Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Disember 2017

PSM Mahu Desak MSN Kekalkan Sepaktakraw - @KhairyKj @Zahid_Hamidi


YB Senator Dato Seri Khairudin Bin Abd Samad
Naib Presiden PSM


Seluruh media bertumpu pada isu pengguguran sepaktakraw oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.

Sidang media telah diadakan dan komen dari YB Menteri telah diutarakan..

Kesian apabila sukan tradisi kita iaitu sepaktaraw digugurkan serta merta, tiada peluang untuk rayuan. Bukan saja Sukan Teras, Sukma pun ia turut digugurkan.

Naib Presiden PSM, YB Senator Dato Seri Khairudin Abd Samad dalam satu kenyataan berkata sekiranya alasan Sukan paling popular di kekalkan, kenapa Sukan warisan melayu yang penduduk negara ini majoriti melayu tak di kekalkan?

Malahan sukan sepaktakraw masih berkedudukan terbaik ranking dunia.

Katanya lagi, saya bersetuju dengan Dato Seri Presiden PSM dan tindakan PSM agar tidak merayu sebaliknya mendesak MSN supaya sukan Sepaktakraw dikekalkan.

Dalam Sidang dewan Negara di Parlimen baru-baru ini ada saya bangkitkan isu pengguguran Sepaktakraw malangnya Timb. Menteri Belia dan Sukan waktu itu tidak dapat menjawabnya.

Jika kita imbas kembali adakah pencapaian Sukan Sea baru2 ini, dengan keseluruhan pencapaian  pungutan 11 pingat daripada 12 pingat yang ditawarkan menjadi sesuatu yang mengaibkan negara? 

Cuba tengok statistik pencapaian sukan2 lain. Ada yang lebih teruk daripada itu. Namun masih dikekalkan dan tidak menjadi mangsa pengguguran yang tidak wajar dalam situasi sekarang.

Adakah kerana kita hanya dapat 2 pingat emas tanpa Thailand di jadikan penyebab?

Sepaktakraw Negara tetap no 2 ranking dunia, bukan no 20 atau 220 ranking dunia.

Saya amat bersetuju semua Exco PSM berjumpa YB Menteri Belia dan Sukan, tindakan yang amat tepat dan bukan untuk merayu tapi untuk mendesak.

Sehingga kini Sepaktarraw Negara masih digeruni pihak negara lain..malahan Thailand juga gerun untuk berjumpa regu no 1 negara. 

Kita bukan hendak menegakkan benang yg basah. Kita ada asas untuk pertahankan Sukan Sepaktakraw. Dalam masa yang sama kita pun tak mahu MSN guna hukum karma dan tidak adil. 

Soal Pengkritik di luar dan sesetengah pihak menyentuh kepimpinan PSM itu hak masing2 yang mungkin ada agenda-agenda mereka. Saya lihat jelas Timbalan Presiden, Naib2 Presiden dan semua exco masih berdiri teguh menyokong kepimpinan Dato Seri Presiden PSM yang ada sekarang dan sentiasa melakukan yang terbaik.

Sent from my iPhone

18 Disember 2017

Isu Baitulmaqdis petanda Perang Dunia Ketiga | Kolumnis | Berita Harian

Isu Baitulmaqdis petanda Perang Dunia Ketiga | Kolumnis | Berita Harian

Isu Baitulmaqdis petanda Perang Dunia Ketiga

Oleh Tan Sri Rais Yatim


PENGUMUMAN Presiden Donald Trump mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, pada 6 Disember lalu sudah mencapai tahap krisis dunia terbesar, mengatasi kritis pengumuman Trump terhadap Korea Utara November lalu. Sekali gus, sifat gila akal Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sudah nyata.

Kini, AS berdepan dua fasa kritikal terbaru: Pertama, kebencian dan penentangan dunia Islam terhadap serta hegemoni AS memihak dan membela Israel. Kedua, penentangan dunia bukan Islam terhadap AS yang jelas menyalahguna kuasa wilayah dan antarabangsa.

Persidangan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), baru-baru ini, mengutuk dan menolak pengumuman Trump itu, serta mengumumkan Timur Baitulmaqdis, pusat negara Palestin. Namun, dipandang sepi dan sinis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan langsung tidak diulas AS.

Netanyahu menganggap pengumuman OIC itu sebagai mainan mendedahkan, keintiman Israel-AS selama ini termaktub dan layak dihargai setinggi-tingginya.

Sementara itu, sebuah kem pelarian utara Gaza diserang Israel susulan 'tunjuk kuasa' oleh Israel, simbolisme kepada dunia "apa anda boleh buat?" Jet pemusnah Israel merayau angkasa Palestin sebaik sahaja pengumuman Trump itu dihebahkan.

Gerbang pintu keluar masuk di sempadan Gaza, The Kerem Shalom Crossing juga ditutup oleh Israel. Akibatnya, bekalan makanan rakyat pelarian dan tempatan tidak dapat disampaikan.

Israel dengan pantas melakukan serangan ke atas tentera Hamas di kawasan Palestin khasnya Gaza awal Khamis lalu. Pemerhatian Russia melaporkan, tindakan Israel kini bagi mewujudkan suasana 'ibu kota' terhadap wajah fizikal Baitulmaqdis.

Dua isu terbesar harus dijawab oleh dunia Islam, susulan perbuatan khianat Trump itu. Pertama, apakah justifikasi perundangan antarabangsa yang boleh mengiktiraf perbuatan Amerika itu sebagai sah? Jawabnya tiada.

Tindakan Trump tak berasas

Pengumuman Trump itu hanya tindakan pro-Israel yang tidak berasas kepada mana-mana konvensyen undang-undang antaraBangsa. Ia bertentangan semua Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terdahulu. Setakat ini, PBB mengeluarkan 5 Resolusi bertaraf perhimpunan (UN Assembly Resolutions) dan 3 Resolusi Majlis Keselamatan (Security Council Resolutions).

Semua resolusi itu menidakkan hak Israel menduduki mana-mana kawasan atau wilayah Palestin tanpa hasil perundingan. Pengumuman itu nyata tidak menghiraukan ikatan persefahaman keamanan Oslo 1993 dan dokumen proses keamanan Oslo II serta yang ditandatangani di Tabla, Mesir pada 1995.

Baitulmaqdis selama ini diiktiraf, bandar suci tiga agama Abrahamik - Judaisme, Kristian dan Islam sudah tercabul melalui politik dangkal seorang presiden bertaraf gila dunia.

Isu kedua, apakan tindakan dunia Islam dan bukan Islam terhadap Amerika? Ada pemimpin negara Islam sudah membuat kenyataan masing-masing. Raja Salman Arab Saudi menolak pengumuman Trump dan mengiktiraf Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan amaran akan keluar dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) jika Trump teruskan implimentasinya.

Negara Islam wajib bersatu

Pendirian Turki kelihatan paling bersifat 'bertindak' disambut baik Presiden Russia, Vladimir Putin. Kedua-dua pemimpin itu kelihatan saling membantu dalam krisis yang membakar semangat di Asia Barat. Malaysia turut mengutuk tindakan Amerika itu. Semangat bersekutu sudah wujud, tetapi belum jelas apakah tindakan negara Islam?

Kali ini, semua negara Islam wajib bersatu di bawah OIC atau secara unilateral melakukan sesuatu mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Kaedah terbaik ialah, bersandarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB, mengasak badan dunia itu mengimplimentasi keputusan 1970-an, 1980-an, 1990-an serta resolusi pasca 2000 berkaitan Palestin. Misalnya, menentukan persempadanan konsep dua negara - Palestin dan Israel. Ini termasuk penentuan kedudukan Masjid Al-Aqsa serta sempadan perbandaran Baitulmaqdis timur dan barat.

Tindakan yang berpaksikan perkara berikut amat relevan disusul dan dijayakan:

Diwujudkan Badan Bertindak PBB Negara Palestin dan penentuan hak kenegaraan Israel mengikut perisytiharan 1948 di samping menentukan implikasi Perisytiharan Balfour oleh Britain pada tahun itu yang memihak kepada rejim Israel. Apa status kuasa Britain ketika itu untuk membuat penentuan sedemikian sedangkan hak Palestin yang wujud sejak enam abad Sebelum Masehi tidak diberi sebutan jelas? Badan ini seharusnya ada pakar perundangan antarabangsa dari negara Islam dan bukan Islam bertauliah serta latar belakang neutral.

Penolakan pengumuman Trump sebagai pengumuman bersendirian unilateral yang tidak punya asas perundangan.

Penentuan sejarah kental yang ada pada Palestin harus dibuktikan bahawa mereka pewaris asal kawasan Canaan yang secara sewenang-wenang diambil Yahudi.

Membuat penentuan semua kawasan Palestin dirampas Israel sejak Perang 1967, termasuk sempadan Mesir-Israel, Tebing Barat, kawasan intifadah Hamas dan kuasa tempatan.

Pemberhentian atau gencatan senjata semua pihak menjelang tercapai butir utama dua negara, dua kerajaan berteraskan undang-undang antarabangsa.

Penentuan tempoh 'selesai penentuan' dilakukan PBB dalam sesi khas yang tidak harus memberi ruang khas kepada AS kerana negara itu berada di pihak 'dicurigai dan tidak neutral'.

Amat aneh, setakat ini isu tidak dihujahkan sebagai tindakan di luar undang-undang. Jika pengumuman Trump ini tidak dibatalkan PBB, risiko Perang Dunia Ketiga amat berkemungkinan di samping muncul kembali gerakan terorisme di luar kawalan.

AS kini mesti bersedia diperangi oleh gerombolan dan anasir ganas. Seperti disuarakan di House of Commons London minggu lalu: "Amerika jangan terkejut jika beberapa lagi serangan 11 September dilakukan." Ahli Parlimen Britain itu mengesyorkan Trump dilarang melakukan lawatan rasmi ke Britain.

Negara Islam kini wajib bersatu. Iran menampakkan kesungguhan dengan mengumumkan bahawa apa-apa perbezaan perjuangan dan sistem pada zaman lalu harus dibenamkan.

Sanggupkah beberapa negara Islam menggunakan bekalan minyak sebagai faktor hukuman terhadap AS dan memboikot beberapa kepentingan? Dunia Islam tidak harus membenarkan seorang presiden gila di dunia Barat menentukan zaman kemanusiaan Islam masa depan.

Penulis adalah Penasihat Sosiobudaya Kerajaan



Sent from my iPhone

17 Disember 2017

Save 90 Per Cent, Hire Maids Online - @Zahid_Hamidi

BERNAMA - Save 90 Per Cent, Hire Maids Online - Zahid


Save 90 Per Cent, Hire Maids Online - Zahid

PUTRAJAYA, Dec 15 (Bernama) -- Employers can save more than 90 per cent of the cost by recruiting foreign housemaids online from Jan 1.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said normally employers had to pay up to RM18,000 but now only pay RM1,635 to the government through the Malaysian Immigration Department.

Ahmad Zahid, who is also Minister of Home Affairs, said the amount was the cost of hiring a housemaid and did not include costs of flight and passport.

"The government has taken reduction measures including reducing the collateral to RM500 from RM1,000, and processing free to RM250 from RM500.

"This means the government takes proactive measure to reduce the cost of hiring a foreign maid via direct online hiring," he said after chairing a Cabinet Committee Meeting on Foreign Workers and Illegals here today.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, when tabling the 2018 Budget, announced that the government was now giving employers a choice to recruit foreign housemaids directly from nine source countries without going through agents.

At the meeting, Ahmad Zahid described a method, which was detailed, involving the hiring of foreign housemaids only from Indonesia and the Philippines following constraints and legislations of the two countries.

However, he said employers could take direct foreign housemaids from seven other source countries.

"As such, employers are not allowed to take foreign housemaids directly but need to go through companies registered with the Ministry of Manpower or Labour in the country concerned.

"We have to comply with the laws of Indonesia and the Philippines and hope employers will apply through the companies and obtain the names of potential foreign housemaids for submission of online applications," he said.

Ahmad Zahid said the meeting also decided that foreign housemaids would have to undergo additional health screenings beginning Jan 1.

He said the health screenings would be carried out before the foreign housemaids left the country of origin, a month after arrival in Malaysia, at the end of the first year, the end of the second year and every two years as long as she was employed in Malaysia.

"This additional health screening is necessary to ensure that reports made in the home country are the same here to prevent fraud.

"Additional health screening fees is RM190 for women and RM180 for men," he said.

He said the number of legal foreign workers in the country had decreased to 1.785 million as of Nov 30 compared to 2.135 million in 2015.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1419879


Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad @Zahid_Hamidi

BERNAMA - Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad Zahid

Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad Zahid


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat negeri Sabah di Bangunan UMNO hari ini
KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan media sosial secara optimum untuk memenangi hati dan fikiran pengundi, khususnya pengundi muda pada Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata pendekatan itu perlu memandangkan media sosial amat berpengaruh dalam membentuk persepsi pengundi sekali gus mempengaruhi cara mereka membuat keputusan.

Tambahan lagi, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, berkata media sosial juga begitu meluas digunakan sehingga 82 peratus maklumat dan berita kepada pengundi disampaikan melalui plaftorm itu.

"Pistol atau senjata-senjata lain tidak akan dapat digunakan untuk memenangi hati dan minda (pengundi). Senjata yang tajam hanya berada di hujung jari. Senjata-senjata dihujung jari inilah yang harus kita gunakan," katanya ketika berucap merasmikan Konvesyen Media Sosial UMNO Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman, Setiausaha Perhubunagan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Mengambil iktibar daripada PRU12 dan 13 lepas, Ahmad Zahid berkata kerajaan BN hampir tewas pada pilihan raya berkenaan kerana ketidakupayaan jentera pilihan raya UMNO dan BN menangkis maklumat palsu dan fitnah yang ditularkan secara meluas parti pembangkang menggunakan media sosial.

Katanya, penyebaran pelbagai berita fitnah dan palsu secara bertubi-tubi berkenaan akhirnya mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan seolah-olah fitnah dan berita palsu berkenaan adalah benar.

Beliau berkata akibat daripada kegagalan menangkis fitnah dan berita palsu itu, kerajaan telah dihukum oleh mahkamah rakyat akibat persepsi tidak benar yang diwujudkan media sosial pembangkang.

Justeru, katanya, jentera pilihan raya UMNO dan BN perlu memerangi dan menangkis segala fitnah dan berita palsu parti pembangkang berkenaan menggunakan wadah media sosial bagi memastikan kegagalan media sosial UMNO dan BN pada pilihan raya lalu tidak berulang.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, tidak seperti parti pembangkang, UMNO tidak akan menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu sebaliknya akan menggunakan fakta yang benar dan sahih untuk tatapan rakyat.

Beliau turut memuji Biro IT UMNO Sabah yang disifatkannya sebagai antara yang terbaik dalam kalangan badan perhubungan UMNO negeri.

-- BERNAMA

16 Disember 2017

Perhimpunan solidariti di Masjid Putra, Jumaat depan @Zahid_Hamidi | Nasional | Berita Harian

Perhimpunan solidariti di Masjid Putra, Jumaat depan


Oleh Irwan Shafrizan Ismail
KONGSI ARTIKEL
Share
 
Tweet
 
Share




PUTRAJAYA: Perhimpunan besar-besaran bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan diadakan di Masjid Putra di sini, Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dijadual memberi ucapan pada perhimpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang, akan turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

"Saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin NGO tanpa mengira agama untuk berkumpul dan menghadiri perhimpunan bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pendirian Malaysia yang dibawa Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki, Rabu lalu, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam isu berkenaan.

"Kita yakin langkah yang disebut Perdana Menteri dalam sidang kemuncak luar biasa itu adalah suatu keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap dasar dan keputusan kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump," katanya.

Pada sidang kemuncak luar biasa itu, Malaysia mengutuk dan menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktiraf sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin.

 

Serentak itu, Perdana Menteri menggesa OIC bersatu dan senada, bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin, dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.

 


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/363923/perhimpunan-solidariti-di-masjid-putra-jumaat-depan



12 Disember 2017

Istana Selangor sahkan Dr. Mahathir pulangkan darjah kebesaran - Utusan Online

Istana Selangor sahkan Dr. Mahathir pulangkan darjah kebesaran - Nasional - Utusan Online


Mahathir

SHAH ALAM 12 Dis. - Istana Selangor hari ini mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali telah memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor pada Khamis lalu.

Istana dalam kenyataan menerusi Setiausaha Dewan di Raja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kembali pemulangan darjah-darjah tersebut tanpa sebarang halangan.

"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-darjah dan Bintang-bintang Kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/istana-selangor-sahkan-dr-mahathir-pulangkan-darjah-kebesaran-1.571372

Sent from my iPhone

03 Disember 2017

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM @Zahid_Hamidi | Astro Awani

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid | Astro Awani

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid
Datuk Seri Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata calon menteri besar hanya akan ditentukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum memikirkan tentang calon menteri besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO itu berkata calon menteri besar hanya akan ditentukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu.

"Lepaskan dahulu PRU14 baru fikir siapa jadi Menteri Besar. Malah Tan Sri Noh Omar sendiri sudah luahkan tidak berminat menjadi menteri besar, hanya tunjuk kepimpinan sahaja," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan dua bekas Menteri Bekas Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ditanya mengenai usaha UMNO Selangor menggunakan khidmat bekas menteri besar ketika ini, Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata usaha tersebut dilakukan dalam memperkuat strategi bijak merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

"Kita amat hargai usaha dan agenda yang pernah dilakukan tokoh-tokoh sebelum ini yang masing-masing mempunyai jasa dan pengorbanan tersendiri. Walaupun pernah berada dalam pentas berbeza, namun mereka pulang kepada UMNO," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan UMNO Selangor supaya lebih bijak dan tidak terperangkap dengan persepsi umum jika ingin merampas semula negeri tersebut daripada genggaman pembangkang.

Beliau berkata UMNO Selangor perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati dan minda pengundi Selangor yang pernah dihambat dengan permainan persepsi sewaktu pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Kita sedar ia tugas yang mencabar. Harus bekerja keras dan bijaksana. Kerana selama ini, atas beberapa isu yang berlaku terdahulu, maka kita terperangkap dengan keputusan yang terlalu mahal di mahkamah pendapat umum.

"Jadi, UMNO Selangor perlu fokus kepada mempertingkatkan keserasian dalam barisan kepimpinan yang digerakkan bersama-sama dengan jentera parti dan bersiapsiaga sepenuhnya, " katanya.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

15 November 2017

PAS selar MAH isu Tudung dilarang dipakai pekerja hotel


Larangan tudung: Hujah MAH disangkal

NAZIRAH NASRUN 14 NOVEMBER 2017




KUALA LUMPUR: Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat membantah sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee bahawa larangan bertudung kepada pekerja muslimah yang diamalkan oleh industri hotel bukan satu amalan diskriminasi.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Zainal Abidin Kidam turut menyelar kenyataan beliau yang menyebut bahawa amalan tersebut merupakan standard operasi perhotelan antarabangsa sebagai satu hujah yang tidak bertanggungjawab.

"Ia dikeluarkan tanpa menghormati hak umat Islam untuk mengamalkan agamanya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.

"Persatuan Hotel Malaysia perlu sedar bahawa lebih 65 peratus penduduk negara ini beragama Islam, maka dengan secara langsung industri hotel Malaysia akan menidakkan hak peluang pekerjaan kepada sebahagian besar daripada mereka.

"Memandangkan permintaan pasaran tempatan industri perhotelan juga banyak bergantung kepada pelanggan Islam, adalah wajar perkhidmatan hotel yang disediakan juga perlu patuh syariah seperti mana penyediaan makanan halal," ujar beliau.

Di samping itu Zainal Abidin turut menegaskan keyakinannya dalam sebarang prinsip amalan pengurusan atau Standard OperationProcedure (SOP) yang membezakan pekerja atau pengambilan pekerja atas dasar agama, bangsa atau warna kulit merupakan amalan diskriminasi.

"Justeru pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap amalan diskriminasi oleh Persatuan Hotel Malaysia tersebut. Mereka perlu sedar bahawa amalan pemakaian tudung dan menutup aurat adalah satu amalan wajib kepada muslimah.

"Larangan amalan tersebut bermakna bahawa Persatuan Hotel Malaysia telah menafikan hak asasi orang Islam di negara ini sepertimana hak bersolat," tegas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu.

Larangan wanita bertudung bertentangan perlembagaan - JAKIM


15 NOV: Larangan pemakaian tudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan seperti dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Pada masa sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan sekatan dibuat disesetengah hotel di negara ini sebagai tidak wajar.



Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berdasarkan status Islam sebagai agama rasmi di negara ini serta prinsip kebebasan dalam beragama.


“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya Selasa.


Asyraf berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat.


Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairudin Aman Razali mengemukakan persoalan berkenaan pendirian JAKIM mengenai isu sekatan pemakaian tudung dalam sektor perhotelan.


12 November 2017

Pendulum politik sudah berubah, kini masa kebangkitan semula Gerakan - @Zahid_Hamidi - Utusan Online




AHMAD Zahid Hamidi bersalaman bersama perwakilan yang hadir ketika meninggalkan majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2017 di di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SURIYA BONMA




12 November 2017 1:59 PM


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) - Masa sudah tiba untuk Parti Gerakan dan Barisan Nasional (BN) bangkit semula dan merampas kembali negeri Pulau Pinang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Katanya walaupun pilihan raya umum (PRU) PRU12 dan PRU 13 melihat BN diasak dan diuji dengan hebatnya, ia tidak pernah mengalah, malah telah berjaya memperkasakan jentera-jenteranya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan lebih bersemangat.

Beliau juga yakin kini pendulum politik tanah air khasnya di Pulau Pinang telah berubah dan PRU14 akan merupakan masa parti-parti komponen BN bangkit semula.

"Pendulum kita akan naik semula. Inilah waktunya. PRU14 inilah kita bangun semula untuk tentukan kemenangan memihak kepada BN. Kecundangan yang dialami Gerakan (pada PRU12 dan PRU13) hanya sementara.

"Saya amat berharap semua calon DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kerusi Parlimen Gerakan akan memang dengan cemerlang dalam PRU14 nanti," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-46 di Menara PGRM di sini, hari ini. - BERNAMA



http://m.utusan.com.my/berita/politik/pendulum-politik-sudah-berubah-kini-masa-kebangkitan-semula-gerakan-ahmad-zahid-1.550580


09 November 2017

Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM | Nasional | Berita Harian
Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, mempertahankan tindakan kerajaan mengekalkan pendakwah Zamihan Mat Zin dalam mengendalikan program pemulihan tahanan militan di Tapah, Perak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan rekod, Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) berjaya melakukan pemulihan akidah terhadap umat Islam yang terbabit dalam jenayah keganasan yang berat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun tidak lagi dibenarkan berceramah di Selangor, kepakaran Zamihan dalam bidang pemulihan boleh digunakan untuk memulihkan individu yang menjadi pengganas atau yang berpotensi menjadi pengganas atau yang menyumbang kepada dana untuk melakukan keganasan.

Katanya, Zamihan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang dahulunya dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai yang menyemak penerbitan agama dan kini ditempatkan di penjara sebagai seorang pegawai yang melakukan pemulihan terhadap pengganas dan penjenayah.

"Kita mewujudkan manual dan prosedur operasi standard (SOP) program deradikalisasi dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis.

"Ustaz Zamihan adalah seorang pakar pemulihan itu dan mengikut rekod, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang terbabit dalam keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.

"Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah apatah lagi dalam mengembalikan kumpulan itu ke jalan yang benar dari segi agama, dan saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan Jabatan Penjara itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Hari Inovasi Huawei Asia Pasifik (APIC) 2017 di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mempertikaikan tindakan Putrajaya membiarkan Zamihan yang diharamkan memberi kuliah di Selangor mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Tapah.

Latheefa dilaporkan berkata, pandangan ekstremis Zamihan sudah diketahui umum daripada isu dobi untuk Muslim saja sehingga mengkritik surau di Pulau Pinang kerana membenarkan mangsa banjir bukan Islam berlindung.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/348619/zamihan-aset-berjaya-pulih-pengganas-tpm

Sent from my iPhone

04 November 2017

TPM @Zahid_Hamidi : Tentera siber UMNO perlu segera tepis fitnah pembangkang | BNBBC

Tentera siber UMNO perlu segera tepis fitnah pembangkang | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Tentera Siber UMNO Perlu Segera Tepis Fitnah Pembangkang

4 NOV: Tentera siber UMNO perlu bergerak lebih pantas menangkis persepsi negatif yang menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang kini giat dijalankan oleh pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang persepsi negatif yang timbul harus diuruskan dengan segera kerana jika ia tidak diatasi dengan baik tidak mustahil seorang pemimpin atau kerajaan boleh dijatuhkan.

"Cuba kita lihat berapa ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik yang tenggelam kerana persepsi yang tidak diuruskan dengan baik.

"Jika persepsi tidak diatasi dengan segera dan hanya dijawab tiga atau empat bulan kemudian, lihat sahaja apa yang telah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila dia tuduh PAS terima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berkata, pembangkang dilihat semakin menjadi-jadi bukan hanya mempersoal dasar dan pentadbiran parti pemerintah.

Tambahnya budaya jelik dan buruk itu berkembang dalam masyarakat apabila berita palsu seolah-olah dapat diterima dengan mudah.

Sehubungan itu Ahmad Zahid turut mengingatkan tentera siber UMNO agar memastikan rakyat merasai keberadaan tentera ini sebagai wira Barisan Nasional apabila segera menepis fitnah-fitnah yang ditabur pembangkang.

"Malaysia terjebak sebagai antara negara tertinggi di dunia mempunyai peratusan penduduk yang aktif dalam media sosial, membabitkan 62 peratus daripada populasi.

"Ia memberi kesan terhadap pola pemikiran rakyat yang memerlukan usaha lebih proaktif untuk menangani persepsi secara intelektual, pendekatan psikologi dan cita rasa yang disesuaikan dengan kumpulan sasar," katanya lagi.

Dalam dunia yang semakin berubah kata Ahmad Zahid sistem komunikasi konvensional turut beralih daripada komunikasi bersemuka dan lisan kepada komunikasi tanpa lisan.

"Persepsi yang wujud harus diurus dengan baik dan mustahil dengan sistem komunikasi konvensional iaitu lisan atau bersemuka dapat menanganinya dengan baik.

"Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO adalah wira yang sentiasa berada di garisan hadapan untuk menguruskan persepsi kerana pendapat umum atau 'mahkamah pendapat umum' lebih berkuasa daripada mahkamah biasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kegagalan menangani persepsi menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tenggelam pada dua PRU lalu yang akhirnya terpahat sebagai sejarah negara.

"Kita mahu pada PRU-14 kali ini apabila Perdana Menteri memberikan bajet terbaik, semua aspek diambil kira dari segi keterangkuman, apabila seluruh jentera diintegrasi dengan sebaik-baiknya, kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah.

"Allah menguji kita dua kali, ujian ini adalah ujian terakhir untuk kita. Jika kita gagal kali ini, lupakan segala-galanya," katanya.

Konvensyen Media Sosial UMNO bertujuan memberi penerangan mengenai kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau turut melahirkan kekagumannya dengan sambutan luar biasa yang diterima oleh penggiat media sosial terdiri daripada Biro IT UMNO.

Sehubungan itu beliau melahirkan keyakinan dengan kerjasama padu yang diberikan oleh tentera siber UMNO ini mampu beri kemenangan 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-14.

"Jika kita gagal kali ini lupakan segala-galanya.

"Namun saya yakin intergrasi kita lakukan dengan sebaiknya untuk menjawab semua isu dengan bersepadu dan kita akan capai kejayaan yang sebenarnya," ujarnya lagi.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT), Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya memaklumkan telah menubuh beberapa kumpulan Whatsapp dalam usahanya merancakkan lagi gerak kerja media sosial menjelang PRU14.


https://www.bnbbc.my/tentera-siber-umno-perlu-segera-tepis-fitnah/


Sent from my iPhone

27 Oktober 2017

Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu @Zahid_Hamidi - Utusan Online

Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu - Nasional - Utusan Online


Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu



TPM
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat dewan pameran selepas merasmikan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Duta hari ini. Turut hadir Presiden UIAM yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim (kiri). - UTUSAN/FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) yang kini dijenamakan sebagai Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, bagi membolehkan institut itu mempromosi ketamadunan Islam mengikut pandangan masyarakat Melayu dan Nusantara.  

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyambut baik penjenamaan semula institut itu memandangkan sumbangan besar masyarakat Melayu dan Nusantara kepada ketamadunan dan kemajuan Islam amat besar pada masa ini.

Katanya, sumbangan itu bukan sahaja dinilai dari segi populasi beragama Islam yang terdapat di Asia Tenggara, malah dari segi kemajuan ekonomi dan sosial yang dibuktikan berjaya di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

"Peradaban dunia Islam kini bukan dipelopori oleh negara-negara rantau Arab sahaja, tetapi juga oleh dunia Islam di sebelah sini (Asia Tenggara).

"Istac yang dijenamakan semula ini diharap dapat menyelidik dan mempromosi ketamadunan Islam dan Melayu, supaya kita tidak bergantung kajian-kajian yang dihasilkan oleh penyelidik dan pemikir barat sahaja," katanya semasa merasmikan penjenamaan institut itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat Sosio-Budaya bagi Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim. - UTUSAN ONLINE  


https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-peruntuk-rm10-juta-kepada-istac-untuk-kaji-peradaban-islam-melayu-1.543278



Sent from my iPhone

21 Oktober 2017

D-8 perlu proaktif bantu #Rohingya: TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian




D-8 perlu proaktif bantu Rohingya: TPM

ISTANBUL: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi pengalaman sebagai pemimpin kanan Asia Tenggara pertama melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh, baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tinjauannya mendapati antara langkah menangani isu berkenaan ialah pelaksanaan cadangan yang disyorkan laporan Suruhanjaya Penasihat Rakhine supaya aspek pembangunan ekonomi komuniti Rohingya ditingkatkan.

"Bagaimanapun, ia hanya boleh dicapai jika wujud kestabilan politik," katanya ketika berucap mewakili Malaysia pada majlis penutup sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari kumpulan yang dianggotai Malaysia, Turki, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Iran, Mesir dan Nigeria itu berakhir hari ini.

Majlis penutup disempurnakan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ahmad Zahid berkata, keadaan pelarian Rohingya amat menyedihkan dan negara anggota D-8 wajar bersikap proaktif dalam membantu menangani isu kemanusiaan etnik berkenaan.

"Kita memuji perlindungan yang diberi kerajaan Bangladesh kepada pelarian Rohingya manakala Malaysia akan membina hospital medan di Cox's Bazaar bagi menyediakan bantuan perubatan.

"Hospital ini dijangka siap dalam sebulan selepas lawatan saya pada 16 Oktober lalu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, industri pelancongan adalah antara bidang yang perlu diberi penekanan ke arah memperkukuhkan ekonomi negara anggota D-8.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelancongan menjana pendapatan kedua tertinggi Malaysia dengan nilai mencecah AS$19.5 bilion (RM82.3 bilion) tahun lalu.

"Pulangan yang dijana daripada industri ini menyumbang terhadap kepelbagaian sumber ekonomi Malaysia termasuk menyediakan peluang ekonomi untuk rakyat.

"Malaysia berpandangan negara anggota D-8 wajar memberi penekanan dan meningkatkan pelaburan dalam bidang ini.

"Kita perlu meningkatkan pelaburan dalam pembangunan infrastruktur dan rangkaian pelancongan kerana kesan gandanya boleh memberi manfaat besar kepada anggota D-8," katanya.

Ahmad Zahir berkata, kelebihan negara D-8 ialah kepelbagaian budaya, geografi dan tinggalan sejarah yang berpotensi besar menarik kehadiran pelancongan.

Pada masa sama, tegasnya, semua pihak perlu memperkukuhkan pembangunan sumber manusia dan promosi bagi menyokong industri itu dalam memastikan impak diharap tercapai.

Menyedari potensi besar sektor pelancongan, katanya, Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat Menteri Pelancongan D-8 kedua di Kuala Lumpur pada 10 hingga 13 April tahun depan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/339929/d-8-perlu-proaktif-bantu-rohingya-tpm


Sent from my iPhone

17 Oktober 2017

Aplikasi Smart Halal Dilancar oleh TPM @Zahid_Hamidi Hari Ini

Aplikasi Smart Halal dilancarkan oleh YAB TPM hari ini. Boleh semak Pensijilan Halal sesuatu syarikat menerusi aplikasi ini.

18 Ogos 2017

Gambar MB Johor @Khalednordin Yang Sebenar Di Majlis Pernikahan Diraja #jdt

Fitnah tak akan berhenti.

Terutama di akhir zaman ini.

Ia akan disebarkan dan ditokok tambah atau diterima tanpa usul periksa hingga menjadi satu persepsi yang begitu jahat sekali.

Adakah kita mahu saham ke neraka ?

Fikirkan lah sebelum terlambat.

07 Ogos 2017

Blog Bigdotcom Dedah Keratan Akhbar NST Tahun 1953 Nama Asal Mahathir







Sent from my iPhone

Video 'Habib Dr Toha Al Jailani' Atas Pentas Pakatan Pembangkang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelantan 2012




Bersama Tun Mahathir



Sent from my iPhone

Penjelasan Berkenaan Lelaki Iraq Gelaran Habib Abu Umar Atau Sheikh Toha Jilani - Sebarkan


Semalam penulis menerima tiga rakaman suara penjelasan berkenaan lelaki dikatakan berasal dari Iraq yang menggelar atau digelar Habib Abu Umar atau Sheikh Toha Jilani.

Rakaman didakwa bersumberkan dari pensyarah Darul Quran itu saya belum dapat kesahihan dan mungkin tepat atau separuh benar perlu diperiksa juga kerana hari ini banyak info yang diragukan kesahihannya.

Beberapa hari lalu viral rakaman video beliau ditahan dan dituduh merogol pelajar IPT yang dikatakan dikahwini mutaah. Selain dikaitkan dengan Syiah Imamiyah. 

Sebelum ini sudah ada laporan polis terhadap beliau namun mungkin belum ada dakwaan kukuh atau sebab lain kepada kes yang dituduh terhadap beliau sehingga tidak ditahan oleh pihak berkuasa.


Antara VVIP yang dirakam bersama beliau

Beberapa orang alim ulama yang ditanya juga menafikan 'Sheikh' atau nama sebenar Raed ini berasal dari keturunan Sheikh Abdul Qader Jilani.

Mereka mengatakan beliau seorang penipu dan tidak boleh dipercaya. Wallahu A'lam.

Kita menunggu pihak polis menyiasat dan mendedahkan bukti lanjut siapa sebenar 'Sheikh' ini.

Jika anda pernah menonton video solat hajat PAS di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu mungkin akan teringat wajahnya yang berada di belakang imam semasa melaungkan KO UMNO!






Teks diterima semasa memuat turun suara ini semalam dalam group whatsapp seperti berikut : 

dikongsikan penjelasan dari Syeikh Muhaimin al-Hafidz kpd Muhammad Abu Nibros terkait dengan isu lelaki Arab bertitle kan HABIB yang viral di sosmed.

Syeikh alMuhaimin adalah sahabat Muhammad Abu Nibros dan berkhidmad di Darul Quran Jakim

Moga ada manafaatnya..

Berikut terjemahan ringkas 3 rakaman suara yang diterima semalam.

Suara 1- berkenaan lelaki bergelar Habib Abu Umar.dia Syiah imamiyyah. Berselindung di sebalik jubah serban. Mengamalkan mutaah. Saya tidak terkejut kerana tahu banyak perkara tentang dia. Semoga Allah membongkar penipuan sebegini. Masalah orang Malaysia mudah tertipu dengan serban jubah. Kami mohon Allah membuka kisah sebenar kepada kita.


Suara 2- assalamualaikum. berkenaan soalan pekerjaan dia di Darul Quran - kami mendapat tahu dari orang yang pernah bersamanya di sini bahawa dia pernah kerja sekejap di Darul Quran. Ada juga hubungan meragukan dgn pelajar perempuan. Mereka diperingatkan jangan dekat kepadanya. 

Adalah dia Baca qiraat campur aduk dlm solat. Ketika ditanya kenapa Katanya dia diberi Allah akan ilham ilmu qiraat istimewa. 

Juga marah apabila ditanya apakah dia Syiah atau sunnah. Sebab itu dia tidak lama di Darul Quran. Ini dari aspek pekerjaan dia di sini. Ada orang berniaga dengan orang yang digelarkan habib namun mereka bukan habib.

Adalah dia mendekati pemimpin besar negara. Dia juga banyak masalah dengan perempuan . Kami pernah menyelamatkan perempuan yang dikenalinya dari terus berhubung dengannya. Perkara ini tidak pelik kerana dia seorang popular. Kerana ada juga yang membela orang seperti ini. Bukan maksud kami semua ahbab yakni keturunan Habib (nasab Nabi) ahli kejahatan namun kami kata ada orang berniaga dengan kalimah keturunan Habib atau Syarif atau Syed. 

Semoga Allah membongkar penipuan orang seperti ini. Syukur Allah membongkar penipuan ini.

Suara 3 - saya dihubungi Sheikh Ibrahim Ketua Bahagian Ilmu Quran di Darul Quran bahawa Sheikh Toha ada masalah banyak dengan perempuan dan baca bacaan qiraat bercampur. Bila ditanya adalah adalah dia sunni atau Syiah dia marah dan melarang bertanya soalan yang sama kepadanya lagi.

Antara VVIP yang pernah dirakam bergambar dengan beliau








Berkenaan beliau dilihat bersama Habib Syech ini penjelasan yang boleh dipercayai : 



'' ana ada di sebelah pentas utama waktu itu. Ana menjadi saksi penyamar menaiki pentas secara tiba2. Menyedari hal demikian Kemudian pihak penganjur menarik keluar ia dari pentas. Ia kemudiannya menghilangkan diri dengan segera meninggalkan majlis selawat tersebut di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. ''


Mohon pembetulan jika ada info tidak tepat di dalam tulisan di atas. Tertuduh dikira tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah. Namun kita perlu mengingatkan semua agar berhati-hati dalam menerima berita dan menilai luaran seseorang walau bertasbih berjubah berserban.

Kita berdoa tidak ada Fahaman Syiah akan berkembang di Malaysia seperti juga fahaman Wahabi atau Islam Liberal atau Atheis dan lain-lain.

Sent from my iPhone

06 Ogos 2017

Saya yakin @Zahid_Hamidi setia - @Najib_Razak | Berita Harian

Saya yakin Zahid setia - Najib

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau yakin dengan kesetiaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah berjuang bersama-sama Ahmad Zahid sejak 1986 lagi ketika mereka masih dalam ppergerakan Pemuda UMNO.

Pada masa ini, Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Justeru, Najib berkata dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya Ahmad Zahid pernah bertemu dengannya dan meminta sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri, adalah tidak masuk akal.

Najib berkata, Dr Mahathir akan menggunakan apa saja cara dan 'senjata' untuk menjatuhkan sesiapa saja yang berbeza pendapat, termasuk dengan melaga-lagakan beliau dengan Ahmad Zahid.

"Beza pendapat biasa tetapi dalam sejarah siapa yang dia (Dr Mahathir) tak berbeza pendapat? Dari zaman Tunku Abdul Rahman, dengan Tunku dia bergaduh. (Tun) Hussein Onn yang lantik dia sebagai perdana menteri pun dia kutuk. Cuma tak bergaduh dengan Tun Hussein (tetapi) belakang dia kutuk.

"Tengku Razaleigh Hamzah dia gaduh, Tun Musa Hitam dia gaduh... siapa lagi? (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dia gaduh, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tun Ghafar Baba dia kuis saja.

"Cuma Tun Abdul Razak Hussein saja dia tak sempat, dia tunggu anaknya. Semua tak betul. Takkan semua yang tak betul? Sekarang ini dia cuba pula nak lagakan saya dengan Zahid, Timbalan Perdana Menteri.

"Dia tak faham (hubungan) Zahid dengan saya bukan baru ini. Dia (Ahmad Zahid) sudah bersama saya sejak dari 1986, susah senang bersama. Saya pernah pertahankan Zahid di bahagiannya ketika dia menjadi ketua pemuda dan ketua bahagiannya nak lawan dia (dalam pemilihan)," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam di sini, petang ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azahari Shaari.

Najib berkata, Dr Mahathir pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahmad Zahid serta memaksanya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.

"Zahid satu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Naib Presiden, dibawa masuk ISA.

"Dia (Dr Mahathir) hantar dua orang pegawai SB (Cawangan Khas). Dua orang pegawai itu kata kalau nak keluar dari tahanan ISA lebih awal lagi sain (tandatangan) surat letak jawatan Ketua (Pemuda). Ketua Pemuda yang perwakilan UMNO pilih dipaksa letak jawatan.

"Zahid terpaksa lepaskan jawatan. Selepas melepaskan jawatan, hari esok pegawai itu datang semula dengan satu lagi surat menyatakan Zahid letak jawatan dengan kerelaan hati tanpa dipaksa. Seperti letak pistol di kepala ibaratnya.

"Sebab itu tidak masuk akal selepas jadi Timbalan Perdana Menteri, dia jumpa Dr Mahathir minta gulingkan saya. Kepemimpinan UMNO hari ini kukuh. Saya tetap yakin dengan Timbalan saya," katanya.

http://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/309418/saya-yakin-zahid-setia-najib


Sent from my iPhone

@Zahid_Hamidi Orang Kepercayaan Saya - @Najib_Razak CC @Hishammuddinh20




Berita Harian : Mukhriz Bidas Mahathir Cuba Lagakan Pemimpin UMNO

03 Ogos 2017

TPM @Zahid_Hamidi mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali | Astro Awani

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali | Astro Awani

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali
Syed Ali menegaskan kenyataan Ahmad Zahid berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Dr Mahathir bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan, kenyataan Zahid membawa maksud bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja asalkan bumiputera Melayu, walaupun berbeza susur galur keturunan.

Malah, katanya, kenyataan tersebut juga memberi gambaran jelas bahawa pemimpin UMNO walaupun bukan berdarah Melayu, berpeluang memegang jawatan penting dalam parti termasuk jawatan Perdana Menteri sepertimana pernah disandang Dr Mahathir sendiri.

"Malangnya kenyataan Zahid telah disalah erti oleh pihak berkepentingan dan ditularkan di media sosial seolah-olah beliau menghina Dr Mahathir kerana berketurunan India (Keralla) dengan panggilan 'kutty'.

"Jika diamati dan difahami maksud yang tersirat di sebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu ternyata tidak membawa sebarang maksud dan pengertian negatif atau berupa penghinaan terhadap Dr Mahathir. "Dalam hal ini, masyarakat sewajarnya melihat secara positif dan tidak mudah terbawa-bawa dengan sentimen politik kebencian yang disemarakkan oleh parti pembangkang," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Tegas Syed Ali, Zahid tidak menghina Dr Mahathir kerana hanya menyebut keturunan kutty daripada Keralla.

Tambah beliau, kenyataan Zahid secara terbuka di depan khalayak UMNO itu tidak menjuruskan kepada penghinaan atau mempertikaikan kewibawaan Dr Mahathir walaupun berketurunan India selaku bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Lagipun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diwakili oleh pelbagai kelompok masyarakat dan latar belakang keturunan berbeza tetapi matlamat perjuangan adalah untuk kepentingan agama Islam, orang Melayu dan negara.

"Saya sendiri berketurunan Arab, nenek moyang saya darah Arab, tetapi saya lahir di sini dan saya bersama UMNO, saya berjuang untuk membela rakyat terutama orang Melayu," tegasnya.

Justeru, kata beliau, tidak timbul asal usul keturunan dalam UMNO dan ia bukan satu isu yang perlu dipersoalkan, malah apa yang disuarakan Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak membawa sebarang maksud jahat.

"Oleh sebab itu, saya tidak nampak di mana kesalahan Zahid apabila menyebut kutty yang mengaitkannya dengan Dr Mahathir," ujarnya.

Kata Syed Ali lagi, pembangkang sengaja memutarbelitkan kenyataan Zahid bagi membangkitkan kemarahan Dr Mahathir.

"Pembangkang seronok apabila Dr Mahathir mula bertindak balas dan menyerang Zahid serta UMNO, dan inilah yang telah berlaku bila sesama pemimpin Melayu bertelagah," tegasnya.

Beliau menyifatkan Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sebagai menjadi mangsa keganasan politik kebencian melampau yang dilakukan pembangkang dan pihak berkepentingan.


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate