boleh berbincang soal pemindahan teknologi, mungkin boleh buat secara BLMT (bina, pajak, urus dan pindah) dengan beberapa agensi di China dengan kolaborasi agensi di Malaysia, nanti kosnya mungkin boleh dikurangkan," katanya.-MediaUMNO
13 Januari 2017
12 Januari 2017
@Zahid_Hamidi tempelak Muhyiddin soal FDI China | Semasa | Berita Harian
Zahid tempelak Muhyiddin soal FDI China
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto NSTP
BEIJING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pelabur China 'merompak' peluang pelaburan syarikat tempatan, melalui kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) secara besar-besaran ke Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata: "Kenapa dulu bila Jepun mengetuai FDI, tak kata orang Jepun 'rompak' peluang pelaburan tempatan?
"Bagaimana dengan pelabur Korea, pada satu ketika pelabur terbesar di Malaysia?
"Begitu juga pelabur Singapura, pelabur terbesar di Malaysia, adakah mereka datang ke Malaysia untuk 'merompak' peluang pelabur tempatan?."
Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu baru-baru ini bahawa masyarakat Melayu dan Cina tidak mengalu-alukan kedatangan pelabur dari China kerana bimbang periuk nasi mereka akan terancam.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak terutama pembangkang supaya mengetepikan perbezaan pandangan dalam tafsiran seperti isu ekonomi, bagi kepentingan pertumbuhan ekonomi negara yang banyak bergantung kepada jumlah FDI.
"Pelabur tempatan terus diberi keutamaan tetapi kemungkinan kemampuan mereka agak terhad terutama dalam menyuntik modal teknologi baharu. Kita memerlukan pelabur luar yang bukan saja membiayai modal, malah pemindahan teknologi dan pengetahuan, selain mendirikan kilang untuk pengeluaran produk kegunaan tempatan dan eksport," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/233664?m=1Sent from my iPhone
11 Januari 2017
10 Januari 2017
BERNAMA - #Puskas: @FaizSubri131 Harumkan Nama Negara - Ahmad @Zahid_Hamidi
Puskas: Faiz Harumkan Nama Negara - Ahmad Zahid
Sent from my iPhone
06 Januari 2017
Awie dapat Datuk Pahang | Hiburan | Berita Harian
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231201?m=1
Sent from my iPhone
Kerajaan Lulus RM800 Juta Atasi Banjir Di Kelantan – TPM @Zahid_Hamidi | UMNO Online
Menurut beliau, daripada peruntukan itu, sebanyak RM300 juta disediakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.
Projek tersebut yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka dilaksanakan pada Jun tahun ini, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
"Projek seterusnya pula sedang direka bentuk oleh JPS di bawah fasa kedua bagi memastikan isu banjir diatasi bagi tempoh jangka panjang," katanya.
Ahmad Zahid berkata peruntukan selebihnya melibatkan RM500 juta pula diberi untuk projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak di sungai terbabit.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menziarahi pesara komando tentera, Abu Bakar Md Ahmad, 66, yang menghidap strok sejak dua bulan lalu, di kediaman pesara itu di Taman Bukit Senang, Senai, dekat sini.
http://www.umno-online.my/2017/01/06/kerajaan-lulus-rm800-juta-atasi-banjir-di-kelantan-tpm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitterSent from my iPhone
04 Januari 2017
48 sekolah di Kelantan ditutup esok | Semasa | Berita Harian
48 sekolah di Kelantan ditutup esok
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Rantau Panjang membantu penduduk kampung ke tempat selamat selepas kawasan sekitar Rantau Panjang ditenggelami air akibat limpahan dari Sungai Golok di Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri
KOTA BHARU: Sebanyak 15,084 pelajar tidak dapat meneruskan sesi persekolahan esok apabila Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memutuskan 48 sekolah ditutup berikutan banjir yang belum surut di negeri ini.
JPN Kelantan, dalam kenyataan malam ini, menyatakan jumlah itu membabitkan 24 sekolah di jajahan Pasir Mas, sembilan di Kuala Krai, enam di Tanah Merah, lima sekolah di Tumpat dan empat di Machang.
Sekolah yang ditutup di jajahan Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram dan SABK Diniah Bongor.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Gual Periok, SK Batu Jarum, SK Barol Pial, SK Kubang Kuau, SMK Barol Pial, SK Tok Sangkut dan SABK Al-Balaghul Mubin di jajahan itu turut ditutup.
Di Kuala Krai, ia melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SABK Saadatul Qura, SK Batu Jong, SK Pasir Gajah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah.
Bagi Tanah Merah, enam sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi dan SK Kulim.
Di Tumpat, sekolah yang ditutup adalah SABK Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, SK Pulau Beluru dan SK Telok Jering.5
Di Machang, sekolah yang ditutup adalah SMK Temangan, SK Temangan, SK Kampung Kerilla dan SJKC Chung Hwa.4
Semua sekolah terbabit ditutup sama ada sekolah itu dinaiki air atau laluan ke sekolah ditenggelami banjir serta berbahaya kepada pelajar dan guru.
Penutupan sekolah itu turut membabitkan 1,528 guru. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/229980?m=1Sent from my iPhone
03 Januari 2017
Abu Hassan Din (Adik Allahyarham Haron Din) dirawat di IJN | Berita Harian
Abu Hassan Din dirawat di IJN
KUALA LUMPUR: Tokoh agama yang juga pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini sejak Ahad lalu dipercayai mengalami masalah jantung.
Abu Hassan, 71, yang juga adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din dibawa ke IJN dari Pulau Pinang menaiki kereta dipandu isterinya, Datin Rosbi Shabudin, 63, selepas mengadu sakit dada.
Anaknya, Shahirah, 38, berkata bapanya berada di Pulau Pinang kerana menghadiri program jelajah ilmu bagi mengumpul dana Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KOTARAJA), Ipoh, Perak.
Katanya, keadaan bapanya yang juga penaung KOTARAJA ketika ini masih lemah dan cepat penat walaupun keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pertengahan bulan lalu di IJN menunjukkan tiga saluran arteri di jantungnya tiada masalah.
"Doktor akan membuat imbasan jantung kerana mengesyaki jantung lemah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Shahirah berkata, bapanya mengadu jantung rasa pedih sebelum diberi ubat yang kebiasaannya akan pulih selepas 10 minit, namun bapanya terus mengadu sakit dan penat sehingga memaksa ibunya memandu sendirian dari Pulau Pinang dan tiba di IJN jam 12.30 tengah hari.
http://www.bharian.com.my/node/229793?m=1Sent from my iPhone
02 Januari 2017
01 Januari 2017
Pengetua meninggal selepas pengsan ketika mesyuarat | Utara | Berita Harian
Pengetua meninggal selepas pengsan ketika mesyuarat
UMAR Saidin, 56, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena
KEPALA BATAS: Pengetua sebuah sekolah menengah, di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika mempengerusikan mesyuarat sekolah, Selasa lalu.
Umar Saidin, 56, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, meninggal dunia di Hospital Kepala Batas (HKB) malam semalam, akibat serangan angin ahmar.
Menurut seorang kenalan Allahyarham yang enggan dikenali, Umar mengadu pening sebelum jatuh pengsan dan dihantar ke HKB untuk menerima rawatan lanjut.
"Melalui maklumat diterima dari rakan-rakan guru, Umar mengadu sakit kepala dan dibawa ke hospital dengan ambulans apabila dia tiba-tiba pengsan.
"Selepas beberapa hari menerima rawatan, penyakit angin ahmar menyerang semula dan disahkan meninggal dunia malam semalam," katanya ketika dihubungi BH, malam ini.
Allahyarham yang berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih 20 tahun meninggalkan seorang isteri yang juga seorang guru berusia 40-an dan dua anak.
Berita kematian Umar turut dikongsi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang memuat naik ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga guru berkenaan.
Jenazah Umar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Bogak, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.
http://www.bharian.com.my/node/229005?m=1Sent from my iPhone