Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Ogos 2009

Edisi Merdeka : Ayuh Kita Merdekakan Rakyat dari Fahaman Komunis Pakatan Rosak !

Dulu semasa komunis bermaharajalela mereka cuma menjajah fizikal rakyat agar menyokong perjuangan mereka yang ingin memerintah Malaysia menggunakan kekerasan. Mereka fikir ketika itu bahawa kekerasan adalah pendekatan yang sesuai untuk menguasai negara kita. Namun mereka silap!

Mereka menggunakan pendekatan bersenjata dan pertempuran ala gerila.. dan mereka sedar mereka tidak dapat menawan dan mengalahkan tentera gagah berani negara kita yang gigih menjaga sempadan dan kedaulatan negara kita..

Lalu di era moden lagi canggih ini maka penaklukan minda dilakukan. Matlamat mereka bagi menjana keuntungan politik agar mereka mendapat kuasa hasil undian rakyat. Justeru berbagai cara baik dan lunak di mata orang Islam telah dibuat termasuk membaca ayat quran semasa berceramah, menaikkan elaun guru agama, mengagumi Saidina Umar Ibnu Aziz dan lain lain. Alangkah hebatnya psikologi yang mereka gunakan.



Sebenarnya jika sesiapa yang nak sesuatu tentu akan buat sesuatu dan tidak mengira berapa banyak dan bagaimana caranya. Asalkan rakyat memberikan mereka kuasa ( baca : undi ) dan selepas berkuasa tentu mereka tahu apa yang perlu dibuat untuk membalas dendam atas apa yang mereka rasai ketika kalah dalam pertempuran satu ketika dulu.

Jangan terkejut apa yang berlaku sekarang ini adalah 'belang' yang telah mereka zahirkan sedikit demi sedikit. Kes pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam adalah salah satu contoh terbaik yang kita dapat lihat. Bayangkan mereka tidak sensitif kepada perasaan umat Islam hingga akhir sekali umat Islam telah marah dan bangkit menunjukkan perasaan mereka sehingga terbawa sekali kepala lembu di dalam perarakan menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu tersebut. Jangan lupa isu-isu lain seperti tulisan jawi dan laungan azan di Selangor sebelum ini.

Apa motifnya kita tidak dapat teka. Cuma bagi yang
ingin menyemarakkan lagi kekecohan agar berlaku rusuhan, tentu sekali merasa gembira dengan tindakan tersebut. Kerana penganut Hindu tentu akan marah dan tidak dapat menerima tindakan yang bagi mereka adalah sangat menghina 'Tuhan' mereka ( Lembu adalah Tuhan penganut Hindu )

Jika perkara ini tidak dapat dikawal maka tidak mustahil rusuhan agama akan berlaku ! Yang bermasalah dalam perjalanan politik mereka tentu akan ketawa kerana rakyat telah melupakan masalah rasuah yang melanda parti mereka yang terlondeh dalam inkues Teoh Beng Hock yang kita semua telah ikuti tiap-tiap hari.

Maka, untuk itu pada pandangan saya eloklah kita tidak mudah masuk perangkap mereka yang inginkan perkara ini terjadi. Ingatlah bahawa pergaduhan kaum / rusuhan berdarah bukan budaya rakyat Malaysia. Bahkan kemakmuran kita perolehi adalah hasil dari kestabilan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa.

Apa yang perlu kita lakukan?

Pihak berkuasa perlu lebih tegas menangkap sesiapa sahaja yang memainkan isu dan sentimen agama yang boleh menimbulkan kekacauan dan membuka ruang kepada pihak asing atau agen mereka untuk mencetuskan huru hara. Ingatlah situasi yang berlaku di negara lain dan juga bagaimana yang terjadi di Thailand adalah hasil tindakan pihak yang menjadi alat negara asing untuk mengganggu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.


Jika kita terleka dan terlupa untuk memerdekakan rakyat dari terus dijajah pemikiran mereka agar menentang kerajaan maka kita akan terjajah sekali lagi pada PRU akan datang. Maka tugaslah kitalah sebagai blogger untuk memerdekan rakyat negara kita dari terus dijajah minda mereka oleh komunis versi baru yang mahu konsep KESAMARATAAN menjadi teras pemerintahan Malaysia seperti yang diamalkan di China.

Selamat Merdeka !


Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !


27 Ogos 2009

Edisi Edaran BPN : Pendapat Rakyat Malaysia Jika Melayu Hilang Kuasa !!!

Logo baru Pakatan Rosak ? Sumber ( klik sini )



Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.

1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.



2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.



3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.

Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh".



4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.

Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.



5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.

6) Taksub.

Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.



7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.


Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.


http://images.malaysiakini.com/oib/imagebank/storyimages/nik_aziz_in_hospital_visited_by_najib_260704.jpg

Gambar Malaysiakini



Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah.



UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO.


Apakah PAS teras dalam PR ?


Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada Sekolah Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.



Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.


[SEK_23_SA.jpg]

Gambar Blog Mysrimuara


Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.



Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.




sumber : blog Azli Shukri ( http://azlishukri.blogspot.com )

26 Ogos 2009

Edisi Merdeka : Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Untuk Merdeka kali 52




Jika penyokong Pakatan Rakyat suka bakar bendera..manakala segelintir rakyat di Indonesia juga turut membakar bendera kita kerana termakan isu-isu tertunggak hingga berani membakar bendera negara kita.


Maka kita kena lawan penghinaan mereka dengan menggalakkan pemasanga bendera negara. Apatah lagi di saat kemeriahan menyambut MERDEKA di bulan Ogos ini.

Kita sebagai rakyat yang menghargai tanah tumpah darah ini perlu bersikap cintakan bendera negara kita. Jika ada orang di Malaysia tidak suka negara kita maka kita patut mendesak agar mereka dihantar pulang ke tempat asal....samada mereka rakyat negara ini atau pendatang yang tak reti istilah 'menjunjung langit di bumi yang dipijak' ...


Dengan kehadiran tarikh keramat 31 Ogos sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi maka marilah kita sama sama kibarkan bendera Malaysia di semua tempat samada pejabat, rumah malahan di blog agar kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan ini akan dapat dirasai oleh semua.


Tahniah Malaysia atas kemerdekaan kali ke 52 tahun ini...

Moga kita akan kerja lebih keras membebaskan 'negeri-negeri' yang sudah terjajah oleh Pakatan Rosak hasil permainan politik kotor yang mereka mainkan sehingga menjajah pemikiran rakyat hingga kita kalah berterusan dalam PRK semenjak PRU 12 yang lalu.

Perjuangan ini juga adalah jihad siber dan kita kena yakin syurga tidak berada di bawah tapak kaki Nik Aziz sahaja bahkan di bawah tapak kaki orang lain yang benar benar mewarisi ilmu Nabi...Dan mengamalkan pendekatan Nabi dalam menyeru rakyat kepada kasih sayang bukan kebencian melampau atau mengkafirkan orang Islam...








Edisi Permatang Pasir : BN Menang dalam Kalah


Menurut sahabat saya Aspirasi Bangsa's Blog :

Keputusan rasmi Pengkalan Pasir menunjukkan undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi iaitu turun daripada 5,433 undi. Penurunan sebanyak 882 undi.


Namun jika dilihat dapatan undi calon PAS Mohd Salleh mendapat hanya 9,618 undi daripada 11,004 iaitu penurunan sebanyak 1,386.

BN pula mendapat 5,067 daripada 5,571 undi pada PRU12 iaitu penurunan sebanyak 504 undi.


Apa pun fakta tetap fakta iaitu Undi PAS menurun keseluruhannya..




Panglima : Ini menunjukkan BN telah berjaya mengalih undi PAS seramai 882 undi meskipun di tengah kempen penuh fitnah dan tohmahan terhadap Saudara Rohaizat.

Syabas dan jangan menyerah kalah. Ini permulaan kepada kebangkitan pejuang kebenaran !!!

23 Ogos 2009

Edisi Permatang Pasir : Video dan Kenyataan Media Yusri Bela Rohaizat ( UNTUK EDARAN SEGERA )


KENYATAAN AKHBAR KEDUA YUSRI ISAHAK – 23 OGOS 2009




Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak. Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga. Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini.

Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudahpun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung
saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati.

Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu.
Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.

Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita.

Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.

Sekian terima kasih.

Yusri Ishak.

Edisi Permatang Pasir : Penjelasan Status Rohaizat oleh Peguam Penasihat

Berikut adalah petikan dari PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO Website:
"..Banyak telah diperkatakan di dalam akhbar dan juga blog-blog berkenaan status saudara Rohaizat bin Othman, calon BN N. 11 Permatang Pasir untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil ini. Begitu juga berkenaan tindakan tatatertib terhadap beliau oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara. Pejabat ini ingin menjelaskan perkara berikut.

Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir...".
BINGO!
#2. Dalam isu yang sama, AGENDA DAILY.COM ada menyoal apa kah sebenarnya agenda MAJLIS PEGUAM baru-baru ini...

"Apa agenda Majlis Peguam ??

Pilihan raya sepatutnya membabitkan pengundi, parti yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).
Pihak lain tidak wajar masuk campur apatah lagi membuat kenyataan yang boleh menyebabkan proses pemilihan wakil rakyat di sesuatu tempat secara demokrasi terganggu. Bagaimanapun, Majlis Peguam tidak memikirkan risiko ini apabila mengeluarkan kenyataan yang kini menjadi isu besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.



petikan dari blog Sedingin Salju ( klik sini )




Selepas gagal mencalarkan imej Rohaizat mereka cuba pula mengutuk Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat iaitu Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri. Beliau cuba digambarkan tidak adil dalam membuat keputusan tersebut kerana pernah menjadi Setiausaha Pulau Pinang sebelum ini...

Itulah pembangkang yang selama lamanya akan menjadi orang yang sentiasa mencari ruang untuk memburukkan kerajaan dan BN.


Edisi Gembira : PKR kehilangan Adun Lunas dan 200 ahli di Kedah

ADUN Lunas keluar PKR

23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan

http://www.utusan.com.my


200 ahli PKR keluar parti

23/08/2009 11:32am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

Edisi 1Malaysia : DIGI Perlu Jawab Isu Iklan RM1 Yang Mengelirukan

Ada iklan DIGI telah digambarkan dan ditafsir seolah-olah menghina aspirasi 1Malaysia. Ia diulas oleh blog YangGambi di sini : http://yanggambi.blogspot.com

Maka eloklah jika pihak DIGI memberi sedikit jawapan atas persoalan yang ditimbulkan atau membuat iklan yang tidak nampak sebarang kekeliruan kepada rakyat tentang aspirasi nasional 1Malaysia oleh PM kita.

Atau ia boleh jadi akan merosakkan reputasi DIGI sebagai syarikat telekomunikasi yang besar di Malaysia kerana tidak peka dengan kandungan iklan yang disiar...

22 Ogos 2009

Edisi Permatang Pasir : Video Pengakuan Ahli PAS bahawa Salleh Man akan kalah



video dari laman www.pisau.net

Edisi Sabtu : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak !

Oh Ramadhan,
Bulan yang diturunkan Al-Qur'an,
Bulan rahmat dan bulan berkat,
Ramadhan al-Mubarak.

-Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana diberi kesempatan menemui Ramadhan kali ini.Aku berharap Engkau bukalah pintu keampunanMu dan rahmatMu untuk ku.Dan izinkan lagi bagiku berjumpa Ramadhan di tahun depan dan seterusnya...

Oh Ramadhan,
kedatanganmu ditunggu penuh harapan,
dan ketibaanmu kami mulia dan raikan,
para abidin dan solehin berpesta
peluang beribadat kepada Yang Esa.

-Dulu,puasa adalah satu beban yang terpaksa aku tanggung kerana suruhanMu.Sekarang ianya satu nikmat ibadat yang aku rela dan redha.Dan aku tersenyum gembira melaksananya keranaMu. Dulu,aku lebih suka menonton Tv atau membeli-belah bersama anak2 dan isteriku.Sekarang,aku lebih suka dan rela bersama mereka setiap malam di rumahMu Ya Allah.

Oh Ramadhan,
Setiap tahun Kau datang,
Hanya sebulan bersamaku,
Membawa bersamamu Lailatulqadar,
Dan Kau akan pergi lagi,
Di iringi tangisan para abidin dan solehin.

-Adalah menjadi harapanku untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan istighfar,zikir dan solat memohon keampunan dan keredhaan Allah swt.Aku panjatkan doa ini kepada Engkau Ya Allah untuk diperkenankan supaya aku tidak termasuk dari mereka yang rugi saperti firmanMu dalam surah Al-Ansr.

Oh Ramadhan,
Lupalah peritiwa dulu,
maafkan aku kerana mengherdikmu,
Kini aku amat senang bersamamu,
Aku lebih rela dan redha,
Datanglah kepadaku,
Aku akan memeluk ciummu...

Sajak Berisman 18 Ramadhan 1420 ( link asal lihat sini )



Panglima : Selamat Berpuasa zahir dan batin dengan meninggalkan percakapan sia-sia atau menyimpan perasaan benci sesama manusia.

Edisi Ramadhan : 30 Bukti Nik Aziz bukan Ulama Hakiki

30 kata-kata beliau sendiri yang direkodkan dan disiar di dalam Akhbar Berita Harian dan Utusan. Kata-kata yang menzahirkan siapa dan apa sebenar perjuangan Nik Aziz dan parti yang dipimpinnya bernama PAS.

Jika kata-kata ini dapat disebarkan kepada rakyat dan pengundi di Permatang Pasir dan juga rakyat Malaysia amnya tentu tidak akan ada lagi pengundi yang akan memberi undi untuk parti bernama PAS. Apatah lagi membantu PKR atau DAP.

Semoga semangat Ramadhan akan menjernihkan hati hati manusia agar menilai dengan baik manusia bernama Nik Aziz yang telah merosakkan agama dengan kata-katanya yang sungguh berbisa dan diterima oleh orang awam yang jahil ilmu agama.

Lihat dan sebarkan kata-kata Tok Guru bagi golongan fanatik PAS ini...Terbaru seluruh Mufti Mufti yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa telah dikritik oleh Nik Aziz ( lihat sini http://utusan.com.my/ ) Dan tidak malu pula mendakwa dirinya ialah ulama yang mewarisi ilmu Nabi ( tetapi perangai tidak pula seperti Nabi s.a.w )

Renung-renungkanlah saudara/i sekelian..


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.


14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.




Asal teks dari blog Empayar Malaya

20 Ogos 2009

Edisi Permatang Pasir : Calon BN dihentam isu yang sudah basi

Saya tak nak komen panjang. Sekadar memberikan sekeping salinan surat tentang kes yang melibatkan Saudara Rohaizat yang menjadi Calon BN di N11 Permatang Pasir.

Mereka sebenarnya kehilangan modal untuk mengaburi pandangan rakyat berkenaan isu tersebut. Jika tidak tentu mereka akan menggunakan banyak isu bagi memburukkan calon pilihan kita di sana..

Sebelum itu baca dulu komen Majlis Fatwa Kebangsaan di blog Teratak Aleen di sini ( klik ) berhubung isu ahli PAS sahaja masuk syurga.

Juga lihat di blog Empayar gambar lakonan hebat pembantu Ronnie Liu yang takut disiasat SPRM di sini

Kupasan lengkap anda boleh jenguk di blog ini http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Terbaru calon PAS pula dituduh menggelapkan duit sebanyak Rm 60 ribu. Menepuk dulang terpercik ke muka sendiri !

Serangan peribadi mereka telah dipatahkan dengan isu tersebut yang anda boleh baca di blog N11 beralamat di sini http://dun11-permatangpasir.blogspot.com

Lihat salinan surat membuktikan Rohaizat tidak ada kaitan dengan kes Yusri, bekas rakan kongsi beliau sebelum ini.






Satu lagi mai kita tengok senarai pengundi hantu yang ada di Permatang Pasir di blog Pisau.net.. Jika dulu UMNO dilabel penaja pengundi hantu, sekarang mereka juga yang lakukan perkara yang sama...Sila ke sana untuk baca berita lanjut tersebut http://www.pisau.net/

19 Ogos 2009

Edisi Khas : Panglima bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri di Carcosa Seri Negara

Alhamdulillah semalam Panglima sempat bersalam dan bersama dalam majlis gilang gemilang ( walau dalam hujan lebat, tanda rahmat Tuhan ) dengan orang kedua terpenting dalam negara kita tidak lain tidak bukan Yang Berhormat Tan Sri Muhyidin Yasin. Hujan memang sangat lebat turun sewaktu sesi diskusi dijalankan dan saya sangat yakin ia adalah tanda Allah merestui majlis yang julung kali saya rasa diadakan antara pemimpin tertinggi negara dan blogger pejuang nasib rakyat dan pembela negara, yang tidak mengharap apa apa dalam berkarya di blog mereka.

Apakah ia satu permulaan kepada kebangkitan kita di alam siber untuk menangkis serangan dan tipu helah mereka dalam memburukkan negara dan juga pemimpin kita ? Jika hujan tanda rahmat Tuhan maka ia sudah pasti restu Tuhan dan bakal menghasilkan satu momentum dan gelombang besar yang bakal tercatat dalam sejarah kebangkitan pejuang bangsa satu hari nanti. Alhamdulillah Panglima dipilih Tuhan dapat bersama-sama mereka dalam majlis yang diadakan juga di tempat istimewa bernama Carcosa Seri Negara.

Pernah dengar istilah 'Blogger Jalanan' ????

Istilah 'blogger jalanan' antara istilah yang diperdengarkan di hadapan TPM semalam. Macam tidak sangka ia disebut tetapi ia sememangnya adalah istilah yang sangat tepat dengan golongan kita yang tidak ada nama dan tidak dikenali ini. Apatah lagi tidak ada bayaran atau imbuhan untuk berjuang dalam perang siber ini...Justeru majlis semalam sangat bermakna kerana suara dan luahan kami sebagai blogger telah didengari oleh kepimpinan negara yang kita sering bela dan pertahankan dari serangan pembangkang selama ini.

Yang paling bermakna ialah janji Tan Sri Muhyidin sendiri yang mahu dan akan menyokong perjuangan bloggers dalam membela agama, bangsa dan negara ini.

Apatah lagi saya turut terharu dan hiba apabila Tan Sri mengingatkan kembali bagaimanakah nasib kita semua jika selepas PRU 13 negara kita akan dirampas oleh pihak pihak yang telah lama teringin ingin mengaut kekayaan negara bagi mengisi 'tembolok' mereka dan penyokong penyokong mereka selama ini. Bayangkan bagaimana Pakatan Rosak yang baru setahun lebih memerintah di Selangor sudah pandai membuat angkara hingga disiasat SPRM maka bagaimana kita dapat mengharapkan Pakatan Rosak mereka menjaga kekayaan negara yang disimpan berkurun lamanya ????

Cuba kita bayangkan Petronas, PNB, Telekom, TNB dan lain-lain dikuasai oleh Anwar, Lim Kit Siang, Haji Hadi ?

Ya Tuhan !

Jauhkanlah dari mereka itu diberi kemenangan. Jauhkan kami ditimpa kekalahan..Akan kami berjuang tanpa henti untuk menyedarkan rakyat walau kami serba kekurangan dan banyak kelemahan....

Pasti kami tidak akan mudah menyerah kalah walau kami akan rebah kerana ia adalah untuk masa depan anak cucu kami yang pasti memerlukan kami menjaga sehabis baik parti yang memegang amanah kuasa pusaka nenek moyang memerintah negara, agar terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang...

Dengan semangat Ramadhan yang akan datang menjelma maka dengan ini saya sebagai Panglima Perang Cyber mengisytiharkan perang habis-habisan kepada pengkhianat negara dan kita akan berjuang sehabis tenaga walau berdepan dengan berbagai risiko.. Marilah sahabat sekelian mari berjuang dalam apa jua medan yang anda mampu untuk sedarkan rakan taulan sahabat handai serta saudara mara kita tentang politik kotor Pakatan Rosak yang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan kuasa.

Ulang balik kata kata Anwar sendiri : Kalau takut ditangkap usah bicara soal perjuangan.. Jika mereka tidak takut ditangkap maka kita sepatutnya lebih tidak takut serta berani membongkar penipuan mereka kepada rakyat. Jangan difikirkan saman ratus juta yang biasa digunakan untuk menyekat musuh mereka sedangkan ia adalah fakta yang benar bukan direka-reka.

Alhamdulillah semalam Panglima sempat juga bergambar dengan TPM. Di bawah gambar Panglima bersama TPM kita ( pertama kali bergambar dengan TPM ) dan anda tekalah sendiri mana satu Panglima dalam gambar di bawah.


SILA DOUBLE-CLICK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
( terima kasih atas gambar pinjam dari blogger Medan Info )


18 Ogos 2009

Edisi Anwar Pengkhianat : 50 + 32 Dalil Yang Anda Perlu Lihat


Mari kita baca dalil dalil yang saya kumpulkan di sini dan minta anda bagi sedikit komen terhadap dalil tersebut. Samada benar, tidak atau tidak pasti. Bagi saya ia dalil dalil yang relevan bagi mengukuhkan pandangan kita bahawa Anwar adalah pengkhianat agama bangsa dan negara. Meskipun hanya satu dalil sahaja yang anda percaya dan yakin dengannya.


Tujuan saya paparkan dalil ini adalah memandangkanramai juga yang marah apabila disebut Anwar Pengkhianat. Mereka tidak dapat menerima hero mereka bernama Anwar Ibrahim ini pengkhianat. Meskipun mereka sendiri tahu yang menganjurkan perhimpunan demonstrasi besar-besaran adalah Anwar Ibrahim, bukannya orang lain.


Malangnya jika polis menyuraikan tunjuk perasaan dengan water canon, mereka juga yang membidas kerajaan walhal tugas sebagai pemerintah adalah untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Bukan membiarkan ancaman tersebut berterusan atau membesar sehingga boleh memudaratkan negara kita.


Oh saya lupa, yang menyokong Anwar Ibrahim adalah dari kalangan mereka yang sudah pun terpedaya pada awalnya sehingga terkena percikan air water canon dan pemedih mata. Sebab itu mereka sangat marah kepada pihak berkuasa walhal mereka sendiri yang mencari nahas tersebut.


Yang puas hati tidak lain si Anwar Ibrahim ! kerana berjaya mendapat penyokong yang sama aliran dan juga persepsi iaitu mereka telah dizalimi oleh kerajaan.



Pertama mari kita tengok dalil dari blog Qaseh Nuryz ( klik sini ) yang memaparkan 32 dalil Anwar adalah pengkhianat :

1. Peliwat
2. Kronisme
3. Perasuah
4. Berusaha Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
5. Sokong dan bekerja untuk Amerika Syarikat
6. Pro Israel
7. Dalang demontrasi / reformasi
8. Penggerak Projek Islam liberal Malaysia
9. Penerima tajaan dari organisasi Kristian dan Yahudi.
10. Agen CIA
11. Memburuk-buruk imej negara di luar negara
12. Mempersenda badan kehakiman dan perundangan Malaysia
13. Menderhaka kepada Sultan/ Raja
14. Memperlekehkan ulama
15. Menghasut pelajar universiti bencikan pemimpin negara
16. Melaksanakan sistem tender terbuka kepada orang bukan Melayu.
17. Penghadkan penglibatan syarikat-syarikat bumiputera.
18. Memberi kepercayaan orang bukan Melayu untuk menguruskan hal pentadbiran (Selangor)
19. Melantik orang bukan Melayu menguasai jawatan exco lebih kanan berbanding orang Melayu (Selangor)
20. Sokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
21. Penyebab ekonomi Malaysia meleset pada tahun 1998.
22. Sokong IMF.
23. Luluskan peruntukan pembinaan gereja dan kuil sama seperti masjid
24. Menolak sistem Mahkamah Syariah.
25. Memperjuangkan kelompok minoriti lesbian dan gay.
26. Berusaha pinda kontrak sosial
27. Mengiktiraf wira negara kepada penjayah (Kugan)
28. Menerima wang judi (Magnum)
29. Membocorkan rahsia kerajaan kepada agen asing.
30. Gila kuasa hendak jadi Perdana Menteri.
31. Menyokong Chin Peng (bekas ketua Parti Komunis Malaya)
32. Menolak Ketuanan Melayu/Islam dan digantikan Ketuanan Rakyat

Adakah ada lagi dalil yang tertinggal ? Jika ada sila nyatakan dalam komen di bawah. Sebagai tambahan sila lihat dalil dalil yang telah ditulis di bawah....Oleh Khalid Jafri ( kini Allahyarham ) tentang 50 dalil Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri ( atau sesuai juga kita kata sebagai Pengkhianat )

Saya hanya meletakkan 10 sahaja di sini dan selebihnya sila rujuk di blog asal tempat saya salin dalil tersebut ( klik sini )

1 DENDAM KESUMAT

Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.

Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin.

2 PENENTANG

Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

3 PECAH DAN PERINTAH

Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Tun Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

4 SUMPAH BOHONG

Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, ternyata sumpah bohong yang dilaknati Allah SWT.

5 JAHANAMKAN Tun Dr. Mahathir

Bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr. Tun Dr. Mahathir di depan Haji Sulaiman Palestin (Allahyarham) kerana ditahan ISA sewaktu Dr. Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (Pendidikan).

6 CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cakap tak serupa bikin merupakan amalan Anwar menjadi pemimpin. Kalau Anwar berucap anti politik wang maka bermakna Anwarlak bapak politik wang sewaktu menjelang pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993.

7 BAPAK RASUAH

Rasuah berlaku paling tinggi sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, jadi orang panggil Anwar Bapa Rasuah.

8 KELUARGA ROSAK

Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

Mokhtar adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan.

9 LARIKAN ANAK DARA
Anwar telah melarikan anak dara orang untuk bernikah di Siam. Anwar tidak mendapat restu daripada Wan Ismail bapa Azizah sehingga Wan Ismail terpaksa mengeluarkan pistolnya untuk mengusir Anwar daripada memasuki rumahnya.

Akhirnya ibu Anwar mengambil inisiatif menikahkan Anwar dan Azizah dirumahnya, di Bukit Mertajam.

Sikap Anwar ini memperlihatkan betapa undang-undang, peraturan tata susila dan budaya Melayu dan Islam boleh diketepikan asal ia boleh memenuhi hawa nafsunya.

10 MAIN BONTOT

Semua orang heboh apabila rahsia Anwar main bontot pemandunya Azizan terbongkar.

Cerita hobi Anwar main bontot ini bukan perkara baru. Ia telah bermula sewaktu ia belajar di MCKK dan Universiti Malaya lagi. Ramai yang mahu ke depan untuk menceritakan kisah silam Anwar ini. Tunggulah.

Jadi apa yang boleh menolak bukti Anwar sebagai pengkhianat ? Bukankah kita perlu menolak pemimpin seperti ini ?

Ayuh kita selaraskan gerakan kita bersama sama menolak pengkhianat Melayu dan juga Malaysia ini.

Lihat video ini dan fikirkan kenapa Anwar Ibrahim diberi peluang ditemuramah oleh stesen televisyen asing ?

Fikirkan dan jangan mudah terpedaya dengan mainan politik orang yang sangat kecewa ini !!!

15 Ogos 2009

Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!



Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu maka saya tidak berjaya membuat resolusi tersebut dengan kadar segera seperti yang dipinta oleh sahabat setia Blogger Pembela Negara ( BPN )

Akhirnya malam ini saya telah diberikan sedikit masa oleh Allah untuk menyiapkan resolusi yang dihajatkan oleh kita semua. Maka dengan ini marilah kita membuat kecaman dan juga menzahirkan pendirian mengutuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang kedua terpenting di negara kita sejak menyertai UMNO dan Kabinet sebelum dipecat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada 1998 kerana meliwat.

Yang sedihnya ialah si pengkhianat ini telah bertungkus lumus mencuba untuk merobohkan kekuatan bangsa Malaysia dengan agenda politiknya yang melangkaui sempadan kehormatan bangsa atau agama atau undang-undang negara. Meskipun berbelas tahun telah berada di dalam kerajaan dan sering mengecam pembangkang sebelum dibuang dari jawatan..

Oleh itu Resolusi kita ialah :

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.



Yang benar,


Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009




TAMBAHAN :


View Image

Gambar lakonan untuk dapatkan simpati rakyat ?
Dulu pernah mendakwa diracun Arsenik ( klik blog ini )
tetapi masih hidup dan sihat sehingga hari ini.
Pelik tetapi benar ( baca : benar dia telah menipu )


harap dapat sebar dan siar resolusi di atas kepada semua yang menyokong dakwaan ini !

12 Ogos 2009

Edisi Gembira : Polis akan panggil dua bangsat yang hina Raja dan Agama kita !

Alhamdulillah polis akhirnya akan memanggil dua bangsat yang berani menghina agama dan Raja kita.

Ia tentunya adalah berkat sokongan dan usaha kita semua mendesak agar tindakan keras dikenakan terhadap mereka yang sudah melampau batas ini.

Terima Kasih Polis Diraja Malaysia !!

Berita penuh sila baca di bawah : -


Polis ambil keterangan Loke, Ooi berhubung dakwaan hina Islam, Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil dua individu untuk memberi keterangan berhubung kenyataan mereka yang didakwa menghina Islam dan Sultan Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook, dan Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Polis telah jalankan siasatan dan kita akan ambil keterangan mereka dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut kes ini," katanya selepas majlis penyerahan cek tabung kemanusiaan untuk kanak-kanak Gaza di Bukit Aman di sini Rabu.

Musa berkata pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan jika kenyataan mereka membangkitkan ketegangan kaum.

"Selain didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka yang didapati bersalah juga boleh dituduh menghina agama dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan kaum," katanya. BERNAMA


sumber : Mstar Online

Cari Blog Ini

Translate