Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Februari 2017

BERNAMA - Kerajaan Lulus Pembukaan Pusat Sehenti Visa Di Xiamen - Ahmad @Zahid_Hamidi

Kerajaan Lulus Pembukaan Pusat Sehenti Visa Di Xiamen - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kerajaan meluluskan pembukaan sebuah pusat pemprosesan visa di Xiamen di China dalam usaha menggalakkan kemasukan sekurang-kurangnya sejuta pelancong dari daerah Fujian tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Imigresen dan vendor berkaitan untuk menguruskan pembukaan pusat berkenaan.

"Saya harap apabila usaha ini dilakukan ia tak disalahgunakan. Kita tak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan sosial di Malaysia," katanya pada perasmian pameran pelancongan anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri itu memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang didapati menyalahgunakan visa.

Sementara itu, Ahmad Zahid mencabar penganjur acara itu untuk menarik sekurang-kurangnya 1,000 pempamer pada tahun depan.

"Kerajaan mahu menyumbang RM1 juta bagi pameran MITA tahun depan tetapi anda perlu memanfaatkan bajet itu (dengan baik) dan mendapatkan lebih banyak pempamer untuk turut serta," katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata beliau sedia membantu mendapatkan peruntukan khas bagi menggalakkan pemandu pelancong mengambil kursus bahasa.

"Ini kerana kita terima pelancong dari pelbagai negara seperti China dan India selain pasaran-pasaran baharu di Eropah Timur," katanya.

Dalam pada itu, Presiden MITA Uzaidi Udanis yakin jumlah pelancong yang disasarkan timbalan perdana menteri mampu dicapai berdasarkan bilangan penduduk Fujian yang berjumlah lebih 30 juta orang.

Uzaidi memberitahu pemberita bahawa kemasukan pelancong dari Fujian akan membantu kerajaan mencapai sasaran kemasukan empat juta pelancong China tahun ini.

Menurutnya, pusat pemprosesan visa yang bakal diwujudkan itu yang kelima di China selain Guangzhou, Kunming, Shanghai dan Beijing.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1332653


Sent from my iPhone

Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu | Astro Awani

Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu | Astro Awani

Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu

Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu
Tan Sri Harussani Zakaria yang menjalani rawatan di HRPB selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar pada Sabtu. - Gambar fail
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar dari hospital berkenaan pada Sabtu.

Ketika dihubungi pada Jumaat, Harussani memaklumkan keadaan kesihatannya kini kembali pulih dan dijangka keluar dari HRPB dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik, esok saya dijangka keluar hospital," katanya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin ketika dihubungi pula meminta masyarakat Islam di Perak mendoakan agar Harussani sihat sepenuhnya dan kembali meneruskan tugas di pejabat  seperti biasa.

"Kita doakan agar kesihatan Tan Sri Harussani pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa," katanya.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim juga turut mengharapkan masyarakat terus mendoakan kesihatan Harussani agar kembali pulih sepenuhnya.

Beliau juga meminta masyarakat tidak menyebar maklumat yang tidak sahih mengenai kesihatan Harussani.

"Kelmarin saya ziarah, syukur beliau sihat, mohon doakan kesihatannya," katanya.


Sent from my iPhone

Must See : Video Duration 40 minutes in ISS (International Space Station)

Jep, Sari Yanti bernikah esok? - Hiburan - Utusan Online

Jep, Sari Yanti bernikah esok? - Hiburan - Utusan Online

Jep, Sari Yanti bernikah esok?

Apa alasan Jep dan Sari Yanti memilih untuk bernikah tanpa pengetahuan
Apa alasan Jep dan Sari Yanti memilih untuk bernikah tanpa pengetahuan media?


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Berbanding sebilangan besar selebriti sebelum ini yang lebih suka berkongsi berita gembira pernikahan mereka dengan media, pasangan artis popular, Jep Sepathu dan Sari Yanti pula dilaporkan akan diijabkabul secara rahsia esok.


Utusan Online difahamkan, majlis akad nikah Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari Yanti, 33, akan diadakan di sebuah dewan perkahwinan di sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya, pagi esok.


Sumber Utusan Online memberitahu, majlis pernikahan itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakat terdekat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk mendapatkan pengesahan daripada Jep mahupun Sari tidak berjaya kerana kedua-duanya tidak menjawab telefon bimbit masing-masing.


Kiriman mesej WhatsApp juga tidak berbalas.


Nama Jep dan Sari Yanti menjadi perbualan media dan peminat sejak penghujung tahun lalu apabila Sari meluahkan perasaannya dengan ungkapan 'I Love You' ketika Jep membuat rakaman langsung di Instagramnya.


Bukan itu sahaja, malah Jep dalam kenyataannya terdahulu kepada media atas talian mengakui berasa amat selesa berkawan dengan Sari dan mereka saling berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.


Lantaran itu, peminat pasangan itu mula membuat pelbagai spekulasi, bahkan ada dalam kalangan mereka yang mendoakan agar perhubungan yang dibina berterusan ke jenjang pelamin. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

24 Februari 2017

Bila Pembayaran BR1M 2017 ???

Jong nam mati diracun 'VX ejen saraf' : @kbab51 - Kosmo! Online

Kosmo! Online - Terkini


TERKINI

24/02/2017 9:45am



Kenyataan akhbar Ketua Polis Negara pagi ini.



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan racun jenis ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau dikenali sebagai 'VX ejen saraf' digunakan untuk membunuh pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jenis racun yang diguna pakai didedahkan berdasarkan hasil laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia.

"Keputusan itu diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.

"Bahan kimia VX itu disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Jong-nam abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu. - K! ONLINE



Sent from my iPhone

Kata kata keramat Sultan Johor semalam di Bukit Kepong

Kata keramat DYMM Sultan Johor semalam semasa merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong.




Semoga menjadi iktibar semua pihak...

Daulat Tuanku!!!



Link 







23 Februari 2017

Video Video Penyanyi 'Tegar' Versi Malaysia Dipandang Sepi



Nampak potensi adik kecil ini... mungkin dari keluarga susah...

 mungkin ini penyanyi Tegar versi Malaysia yang akan popular satu hari nanti.

21 Februari 2017

Ceramah 'Husam lari dari debat bai'ah' kecoh - Husam Dihalau Penyokong PAS @Youtube



DIALOG TN50 DALAM PERSPEKTIF ISLAM DI USIM BERSAMA TPM @Zahid_Hamidi



Dialog TN50 Perspektif Islam bersama TPM @Zahid_Hamidi : Ekstremisme Dan Perpaduan Kaum Antara Dibahas | UMNO Online






Dialog TN50: Ekstremisme Dan Perpaduan Kaum Antara Dibahas

NILAI, 21 Feb – Isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama merupakan isu utama yang mendominasi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan golongan belia, malam tadi. 

Sesi dialog itu dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bermula 8.30 malam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan timbalan perdana menteri menjawab soalan yang diutarakan peserta.

Antara topik paling menarik adalah mengenai ekstremis dan radikalisme agama dibangkitkan penyanyi dan pendakwah, Hafiz Hamidun yang melahirkan kebimbangan kecanggihan teknologi masa kini mampu menyumbang kepada keadaan itu akibat penyalahgunaannya. 

Sementara Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkata perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang berlangsung pada Sabtu lepas, dilihat mampu mewujudkan dua kumpulan – ekstremis dan liberalisme agama. 

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata komunikasi tanpa lisan menguasai sistem komunikasi media sosial masa kini yang mewakili 87 peratus, manakala baki 13 peratus menerusi media konvensional.

"Perekrutan oleh ekstremis dilakukan oleh komunikasi tanpa lisan. Buat masa ini, daripada 157 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan ekstremis di Iraq dan Syria, 37 daripadanya telah gugur. Mereka cari jalan singkat ke syurga. 

"Sebanyak 87.5 peratus kajian mendapati mereka yang menyertai kumpulan itu tiada asas pendidikan agama," katanya. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya Berjaya memulihkan 87.5 peratus individu terlibat secara langsung dengan kumpulan ekstremis menerusi program deradikalisasi yang turut dikongsi bersama negara lain.

Mengenai komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan agama Islam di negara ini menjelang 2050, timbalan perdana menteri berkata pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan seperti maqasid syariah, wasattiyah dan perbankan Islam.

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan Islam yang syumul bukan retorik," katanya.

Beliau berkata ini dibuktikan melalui pembiayaan 42,681 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 72 Sekolah Menengah Agama dan 332 Sekolah Agama Negeri, oleh kerajaan persekutuan.

"Ini membuktikan komitmen kerajaan persekutuan untuk membantu pembangunan dan penterjemahan untuk mensyumulkan Islam," katanya, sambil melahirkan harapan agar 102,000 penghafaz al-Quran di negara ini dalam bidang profesional pada 2050 berbanding 1,513 orang ketika ini.

Kepada soalan penulis novel Ain Maisarah yang berharap golongan belia tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat, Ahmad Zahid berkata beliau yakin walaupun setiap universiti di negara ini mempunyai modul berbeza, mereka tetap komited mengangkat soal ketamadunan dan peradaban.

"Ia tidak boleh dihentikan. Kita harus berikan nafas untuk member kesinambungan merealisasikan ketamadunan. Malah kita nak 'memprofesionalkan ulama'," katanya.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

http://www.umno-online.my/2017/02/21/dialog-tn50-ekstremisme-dan-perpaduan-kaum-antara-dibahas/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Sent from my iPhone

Video @Youtube Burung Pandai Mengaji Al Quran dan Bertasbih

Bekas EXCO Selangor Dato Mokhtar Ahmad Dahalan Meninggal Dunia Pagi Tadi - Al Fatihah

*AL FATIHAH*

Allahyarham Dato' Hj Mokhtar Ahmad Dahalan, mantan EXCO Kerajaan Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Subang, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 03:34 pagi Selasa 21 Februari 2017.

Jenazah akan dibawa pulang dahulu kerumahnya di Shah Alam. Pengkebumian akan dibuat hari. Masa dan tempat pengkebumian akan dimaklumkan.

Sama2lah kita memaafkan dan menghalalkan perkara2 yg bersabitan antara diri kita dan allahyarham, dan mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Salam takziah kepada seluruh isi keluarga allahyarham. Warga Subang amat bersedih dengan pemergian seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara.

Salam hormat,
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua UMNO Bahagian Subang

Uncleseekers v2: Seek The Truth: 50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

Uncleseekers v2: Seek The Truth: 50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

Gambar Hiasan


'BOKASHI' berasal daripada perkataan bahasa Jepun membawa maksud penapaian atau fermentasi bahan organik melalui proses penapaian bakteria anerobik, baik untuk membantu tumbesaran hidupan.


Kami sedang memproses makanan dan minuman ayam menggunakan
enzim buah-buahan dan bahan-bahan organik semulajadi.
TIADA bahan kimia , antibiotik
dan hormon tumbesaran digunakan!

EM-1 (Effective Microorganism) yang dibuat sendiri digunakan didalam
proses fermentasi makanan ayam 


Ayam Bokashi peliharaan kami adalah ayam istimewa kerana makanan dan minuman yang diberi adalah daripada bahan dirumus khas melalui proses 'bokashi' untuk tumbesaran dan kesihatan ayam yang memberi manfaat kepada ayam dan juga kepada penggemar ayam daging organik apabila dimakan.

Nenas digunakan untuk mengambil khasiat enzim Bromelin baik
untuk sistem imunisasi haiwan,

Sayur bayam , antara bahan untuk dibuat
enzim kalsium

Buah-buahan , antara bahan untuk dibuat
enzim vitamin


Lengkuas, temulawak, daun Moringga antara bahan
untuk membuat pati herba ayam



Tugas kami bukan hanya memberi makan dan minum yang sihat kepada ayam-ayam ini, tetapi kami juga menjaga rapi kebersihan reban dan 'brooder' tempat tinggal ayam-ayam ini supaya sentiasa bersih dan selamat.

Memandikan anak ayam untuk
membersihkan kotoran untuk hindar daripada
sebarang penyakit
Anak ayam dilap dan dijemur seketika setelah dimandikan

Proses pembersihan dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan persekitaran tempat tinggal ayam ini bersih bebas daripada serangan penyakit.

Sekam padi yang disembur EM digunakan untuk memastikan tinja ayam
tidak menghasilkan bau busuk

Tujuan utama kami memelihara ayam ini bukanlah untuk jualan komersial secara besar-besaran.

Kami memelihara ayam-ayam ini adalah kerana kami sangat mementingkan agar apa yang kami makan adalah yang terbaik daripada segi kesihatan dan sumber makanan ayam ini tiada unsur-unsur yang mendatangkan was-was kepada kami, baik daripada kesihatan atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.

'GOOD things can not be cheap, cheap things can not be good'

Kos untuk pelihara ayam-ayam ini sememangnya lebih tinggi daripada ayam biasa.  Kos bahan mentah makan & minum ayam adalah seperti berikut (tidak termasuk kos operasi seperti elektrik, penggunaan sekam dan lain-lain) :

Kos Bahan Mentah Makan Minum Untuk Seekor Ayam Bokashi

Kos (sehari)

1. Bokashi
2. EM (Effective Micro Organism)
3. Pati Ikan
4. EM Ikan
5. Pati Herba
6. Enzim Herba
7. Enzim Protin
8. Enzim Kalsium
9. Enzim Vitamin
10. Enzim Vitamin C
11. Enzim Nenas

JUMLAH KOS (sehari) - RM0.36/ekor

1. Kos (sebulan) : RM10.80/ekor
2. Kos SEBENAR (75 hari - usia matang ayam bokashi) : RM27.00/ekor



Apa istimewa Ayam Bokashi?

Ayam Bokashi kami :

1. Ayam diberi makan daripada bahan organik yang diperam
2. Minuman Ayam Bokashi daripada enzim buah-buahan , sayuran dan herba
3. Ayam Bokashi kami tidak hanyir.
4. Ayam Bokashi kami tidak memberi mudarat kesihatan atau alahan apabila dimakan.
5. Daging Ayam Bokashi kami lebih lembut dan berkhasiat


Ayam Bokashi ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah:

1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis
3. Sakit Jantung
4. Buah Pinggang
5. Kolestrol tinggi


Apa kata mereka setelah merasa ayam bokashi kami?




Sabor kak lek lu..huhu

"Bila makan, isinya lembut..."


video

"Nak kata ayam tapi lebih sedap daripada ayam..."

klik untuk tonton video

video

"rasa macam di syurga..." klik untuk tonton video



Berita Baik Untuk Anda Semua

Kami ingin memberi 50 ekor ayam bokashi percuma kepada anda semua. Tapi bukanlah sorang dapat sekor ayam..sian orang lain tak dapat rasa nanti.

Setiap seorang hanya dapat seekor ayam sahaja. Dengan syarat anda mempunyai 5 jenis penyakit ini :

1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis
3. Sakit Jantung
4. Buah Pinggang

5. Kolestrol tinggi

Anda dikehendaki datang membawa salinan surat doktor mengesahkan anda mempunyai salah satu penyakit diatas atau kesemuanya sekali.

Ayam PERCUMA ini diberi mulai 27 Februari 2017 sehingga  10 Mac 2017 (Hari Isnin hingga Jumaat SAHAJA). Anda boleh datang antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Sekiranya berminat, anda boleh datang ketempat kami di Kampung Janda Baik, Pahang. Anda dikehendaki menghantar whatsapp (whatsapp sahaja tak boleh call) ke +60108102943 atau hubungi ditalian (call sahaja, whatsapp takde) 0172648451 (Dzoul) untuk memaklumkan kehadiran anda.

Sila hantar gambar salinan surat pengesahan penyakit anda ke no whatsapp diatas dengan nyatakan tarikh anda akan hadir.


Sent from my iPhone


Sent from my iPhone

19 Februari 2017

BERNAMA - Too Early To Conclude Foreign Special Agents Killed Kim Jong-Nam - Special Branch Director

BERNAMA - Too Early To Conclude Foreign Special Agents Killed Kim Jong-Nam - Special Branch Director

Too Early To Conclude Foreign Special Agents Killed Kim Jong-Nam - Special Branch Director

By Amrizan Madian

KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- The police feel it is still too early to conclude that foreign special agents had killed Kim Jong-nam, the elder half-brother of North Korean leader Kim Jong-un, in Malaysia on Monday.

Bukit Aman Special Branch director Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun said the investigation was going on and the case was complicated.

He declined further comment when asked about the arrests of two women holding foreign passports and a Malaysian man over the killing.

Bernama had asked Mohamad Fuzi about the possibility of foreign special agents having been involved.

Two women, one aged 29 holding a Vietnamese passport bearing the name Doan Thi Huong, and the other aged 25 with an Indonesian passport having the name Siti Aisyah, and a 26-year-old Malaysian man believed to be the boyfriend of Siti Aisyah have been arrested following the killing of Jong-nam.

Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Noor Rashid Ibrahim had said that more arrests were expected.

It is learnt that the police are looking for four men to assist in the investigation.

Last Monday, Jong-nam was at the KL International Airport 2 at 8am to board a flight to Macau an hour later when a woman suddenly covered his face with a cloth laced with what is believed to be poison.

Jong-nam, who had used a passport bearing the name of Kim Chol, sought help at a customer service counter at klia2 and was rushed to the Putrajaya Hospital but died on the way.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

4 suspek sudah tinggalkan Malaysia | Berita Harian


4 suspek sudah tinggalkan Malaysia

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bersama ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika sidang media mengenai perkembangan terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Bukit Aman, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan empat suspek Korea Utara yang sedang dikesan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sudah meninggalkan negara ini pada hari kejadian, 13 Februari.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Katanya, kesemua suspek lelaki itu berumur di antara 33 dan 57 tahun.

Beliau berkata, polis tidak akan mendedahkan lokasi dan negara di mana empat suspek kes pembunuhan Jong-nam berada ketika ini.

"Empat suspek kes pembunuhan Jong-nam memegang pasport biasa dan bukan pasport diplomatik," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/250362?m=1


Sent from my iPhone

Gambar Jamil Khir Naik Motor Ke Perhimpunan RUU355 dan Catatan Peribadi Beliau


Semalam sebuah catatan perjalanan sejarah dilakarkan. Setelah sekian lama melihat perjalanan umat Islam Malaysia khususnya dipentas politik lebih lagi diambang dan pasca pilihanraya. 
Betapa hambatan perpecahan,perbalahan, pergeseran hatta kepuakkan yg mengundang  pertembungan didalam agama. 
Penat melihat nasib ummah sedangkan musuh semakin mengambil kesempatan. Bangsa Melayu kita dihina, warisan jenerasi muda kita dirosak kan dgn pendekatan penuh terancang. Melayu terus berpecah.
Islam diserang dari pelbagai sudut. Seluruh agensi agama dan umat Islam dilecehkan. 
Raja raja juga turut diseret kemedan dan di hinakan. Ummah dalam keluh kesah sedang umat Islam adalah kelompok majoriti dinegara Malaysia. Lalu bagaimana Ummah untuk hari seterusnya.
Semalam sejarah baru bermula. Umat Islam lelaki dan wanita, tua dan muda. Lebih membanggakan anak anak muda pemimpin masa hadapan negara. Berkumpul dan berhimpun penuh ukhuwah. Melupakan perbezaan parti, perbezaan fikrah dan perbezaan kumpulan.
Semalam ada yg datang dari jauh dan dekat. Belanja sendiri. Berpenat lelah bahkan basah dek hujan yg turut bersama mencurah buat ujian bagi semua.
Semalam,saya setelah 2 hari berkampong di hujung kampong Janda Baik bergegas turun bersama dalam satu himpunan yg dimanakan 355. Lautan manusia serba ungu, berdiri bahu membahu, duduk bersimpuh bersentuh tubuh. Betapa hati ini tersentuh semuanya datang kerana satu misi melihat mahkamah syariah diperkasakan. Hukum Allah dimertabatkan. 
Semalam saya dijemput menyampai sedikit tazkirah. Tiada yg paling saya syukuri Umat Islam Malaysia merentas batasan politik telah bersatu atas nikmat Islam melalui RUU 355.
Semalam Umat Islam Malaysia melakar sejarah ukhuwah.
Semalam saya kembali ke Janda Baik. Bangun bersujud membesarkan IIahi atas nikmat persaudaraan ini.

Jamil Khir Baharom

Mawlid Dan Selawat / Munajat Untuk Rohingya Sabtu 25.2.2017

Tolak WAHABI:
🍃PERINCIAN PROGRAM🍃

Perhimpunan Muhibbin: Mawlid Al- Habib & Haul Masyaikh Darul Masri.

"Selawat & Munajat untuk Rohingya"

Sabtu - 25 Februari 2017
Masjid Al- Khairiyah, Taman Sri Gombak, Selangor.

4 PM - 11 PM

Anjuran:
Ma'had Tahfiz Darul Masri

Kerjasama:
*Universiti Tun Abdul Razak
*Yayasan Dakwah
Islamiyyah Malaysia
*Yayasan Al- Jenderami
* Pertubuhan Gerakan Belia
Progressif
* Masjid Al- Khairiyah
* Masjid Ittifaqiyyah
* Pertubuhan Aswaja
Selangor

VVIP:

* YBhg. Tan Sri Syed Hamid
b. Syed Ja'afar Al- Bar
* YB Senator Datuk Hj.
Megat Zulkarnain b Tan Sri
Omardin (Ahli Dewan
Negara)
* YB Dato' Syed Ibrahim b.
Syed Ahmad (Exco Agama
Pahang)
* YBhg. Dr. Yusri b.
Mohamad (YADIM)

Ulama Luar Negara:

* Habib Abdullah al-Habsyi
(Yaman)
* Sheikh Abdul Razak Al-
Masri (Mesir)
* Baba Ramli (Thailand)
* Kiyai AbdulJalil(Indonesia)

Asatizah/Ulama Malaysia:

* Habib Agil Benyahya
(Pahang)
* Ust. Syarafuddin (Pahang)
* Ust. Ahmad Shahdan
(Selangor)
* Sheikh Hafiz b. Selamat
(Selangor)
* Ust. Syahid (Selangor)
* Ust. Azhar Hashim
(Selangor)
* Ust. Aswad Qubra
(Kelantan)
* Habib Ku Suhaimi
(Terengganu)
* Ust. Hatta (Melaka)
* Ust. Masridzi Sat (PERKID)

AKTIVITI:

* Pengkhataman &
Pengizahan Surah Al-
Fatihah & Al-Baqarah.
* Bacaan Ratib Al- Attas
* Tazkirah/Tausiyyah
* Qasidah & Mawlid Daiba'i
* Perarakan Mawlid Al-Habib
* Puisi "Rohingya" Syed
Amran Al- Yahya
* Ucapan Khas " Rohingya"
oleh Tan Sri Syed Hamid
Al-Bar.
* Ucapan & Doa oleh wakil
Rohingya.
* Solat fardhu & Solat Hajat
untuk Rohingya.
* Penyampaian sumbangan
kepada Etnik Rohingya.

JEMPUTAN:

Muslimin & Muslimat, teristimewa Etnik Rohingya Malaysia.

🍂Kehadiranmu Ya Rasulullah Membawa 1001 Penawar🍂


Sent from my iPhone

Video Pahang vs Pulang Pinang 6 - 1


Video : MB Selangor @AzminAli sebak di pengebumian ibu

Al Fatihah kepada MB Selangor atas pemergian bonda beliau. Semoga ditempatkan bersama orang soleh. 


17 Februari 2017

Aturcara Himpunan 355

*ATURCARA HIMPUNAN 355*

Tarikh : 18 Feb 2017 Hari : Sabtu
Masa : 2.00 petang - 11.00 malam Tempat : Padang Merbok Kuala Lumpur

02.05 ptg : Nasyid Islami

02.15 ptg : MC (Wahid Senario & Us Hafez)

02.20 ptg : Nasyid Nowseeheart

02.30 ptg : Pidato 1 : GAMIS

02.37 ptg : Pidato 2 : Bro Sivan

02.43 ptg : Lagu Ketuhanan Man John

02.54 ptg : Pidato 3 : Mr Bala Subramaniam A/L Nachiapan

03.00 ptg : Pidato 4 : Badan Amal Tarbiyah Sejagat - BATAS

03.06 ptg : Nasyid Shoutul Amal

03.17 ptg : Pidato 5 : AMEERAH

03.23 ptg : Pidato 6 : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

03.29 ptg : Nasyid Nowseeheart

03.40 ptg : Pidato 7 : AlifBa Ta SriKandi Masyhur - SriKandi

03.46 ptg : Pidato 8 : YB. Ahli Parlimen Mewakili MP Muslim

03.52 ptg : Lagu Ketuhanan Man John

04.03 ptg : Pidato 9 : Ybhg Ustazah Nuridah binti Salleh

04.09 ptg : Pidato 10 : Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda

04.15 ptg : Pidato 11 : Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia

04.26 ptg : Pidato 12 : Ketua Biro Pemuda Ittihad Ummah.

04.32 ptg : Pidato 13 : Ybhg Ust Ahmad Dusuki Abd Rani

04.38 ptg : Azan dan Solat Asar berjamaah

05.00 ptg : Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus 06.32 ptg : Selawat dan Qasidah

07.30 mlm : Azan dan Solat Maghrib

07.45 mlm : Solat dan Munajat

08.00 mlm : Tazkirah 1 : Dato Dr Mahmuf Mohamad:
(Ketua Kluster Dakwah Majlis Perunding Islam)

08.16 mlm : Tazkirah 2 : YB Dato Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

08.40 mlm : Azan dan Solat Isyak

08.50 mlm : Aluan MC PU Akram Ikrami

09.00 mlm : Lagu Negaraku

09.03 mlm : Ucapan Aluan oleh : Ybhg Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Pengerusi Sekretariat Himpunan 355

09.16 mlm : Pidato 13 : Dato' Zainul Rijal Abu Bakar
(Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia)

09.24 mlm : Pidato 14 : Ybhg Tuan Hj Aminudin bin Yahya
(Pengerusi Sekretariat Ummat)

09.32 mlm : Pidato 15 : Ybhg Dato' Prof Hj Mahamad Naser Disa
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam M'sia

09.40 mlm : Lagu Rasmi H355 oleh : Shoutul Amal

09.46 mlm : Ikrar H355 oleh : Nasrudin bin Hassan (Pengarah H355)

09.54 mlm : Pidato 16 : Ybhg Tuan Hj Azmi bin Abdul Hamid
(Pengerusi Kongres Rakyat)

10.02 mlm : Pidato 17 : Dato Dr Hassan Ali

10.10 mlm : Pidato 18 : Dr Yusri Mohamad
(Majlis Amal Islami Malaysia - MAIM)

10.18 mlm : Pidato 19 : Dato Jailani Ngah
(Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak -UMUM)

10.26 mlm : Pidato 20 : Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifli Albakiri
(Mufti Wilayah Persekutuan)

10.34 mlm : Pidato 21 : YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia / Ahli Parlimen Marang)

11.00 mlm : Majlis ditamatkan

11.05 mlm : Bersurai.


NASRUDIN BIN HASSAN PENGARAH HIMPUNAN 355

Pewaris Samsung ditangkap skandal rasuah | Dunia | Berita Harian

Pewaris Samsung ditangkap skandal rasuah

Lee Jae-yong

SEOUL: Ketua Kumpulan Samsung, Lee Jae-yong ditangkap awal hari ini, berhubung dakwaan pembabitan dalam skandal rasuah yang membawa kepada proses pemecatan Presiden Park Geun-hye.

Penahanan itu memberi tamparan hebat kepada pengeluar telefon pintar terbesar dunia itu.

Jae-yong, 48, dibawa ke Pusat Tahanan Seoul bagi menantikan keputusan mahkamah berikutan sesi keterangan tertutup yang berakhir petang semalam.

Keputusan hakim diumumkan kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan hari ini, lebih 10 jam selepas Jae-yong, pemimpin generasi ketiga konglomerat itu, meninggalkan mahkamah.

Mahkamah sama menolak permohonan pendakwa raya bulan lalu untuk menangkap Jae-yong.

Pada Selasa lalu, pejabat pendakwa raya khas memohon waran tangkap ke atasnya dan seorang eksekutif lagi iaitu presiden firma berkenaan, Park Sang-jin, atas dakwaan rasuah dan beberapa dakwaan lain.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan menangkap Sang-jin, yang juga mengetuai Persekutuan Equestrian Korea, berkata ia tidak perlu kerana 'kedudukan, had kuasa dan peranan sebenar San-jin'.

Pendakwaan menyatakan, ia memperoleh bukti tambahan dan membawa lebih banyak dakwaan terhadap Jae-yong dalam permohonan waran terbaru.

"Kami menyedari matlamat dan kepentingan penangkapan," kata hakim dalam keputusan, merujuk dakwaan dan bukti tambahan.

Jae-yong dan kumpulan Samsung menafikan sebarang salah laku dalam kes itu. 

Reuters

http://www.bharian.com.my/node/249348?m=1


Sent from my iPhone

16 Februari 2017

@Zahid_Hamidi confirms murdered North Korean man is Kim Jong-nam


Akta 355 - Jawapan Lengkap

☪☪☪☪☪☪☪☪☪☪☪

*Kontroversi Pindaan Akta 355*

Soal Jawab RUU355 (Siri 4): Masa Akta 355 diperkenalkan pada tahun 1965 dan dipinda pada tahun 1984, tidak ada pun kontroversi, *tetapi kenapa sekarang timbul macam-macam kecoh hingga perlu ada demonstrasi dan ceramah sana-sini?*

Jawapan:

1. Pindaan Akta 355 jadi kontroversi kerana *kedudukan Mahkamah Syariah sekarang tidak sama* dengan keadaan tahun 1965 dan 1984. *Ada perubahan besar* pada mahkamah Syariah bermula tahun 1988.

2. Sebelum tahun 1988, bidang kuasa Mahkamah Syariah *boleh diganggu oleh mahkamah sivil* seperti Mahkamah Tinggi. Sesetengah keputusan Mahkamah Syariah dibatalkan oleh mahkamah sivil. Maka pada 1988 diperkenalkan pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan Perkara 121(1A) yang menetapkan bahawa *Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan* dalam perkara yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

3. Kesannya %amat positif dari sudut mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah* dan *mengurangkan campurtangan mahkamah sivil* dalam perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun ia membawa kesan sampingan yang menimbulkan *rasa tidak puas hati warga bukan Islam*.

4. Kesan sampingan ini melibatkan konflik bidang kuasa antara mahkamah Syariah dan mahkamah sivil. Terdapat dua kategori utama kes yang membabitkan konflik bidangkuasa iaitu: *(1)* kes berkaitan penentuan status agama atau kes murtad; *(2)* kes penentuan agama serta hak penjagaan anak bila salah seorang pasangan memeluk Islam.

5. Akibat konflik ini ialah rasa prejudis sebahagian masyarakat bukan Islam terhadap mahkamah Syariah.

6. Rasa tidak senang ini dihangatkan lagi dengan agenda jahat sesetengah pihak yang cuba untuk menjadikan isu ini sebagai umpan sokongan politik.

7. Parti-parti tertentu seperti *DAP cuba untuk menunjukkan bahawa merekalah juara membela masyarakat bukan Islam.* Jadi apabila ada usaha untuk menaikkan bidang kuasa mahkamah Syariah, mereka bersungguh-sungguh menjadikannya sebagai isu politik, walau pun pindaan Akta 355 misalnya *tidak ada kaitan langsung* dengan konflik bidang kuasa tadi.

8. Keadaan ini diburukkan lagi dengan *kewujudan gerakan liberal di kalangan orang Islam* yang *konsisten menentang sebarang usaha untuk memartabatkan Islam*. Bagi mereka agama adalah urusan peribadi dan pemerintah tidak boleh menguatkuasakan urusan yang dikira sebagai kebebasan peribadi. *Mereka bercakap atas hujah demokrasi, kebebasan, hak asasi dan hak wanita.*

9. *Pemikiran aliran liberal ini meresap dalam fikiran orang Islam* tanpa disedari. Bahkan ada kelompok yang dahulunya mempunyai semangat Islam, akhirnya terpesona dengan hujah liberal sehingga turut menari rentak kelompok liberal untuk membantah usaha menegakkan Syariah.

10. Selain daripada faktor di atas, *kontroversi* kepada pindaan Akta 355 sekarang juga *berlaku kerana timbul salah faham bersabit kaitan pindaan ini dengan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan*.  Undang-undang jenayah Syariah atau disebut sebagai hudud menjadi satu lagi umpan politik parti-parti tertentu untuk menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

11. Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka tidak lah pelik kenapa pindaan yang dicadangkan sekarang ini berbeza dengan situasi pada tahun 1965 dan 1984.  Oleh yang demikian, *usaha penerangan, pendidikan dan perbincangan amat penting bagi menjayakan cadangan pindaan ini*. Salah faham dan kekeliruan perlu diselesaikan. *Peranan umat Islam adalah untuk saling membantu memberikan sokongan dan penjelasan bukannya menambahkan lagi kekeliruan*.

12. Usaha pendidikan dan penerangan ini *termasuklah dengan mengadakan perhimpunan aman.* Perhimpunan dapat memberikan impak yang berbeza berbanding program ceramah atau forum. Perhimpunan juga adalah satu bentuk pendidikan bagi masyarakat yang selama ini kurang peka dengan perkembangan semasa. Secara tidak langsung perhimpunan juga dapat menunjukkan *suara umat Islam yang mahukan hak dan kebebasan mereka beramal dengan agama Islam* dapat dijamin dengan sebaik-baiknya.

Dr Fathi Yusof
Gombak, Selangor

Minyak Motorsikal Percuma Disumbang Barisan Nasional


Info : Permohonan Bazar Ramadhan #Putrajaya Dibuka Sekarang

Sila buka portal Perbadanan Putrajaya dan download borang.

http://portal.ppj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c89dfa3a-364e-418e-902c-a02c4f6ad99f&groupId=36906

12 Februari 2017

Gambar TMJ dengan Mat Tere - Titah @Pdrmsia Bebaskan Mat Tere

DAP shocker: Malacca MP, three assemblymen resign over "loss of confidence" in party, Guan Eng | New Straits Times | Malaysia

DAP shocker: Malacca MP, three assemblymen resign over "loss of confidence" in party, Guan Eng | New Straits Times | Malaysia General Business Sports and Lifestyle News

DAP shocker: Malacca MP, three assemblymen resign over "loss of confidence" in party, Guan Eng

MALACCA: DAP has suffered a devastating blow after three of its assemblymen and party stalwart, the member of Parliament for Kota Melaka, tendered their resignations amidst a widening rift within the opposition party here.

The four are Kota Melaka MP Sim Tong Him, Bachang assemblyman Lim Jak Wong, Kesidang assemblyman Chin Choon Seong and Duyong assemblyman Goh Leong San, who announced they were quitting as DAP members effective today.

In a press conference at the Kota Melaka service centre in Kota Laksamana here today, the four said their decision was made after due consideration and was not hasty.

"After due consideration and serious thought, with much regret, I have lost confidence and am greatly disappointed with (Lim Guan Eng) and (his) national leadership in handling both internal and external party issues.

"I also (cannot) accept and go along with the stand and so-called new political alignment the DAP has taken lately," Sim said in a letter written to DAP secretary-general Lim Guan Eng today.

The three assemblymen also expressed their disappointment over the party's loss of direction and its swerve from their original struggle.

They added that they will not be joining any other political party, be it on the government or opposition side – but did not rule out contesting as independent candidates in the next general election.



Sent from my iPhone

PAS to Dr Mahathir: Stop pressuring us - Nation | The Star Online

PAS to Dr Mahathir: Stop pressuring us - Nation | The Star Online

PAS to Dr Mahathir: Stop pressuring us

BUKIT GANTANG: PAS has asked former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad (pix) not to pressure the Islamist party to make a decision on whether to join the opposition Pakatan Harapan pact.  

PAS vice-president Idris Ahmad said it was improper for the Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman to give PAS an ultimatum to decide on the matter in one month.  

PAS and Pribumi had initiated talks on Feb 1 over the matter ahead of the next general election, which is due by June 2018, but speculated to be held earlier. 

Idris said the issue of PAS joining Pakatan was a major decision which could only be made after much discussion. 

He said this to reporters after a Perak-level roadshow talk to explain the PAS-proposed amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, at the Bukit Chempedak PAS centre near here Saturday night. 

Idris also said that PAS was unhappy with the verbal assaults against the party by other opposition parties. - Bernama

Related story:

Pribumi gives PAS a month to decide



Sent from my iPhone

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas kali keempat berturut-turut - Terkini - Utusan Online

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas - Terkini - Utusan Online

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas

Liga Super
BEBERAPA penyokong Pulau Pinang menyalakan suar selepas mereka tidak berpuas hati pasukan mereka tewas kepada Sarawak 0 - 1 pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Batu Kawan di sini hari ini.-UTUSAN/Sazali Che Din

BATU KAWAN 11 Feb. - Kekalahan pasukan Pulau Pinang pada aksi Liga Super menentang Sarawak malam ini, menimbulkan kekecohan di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini.

Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat.

Sebelum itu ketika di dalam stadium sejurus perlawanan tamat, mereka turut menjerit kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Liga Super

Mereka kemudian berkumpul di luar stadium selepas pasukan RELA dan anggota polis tidak membenarkan mereka berada di perkarangan stadium, sambil bertempik kerana tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka turut membaling botol air mineral dan mercun ke arah pasukan RELA dan anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk stadium.

Tindakan agresif penyokong pasukan itu menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Shamsuddin Mamat yang turut berada di stadium, berkata keadaan terkawal dan kesemua mereka telah diarahkan untuk bersurai.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada tangkapan dilakukan.

Pada aksi malam ini, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak, iaitu kekalahan keempat berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam empat aksi liga, setakat ini.-BERNAMA



Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate