Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2012

Tahniah MB Azizan - Ahli Pas Seumur Hidup Ketuai Jentera Media Baru UMNO Kedah !

Berita ini ditemui dalam komen blog Panglima. Sebelum ini ada dengar tapi tak sangka begitu serius sehingga ditulis dalam ruang komen.

Mohon disahkan maklumat blogger X yang pro BN ini mengetuai jentera media baru Umno Kedah kerana maklumat risikan sudah sahkan identiti orang tersebut ahli Pas seumur hidup.

Tahniah juga sesiapa yang berkongsi info dengan Si X tersebut.

Bukit Aman mungkin berminat kes ini.Khabarnya sudah sampai info ke telinga orang di sana.

Adakah ada lagi rahsia penyusupan akan terbongkar ?

Jika ada blogger cerdik dapat huraikan isu ini dengan lebih baik, dipersilakan.

Al Fatihah : Wartawan Harakah Meninggal Dunia Akibar Kanser


Safri pergi meninggalkan Harakah


Harakahdaily, 31 Jan 2012



KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Safri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Perutusan YAB DS @NajibRazak Sempena Hari Wilayah


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan adalah nadi penting kepada negara.

Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia, ia membentuk tanggapan pertama para pelawat, pelancong dan pelabur yang datang. Maka sebagai “showcase” negara ia harus menjadi perlambangan yang terbaik kepada kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia.

Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari.

Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Marilah kita jadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak kita, untuk keluarga kita. Bagi menggarap masa depan tersebut warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama –sama bergerak ke arah apa yang direncanakan.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

18 Kelebihan Sujud Untuk Kesihatan - Subhanallah cc @NajibRazak



Kelebihan Sujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.Kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

1-membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3- melegakan sakit hernia. (burut)

4- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- meringankan bahagian pelvis.

9- memberi dorongan supaya mudah tidur.

10- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

11-bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12-mengurangkan kegemukan.

13-pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14-organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15-mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

16-Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

17-Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. -

18-Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ketua Pemuda PAS @tantawi100 Pertahan MB Kedah Isu AUKU KUIN - Syabas !!!




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Dato Ahmad Maslan Ucap Terima Kasih Kepada Blogger Umno-Reform Semalam cc@NajibRazak

Pertama sekali semalam episod manis apabila Ketua Penerangan UMNO Malaysia berjaya menghimpunkan sejumlah besar blogger. Tahniah kepada jentera Penerangan UMNO Malaysia atas usaha tersebut.


Kedua : Panglima juga dijemput menjadi pembaca doa acara semalam dan syukur ke hadrat Allah kerana dapat mendoakan agar disatukan hati para blogger dengan satu kefahaman agar berjaya perjuangan kita hari ini.


Namun dalam berdoa kita perlu sedar hati yang kotor tidak akan diterima Allah doa mereka.


Tanda hati kotor :


- suka membuat fitnah
- gembira mengajak buat fitnah
- Menjadikan perkataan maki hamun, kesat, keji sebagai wirid harian
- memburukkan orang lain dengan tujuan mengadu domba
- menjadikan kepentingan peribadi sebagai kepentingan nasional
- berselindung di sebalik perjuangan untuk mencari kekayaan.




Banyak lagi tanda tetapi orang seperti ini tidak akan berjaya dunia dan akhirat mereka. 


Jadi marilah kita insaf dan sama-sama bertaubat...


Jangan sampai dihimpit tanah dimakan ulat baru menangis mahu bertaubat.


Baca kisah Dato Ahmad Maslan ( yang jadi imam Maghrib semalam di aras 23 PWTC ) yang mengucapkan terima kasih kepada blogger Umno-Reform yang sudi datang. Walaupun blogger ini bukan jenis suka bodek cari duit dengan Kerajaan atau Menteri. Dan pedas dalam penulisan. Info di sini http://sinismalaysia.blogspot.com/


Maaf Panglima sudah 'risik' siapa dia Umno-Reform dan jangan terkejut dia ada otak yang lagi hebat dari Panglima dan sangat profesional.


Beza orang buat kerja dengan otak lain dengan orang yang buat kerja pakai kepala lutut. Tengok gaya penulisan pun kita dah tahu.


Maaf ye, saya suka mencari kebenaran dan orang bernama Anuar Mohd Nor saya sudah duduk sembang dan kenal sejak sekian lama. 

Tidak pelik jika Dato Ahmad Maslan mengucapkan terima kasih atas kehadiran beliau ke majlis penerangan semalam.



Tulisan ini untuk membela otai Umno-Reform yang jujur menulis walau tak pandai mengampu. Jangan ingat dia jenis suka pau orang kerana dia sendiri sudah cukup kaya untuk hidup.


Satu lagi, UMB cuba dihentam lagi. Sekali lagi saya minta agar berhentilah... Jangan mencari musuh dan eloklah kita bersatu hati demi mempertahankan pertiwi bukan mempertuhankan nafsu duniawi. 


Allahumma solli wasallim wabarik alai Saidina Muhammad.....


Ya Allah terimalah...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Puteri Kedah Menulis : Orang Melayu PAS Sokong Dato' Dr Hassan Ali @drhasanali

Tulisan di bawah oleh Puteri Kedah di Group Facebooker 1Malaysia kelolaan Panglima dan rakan -rakan admin...


ORANG MELAYU PAS SOKONG DATO' DR HASAN

Panas betul cuaca politik tanah air pada hari ini. Yang paling panas sekarang bukan sahaja kisah-kisah kehancuran negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Haram Jadah, tetapi juga malapetaka dalaman parti sampah mereka sendiri sebelum dan selepas pemecatan Datuk Dr Hassan Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor juga bekas Exco Agama Islam Selangor malam kelmarin telah memulakan edisi ceramah beliau di Bukit Gantang. Seramai hampir 7,000 hadirin memenuhi majlis ceramah beliau. Aku rasa, masa dia dalam PAS dulu pun tak seramai ini yang hadir ceramah beliau.

Didalam majlis ceramah beliau, apa yang menjadi "penghangat" suasana adalah bilamana Hassan meminta kesemua lebih 7,000 hadirin itu berikrar untuk tidak memberikan walau 1 undi pun kepada calon-calon PKR dan DAP dalam PRU-13 yang makin hampiri !

Permintaan Hassan disambut dengan laungan takbir dan tepukan dari semua hadirin yang hadir ! Kesemua hadirin setuju untuk turut berikrar bersama Hassan !

Hassan menegaskan bahawa kedua-dua parti berkenaan bukan sekadar memerangi Islam malah kedua parti ini telah menjadikan PAS tunggangan puak kafirun laknatullah DAP ! Hassan turut menambah bahawa pemecatan beliau adalah atas desakan kedua parti anti Islam ini yang cuba menghalang Hassan dari terus mendaulatkan Islam di Selangor.

“Mereka takut saya mendaulatkan lslam sedangkan sebagai orang lslam menjadi kewajipan kita membenteras gejala murtad, pengharaman arak dan sebagainya” - Hassan

Hassan turut membongkar dalang yang cuba menggagalkan usaha beliau dalam membanteras gejala murtad di DUMC. Jelas beliau, DAP dan PKR membantah keras usaha Hassan membanteras gejala murtad yang membimbangkan seluruh umat Islam di Malaysia.

Sepanjang sesi ceramah Hasan di Bukit Gantang, sentiasa disusuli dengan laungan takbir dan tepukan dari para hadirin yang mengerumuni sekitar Dataran Bukit Gantang. Hassan turut memaklumkan beliau akan melakukan road show di semua negeri di Semenanjung tanpa mengira dibawah jajahan BN mahupun PR.

Aku boleh katakan AURA yang ada pada Hassan kali ini lebih menyerlah berbanding beliau didalam Pakatan Haram Jadah. Mungkin kerana beliau telah berjaya lolos dari kumpulan manusia munafiq yang memerangi Islam.

Dikhabarkan juga, sepanjang perjalanan sesi ceramah Hassan berlaku kejadian luar jangka iaitu lampu terpadam sebanyak 2 kali ketika beliau sedang melakukan sesi dedah dan bongkar. Konspirasi ???

Hassan sentiasa mengulangi kenyataan kesal dan kecewanya terhadap PAS yang terperangkap dalam circle politik kotor rakan sebantal setilam mereka iaitu PKR dan DAP. Hassan juga turut kesal dengan tindakan dan gerak geri PAS yang seolahnya menikam ahli sendiri demi survival politik puak-puak anti Islam Pakatan Haram Jadah.

"Saya dipecat kerana menentang usaha pihak tertentu memurtadkan umat lslam di Selangor” - Hassan

Hassan juga mempertikaikan rasionaliti tindakan PAS memecat beliau. Hassan juga meluahkan kecewanya terhadap tindakan rakan karib PAS iaitu DAP dan PKR yang semakin giat dan lantang memerangi Islam.

Yang paling best sekali dalam ceramah Hassan malam kelmarin adalah bila Hassan menyifatkan PAS sebagai bacul dan hilang pendirian bila berhadapan dengan DAP yang cukup kuat sentimen anti Islam.

Hassan telah pun bersuara dan telah juga berikrar bersama 7,000 hadirin lain di Bukit Gantang untuk tidak memberikan undi walaupun 1 kepada PKR dan DAP kerana sikap memerangi Islam. Apa pula kata masyarakat Islam di tanah air ni ?

Jika purata hadirin yang hadir di sesi ceramah Hassan adalah paling minima 5 ribu, bayangkan pula berapa banyak sesi road show Hassan yang berjaya mengikrarkan hadirin.

Suka untuk aku ucapkan syabas kepada Hassan Ali, kerana telah membongkar sendiri agenda jahat puak-puak kafirun laknatullah yang memerangi Islam di Malaysia disebalik topeng politik. Apa yang Hassan lakukan benar-benar dapat membuka mata rakyat agar tidak buta tuli dan menyokong memBABI-buta.

Semoga semakin ramai rakyat Malaysia khususnya Umat Islam tersedar dari pembohongan dan agenda jahat mereka. Aku juga yakin, rakyat Malaysia yang bukan muslim juga tidak suka isu-isu PENCABULAN AGAMA yang dilakukan DAP kerana mereka ini menghargai kehidupan aman dan harmoni masyarakat majmuk yang unik di Malaysia ini.

Mungkin sekarang ini Anwar Yahudi, Karpal Poosingh, Lim Kit Siang Malam dan Guan Eng Nenen menyesal atas tindakan mereka menghasut Nikcy Ajis agar Hassan Ali dipecat.

Aku harap Hassan tak buat U-Turn bila ada pula agen-agen kafirun laknatullah ini datang memujuk beliau untuk kembali ke celah kangkang PAS.

DENGAN KUASA ALLAH.BOLIH DI KATAKAN RAMAI RAKYAT CEPAT TERSEDAR BAHAWA PAS SUDAH TERSASUL MENYOKONG YAHUDI DAN LIWAT, MAKA RAKYAT SUDAH TAHU KESILAPAN BESAR PEMIMPIN PAS YANG MENYINGKIRKAN DATO' DR HASAN...AMIN 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Cuba Lihat Gambar : Orang PAS Ramai Hadir Ceramah Dr Hasan Ali Di Bukit Gantang dan Shah Alam Semalam


Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dua hari lepas khabarnya mencecah lebih 10 ribu.



Manakala gambar sebentar tadi di Shah Alam yang dilapor berjaya menarik lebih 5 ribu pendengar.


Sila klik sini 



Gambar terbaru dari Shah Alam juga dirakam oleh GAP



Persamaan yang ada ialah : ramai hadirin memakai kopiah dan tidak mustahil mereka adalah ahli PAS...

inilah gelombang pengikut Dr Hasan Ali barangkali, yang meyakini beliau berjuang bukan untuk diri tetapi demi alif ba ta.

Takbirrrr !!!




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Penulis blog perlu hindari budaya fitnah - MB Terengganu cc @NajibRazak


 

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Para penulis blog dinasihati agar menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah merugikan bangsa dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, paling teruk apabila penduduk tempatan terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah melibatkan pemimpin di negeri mereka yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

Katanya, fitnah dan pembohongan dalam penulisan terutama berkaitan isu sosial dan politik mampu mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap sesebuah kerajaan.

30 Januari 2012

Entri Terbaru Yb Zulkifli Nordin Cerita Anwar dan Paul Wolfowitz Dalam Bilik Arabella Hotel Di Munich

Rupanya ada cerita yang baru Panglima tahu di blog Yb Zulkifli malam ini.

http://zul4kulim.blogspot.com/2012/01/al-yahud.html

Cerita tentang kisah lampau semasa Anwar dirawat di Munich Jerman. Dikunjungi rakan baik beliau seorang Yahudi nama Paul Wolfowitz.

Membaca isu bertajuk Al Yahud tulisan Zulkifli Nordin - sememangnya membuatkan kita makin geram dengan apa yang berlaku.

Susah untuk memperincikan di sini tetapi anda boleh baca kisah Anwar dan Paul Wolfowitz  dari blog bekas orang kanan Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Nordin yang pernah menjadi peguambela beliau semasa sesi liwat kali pertama.

Bukan sekejap beliau bersama Anwar tetapi 12 tahun yeop...

Takkan 12 tahun masih belum kenal lagi siapa Anwar ?

Sekarang beliau seperti Saidina Umar ra yang dahulu menentang Islam namun menjadi pembela Islam apabila memeluk Islam.

Dr Hassan Ali juga seperti Zulkifli Nordin yang kini mendedahkan siapa sebenar pemimpin PAS...

Pendek kata kebenaran akhirnya terbuka.

Seorang demi seorang sudah bangkit untuk membogelkan insan yang pernah menjadi pujaan mereka satu ketika dulu.

Zulkifli Nordin dan Hassan Ali pejuang pertahan akidah umat Islam hari ini. Selepas sekian lama ditipu dengan slogan indah dan manis Pakatan.

Segala puji bagi Allah dan semoga dengan berkat bulan Rasulullah saw ini akan menzahirkan mahabbah sesama umat Islam menentang munafiq dan fasiq yang bertopeng nama Islam namun hati penuh kekufuran.

Nota - ada seorang beritahu Hj Hadi menangis pada malam selepas memecat Dr Hassan Ali yang sangat disayanginya...

Ahli Pas komen apa baca kisah ini ?

Senarai 6 Firma Peguam Dapat Duit Dari Kerajaan Tetapi Pro Pakatan ???



1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank

2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant

3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank & CIMB

4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank Islam, Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu

5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank, RHB, Petronas and IOI Properties

6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN


Baca lagi :  http://puu-umno.blogspot.com/2009/06/wajarkah.html


Tulisan Tommy Thomas : http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-was-anwar-ibrahim-acquitted-tommy-thomas/


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Penjelasan Hj Hadi Mahu Undur Diri - Tanda Sokong @drhasanli ??? cc @NajibRazak @anwaribrahim


Dengar betul-betul. 

Hj Hadi seperti beri isyarat kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim agar berundur...

Boleh jadi juga ia taktik senyapkan isu Dr Hasan Ali?

Wallahu A'lam...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ketua Polis Negara Meninggal Dunia ?





Kuala Lumpur: Bukit Aman pagi tadi menafikan khabar angin menyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia di London dipercayai disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat.


Ismail dilaporkan berada dalam keadaan baik dan memenuhi setiap program diaturkan sempena lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.


Ismail yang berlepas ke United Kingdom, 25 Januari lalu dengan ditemani isteri, Puan Sri Suriati Md Sobri dijadual akan turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan keselamatan di Malaysia kepada pucuk pimpinan polis dan pasukan keselamatan negara itu.

Credit to BH

sumber : Blog Melanau

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

50 Dalil Pakatan Rakyat Tidak Layak Jadi Pemerintah Siri 2 @NajibRazak @anwaribrahim





50 Dalil Pakatan Rakyat Tidak Layak Jadi Pemerintah Siri 1 cc @NajibRazak @anwaribrahim



50 Dalil Pakatan Haram Tidak Layak Jadi Pemerintah

Image 


1.Kepalanya seorang manusia yang kuat PEMBOHONG


2.Diketuai oleh pemimpin yang DIRAGUI AKHLAKNYA


29 Januari 2012

Nik Aziz Kata Hj Hadi Boleh Jadi Presiden Sampai Mati



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Oleh RAITINI RAHMAN


KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya umum akan dating kerana kepimpinan beliau masih lagi diperlukan untuk terus menerajui parti itu.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdul Hadi mempunyai ketokohan sebagai pemimpin dan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana ia akan merugikan tambahan pula beliau tidak mem[punyai masalah.


“Saya tidak bersetuju dengan keputusan dia lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin Islam. Jadi saya sangat tidak bersetuju dia nak berhenti.


Benarkah Tulisan Umno-Reform Bahawa Hj Hadi Diugut @anwaribrahim Jadi Punca Mahu Undur ???

Tulisa blogger Umno-Reform http://umno-reform2.com/  :



Untuk pengetahuan, ada unsur-unsur yang boleh melibatkan PAS di bawah Ustaz Hadi Awang dalam pendedahan rasuah tersebut. Beberapa pendedahan juga akan kami siarkan untuk menunjukkan bahawa kolaborasi itu wujud dan akan hanya dapat dinafikan apabila beberapa orang kanan Presiden PAS menafikan perkara itu setelah pendedahan menyeluruh dibuat.

www.umno-reform2.com juga akan memaklumkan bahawa satu akuan telah dibuat oleh kepimpinan Cabang PKR mengenai isu ini dan adalah dimaklumkan bahawa Ketua UMUM PKR mempunyai salinan perakuan tersebut. Adakah dengan perakuan tersebut dan kesempatan kedudukan Hassan Ali yang telah dipecat dari PAS ini akan digunakan untuk meletakkan PAS di bawah telunjuk PKR?



Baca lagi di link Umno-Reform di atas...


Taktik orang jahat dengan membuat perkara jahat agar ramai terperangkap dan mengikut jari telunjuk mereka untuk buat apa sahaja.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Live Dari Perak : Ceramah Dr Hasan Ali Sebentar Tadi Penuh Tempat !!! Apa Kata @anwaribrahim ?


baca lagi di blog Pengundi Setia Sg Rapat 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Najib Garis Dua Teras Untuk BN Peroleh Mandat Penuh Rakyat

ada 29-01-2012, Dalam Nasional




IPOH, 29 JAN : Bekerja kuat berlandaskan strategi betul dan semangat bersatu padu merupakan dua perkara penting digariskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Barisan Nasional (BN) mendapat mandat penuh daripada rakyat untuk terus menerajui pentadbiran negara.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata kedua-dua perkara itu perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN.

"Ini bukan sahaja terpakai kepada MCA, ia juga terpakai kepada Umno, Gerakan, MIC dan kepada seluruh negara...seperti pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Live Dari Masjid Shah Alam - Kuliah Ust Azhar Idrus Melalui U-Stream



Mari ambil yang baik dan tolak yang tidak dapat diterima seperti isu politik kepartian (jika ada)

Belajar ilmu agama perlu diteruskan di mana sahaja kita berada dan dengan sesiapa sahaja...

Mari kita ajak anak muda kita belajar agama.


U-Stream ini disediakan oleh Masjid Sultan Abdul Aziz Shah


http://www.ustream.tv/channel/masjid-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video : Semalam Dr Hasan Ali Dedah Beliau Dipecat Kerana USA !!! Tahniah @anwaribrahim cc @NajibRazak


Sedih melihat seorang pejuang Islam dihumban keluar kerana pertahan akidah Islam... 

Jangan tunggu lagi, sebarkan video ini dengan kuasa FB TWITTER dan BLOG anda. !!!

Bersama martabatkan AKIDAH demi menguatkan UMMAH...



Makin Panasss : Dr Ridhuan Tee Juga Bersama Dr Hassan Ali !!! cc @drhasanali @NajibRazak


Tolong sebarkan...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Sambutan CNY di Sembrong Kawasan DS @HishammuddinH20

Terima kasih Tun Faisal atas perkongsian gambar.

Sesiapa ada bahan menarik untuk disiar boleh email panglimaperangcyber@yahoo.com

Terima kasih.

@anwaribrahim Tentu Panas Hati Lihat Gambar Mesra Nasaruddin Mat Isa Bersama Hishammuddin Hussein Ini


Gambar ini dirakam ketika penganjuran Global Movement of Moderates

Lihat juga kehadiran beliau di majlis Dr Hassan Ali di rumah beliau

 

Semua ini bukan kebetulan. Ia ada makna dan sudah tentu gandingan kedua tokoh ini ada signifikan tersendiri dalam mencorak gelombang kuasa ketiga yang diumum oleh Dr Hassan Ali.


Baca kupasan menarik oleh Jentayu Abaka di sini





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Ust Azhar Idrus Suruh Nik Aziz Berundur Cara Halus ?



Sekali imbas tidak ada apa apa yang boleh dikaitkan dengan Mursyidul Am PAS yang masih lagi enggan mengundur diri PRU akan datang.

Namun jika jawatan imam dikias kepada kedudukan beliau sebagai Mursyidul Am PAS sudah tentu sudah sampai masanya untuk Nik Aziz Nik Mat sebagai orang lama untuk mengundur diri.

Selepas Hj Hadi berhasrat berundur, Datuk Nik Aziz mungkin boleh berundur mengikut jejak langkah Presiden PAS tersebut.

Kenyataan Penuh Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan di Facebook Tolak Pendirian @anwaribrahim Isu Negara Israel dan Undang-Undang Liwat cc @NajibRazak


klik imej untuk lebih besar....

Status yang ditulis 16 jam lalu berbunyi : 



Israel adalah sebuah entitii haram yang terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu. Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, TIDAK sekali - kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah swt.

sebelum itu :

Sungguh kita memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, namun kita mesti sedar bahawa apa jua yang bertentangan dengan kehendak Tuhan yang Maha Mencipta maka ia zalim bukan adil dan ia berat sebelah bukan saksama. Mengiktiraf gaya hidup gay, lesbian, pemikiran liberal bhw semua agama serupa serta membawa ke syurga dan sebagainya atas nama keadilan dan hak asasi adalah satu langkah yang bertentangan dengan syariat Islami. 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video YAB @NajibRazak dan Isteri di Perak Sempena Sambutan Chinese New Year Peringkat Kebangsaan Semalam


Video : The Star


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ketua Pemuda PAS Tempelak Usaha Sokong Negara Israel - Sokongan Kepada Dr Hassan Ali Hentam @anwaribrahim ???

Di bawah tulisan menarik untuk dibaca ....

Tajuk : Berbahaya...

ADA pihak dan individu pernah memberikan pandangan agar media jangan banyak menyiarkan laporan tentang Anwar Ibrahim walaupun bertujuan untuk menyanggahnya. Menurut mereka, Anwar akan ‘hidup’ dan merasakan menjadi perhatian utama jika kisahnya banyak dimuatkan menerusi media.

Dari satu segi Awang setuju tetapi dari segi yang lain, Awang berbeza pandangan. Prinsip Awang, kemungkaran yang ketara dan keterlaluan tidak boleh dibiarkan. Ini meliputi pembohongan yang berulang kali.

Lagu Cinta Muka Buku Najwa Latiff Juara AJL 26 Malam Ni ???


Jika dilihat undian yang dijalankan oleh Akhbar Utusan Malaysia nampak gayanya Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku akan memenangi anugerah malam ini. Namun keputusan terakhir akan diumumkan malam ini berdasarkan undian dan juga pandangan juri profesional yang dilantik. 

Gempar : Anwar Ibrahim Cemas Minta Hj Hadi Jangan Undur - Harakahdaily


Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur

Harakahdaily, 28 Jan 2012



KUALA LUMPUR, 28 Jan:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.

Dr Hassan Ali Dedah Dihalang Jalan Tugas Cegah Maksiat Oleh Orang PAS di Pulau Pinang Semalam




Hasan kecam pemimpin Pas


Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my



HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN


KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?
"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.
sumber : http://www.utusan.com.my/


Dr Hassan Ali telah mengotakan janjinya untuk menjelajah seluruh negara dan Pulau Pinang menjadi destinasi terbaru semalam.

Pendedahan beliau sudah pasti mengejutkan semua namun yang perlu dimuhasabah oleh ahli-ahli PAS ialah bukan soal Dr Hassan Ali kecewa tetapi kekentalan jiwanya mempertahankan isu akidah umat Islam sehingga sanggup dipecat oleh partinya sendiri dan juga jawatan Exco Agama Islam.

Lihat sahaja mimik muka beliau sudah tentu kita akan dapat melihat adakah beliau ini seorang yang gilakan kuasa seperti sesetengah muka pemimpin PAS yang lain sehingga sanggup berceramah di gereja.

Dengarlah suara luahan hatinya dan rasailah adakah ada sebarang hasrat tersirat di dalam perkataan atau perbuatan beliau ?

Panglima percaya kerana akidah dia sertai PAS dan kerana akidah juga dia sanggup dipecat dari PAS yang disertainya sejak 15 tahun lepas.

Syabas Dr Hassan Ali !!!

Nasihat Panglima - tidak perlu untuk beliau sertai UMNO tetapi berjuanglah cara begini seperti nasihat Naib Presiden UMNO Dr Zahid Hamidi semalam.

Imbas kembali bacaan doa beliau di HIMPUN pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alal



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Mari Bersarapan Rohani dan Minda Bersama Ust Don


Untuk pengguna internet Android dan Ipad boleh download TV1Malaysia di Market Android dan Apple. Di situ ada TV Hijrah saluran rancangan '30 Minit Bersama Ust Don' disiarkan. 

Jom belajar dan menyampaikan link ilmu ini kepada rakan kita.


Berita tentang Ust Don 

MyNewsHub (http://mynewshub.my/2011/11/07/ustaz-don-cetus-fenomena/ ).



Ustaz Don Cetus Fenomena!

Kehadiran stesen televisyen Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah nampaknya agak lambat diterima oleh para penonton di negara ini.

Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, ini kerana selain daripada agak lewat memasuki salah satu saluran di Astro, kandungannya yang 100 peratus bercorak Islamik pasti sukar menarik perhatian golongan muda.

Namun dari hari ke hari TV AlHijrah berusaha keras untuk membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen penyiaran lain.

Dan akhirnya dengan tanpa disangka, keputusan mereka untuk menampilkan seorang ustaz muda yang bernama Don Danial Don Biyajid, benar-benar telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran tempatan.

Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari

Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.

Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai

Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.

Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.

Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini.

Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah? - Syahril A. Kadir (mynewshub.my)


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Kenyataan Media Norman Toha Bantah 10 Banner Ceramah Dr Hassan Ali Diturunkan Di Selangor - Bukti @Khalid_Ibrahim Takut !!!

Subject: Banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali di turunkan - Exco Selangor cuba sabotaj kemaraan Dr Hasan



Kenyataan Media

Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.

Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.

IMR penyelamat rakyat.

Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

28 Januari 2012

Video Roslin Hashim Cium Perempuan Mirip Erra Fazira Yang Dikenali Melalui FB Sudah Tersebar !!!


Tahniah atas perkahwinan kali ketiga Roslin Hashim. 

Anda perlu memegang amanah sebagai suami dan ketua keluarga dengan sebaiknya. 

Hargailah isteri dan baikilah diri sebelum membaiki diri orang sekeliling kita barulah semua akan dapat berubah menuju arah kebaikan dan kebahagiaan.

Alfu Mabruk kepada anda berdua...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

PAS Selangor Kata MB @Khalid_Ibrahim Sesuai Jadi Exco Agama Ganti @drhasanali - Uwekkkssss Nak Muntahhhhh



Walaupun dua DR iaitu Dr Rani dan Dr Shafie membodek MB Khalid Ibrahim layak jadi Exco Agama Selangor,  namun rakyat nampak jelas bagaimana PKR mendominasi Pakatan sehingga PAS hanya tinggal tunggul tidak bernyawa boleh disepak diterajang sesuka hati oleh sesiapa.

Ingat mahu komen lagi tapi takut mencarut pula. Maka fikirkanlah perkataan sesuai seterusnya.

PAS makin lemah di saat PKR DAP makin kuat hasil 'darah' PAS yang dihisap...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Anak Lelaki @ShahrizatJalil Bangkit Perjelas isu NFC Semalam



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar Timbunan Duit Dikumpul PAS Dalam Ceramah



Kenapa PAS suka mengadakan ceramah nampaknya sudah terbongkar sekarang. RUpanya timbunan wang akan diperolehi setiap kali ceramah diadakan. Ke mana duit itu akan pergi ? sudah tentu untuk aktiviti parti dan jentera parti. Bukan untuk disedekahkan kepada orang susah atau fakir miskin atau ibu tunggal.


Khabarnya ada gred tertentu untuk penceramah, bergantung kepada ranking mereka. Sebab itu mereka boleh hidup tanpa bekerja dan boleh kata apa sahaja kerana wang rakyat sentiasa mengalir masuk ke poket dengan hanya bermodalkan air liur dan sedikit lakonan seperti Mat Sabu. Lihat kereta abang Mat ketika ditahan polis satu ketika dulu.


Baru kita tahu, soalnya adakah kita mahu beritahu rakyat pembohongan PAS buat selama ini ? Cukuplah penyelewengan derma MEMALI dan KOHILAL menjadi bukti bab pengurusan wang bukan boleh dibanggakan oleh mana pemimpin PAS apatah lagi Mursyidul Am mereka yang menganggap tidak mengapa jika menerima tajaan haji.


Fatwa pemimpin yang sanggup bekerjasama dengan syaitan demi mengalahkan UMNO - jangan dijadikan isu kerana beliau sememangnya mengamalkan apa yang diajar oleh Mahaguru tentera syaitan untuk menimbulkan perbalahan dan pergaduhan sesama umat Islam bukan untuk menyatukan mereka atas dasar yang dikehendaki Allah dan RasulNYA.


Akhir zaman...akhir zaman...akhir zaman...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Bayangkan Ahli Tegar PAS Ust Zakaria Ahmad - Yang Doa Lim Guan Eng Khutbah Jumaat - Turut Hadir Sokong HIMPUN @drhasanali !!! cc @NajibRazak



PAS sudah hampir karam angkara politik dalaman yang ingin memusnahkan parti Islam Melayu  ini selepas berjaya menjahanamkan imej parti keramat bangsa kita iaitu UMNO. Angkara parasit yang hidup hasil ehsan politik PKR dengan andaian mereka diangkat lebih tinggi jika Pakatan berkuasa kelak. 

Kehadiran Ust Zakarian Ahmad menunjukkan betapa ahli PAS kecewa dengan sikap PAS hari ini. Mereka lebih percaya kepada tokoh yang sudah 15 tahun berjuang dalam parti berbanding Khalid Samad yang banyak membina hubungan dengan Kristian dengan berceramah di Gereja demi mengejar undi atas nama Pakatan Rakyat.

Panglima yakin meskipun agak lambat namun ahli PAS masih belum terlambat untuk mendesak agar perpaduan umat Islam disegerakan walau tidak melibatkan parti politik. Mereka boleh menghukum PAS dengan mengambil keputusan keluar parti beramai-ramai.

Adakah petanda keruntuhan menjadi punca Hj Hadi tawar diri untuk berehat di saat Nik Aziz masih lagi ghairah mengejar jawatan sebagai wakil rakyat belum mengesahkan apa-apa kecuali hasratnya terus bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Gambar lagi banyak boleh dilihat di blog Pejuang Bangsa di sini http://sejarahmelayu.blogspot.com/ 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Rela duty allowance to be increased - PM @NajibRazak cc @HishammuddinH20



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Hj Hadi Tawar Undur Diri Kerana Anwar Ibrahim Akui Akan Pertahan Israel ??? cc @NajibRazak @anwaribrahim




Isu Anwar Ibrahim akan mempertahan negara Israel yang dirampas dari rakyat Palestin sudah ke gegendang telingan dan pandangan mata rakyat Malaysia dan dunia beberapa hari lepas.

Perkara ini begitu hebat diperkata di dada akhbar dan siaran media eletronik.

Dalam masa yang sama isu beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk termasuk liwat, belum lagi reda. 

Ahli PAS Tentu Menangis Baca Artikel @zulkiflinordin Ini !!! cc @NajibRazak @anwaribrahim

 



Salam 2 all.


Islam diserang; Melayu diganyang; Raja-Raja disepak terajang!


Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia! Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu!


Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan!


Syarat Permohonan Sara1M

Jom sebarkan. Info dari KOSMO halaman 2 Sabtu 28.1.2012.

Dengan bantuan ini 100,000 isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 akan mendapat manfaat dari bantuan yang akan dibuka permohonannya Isnin ini.

Tanpa faedah dan disedia 4 buah bank iaitu Maybank, Cimb, RHB dan BSN.

Satu lagi bukti keperihatinan Kerajaan kepada rakyat seperti yang diwar-warkan dalam slogan 1Malaysia.

Selepas diluluskan peminjam akan dapat wang yang akan dimasukkan terus ke akaun mereka.

Yang tidak ada penyata gaji atau bank juga layak memohon. Mereka perlu membuat pengisytiharan dalam borang penyertaan skim ini.

Keterangan lanjut sila klik www.sara1malaysia.com.my

Twitter Diserang ?

Lihat direct message di atas dan berikan komen balas anda tenteng perkara ini.

Banyak akaun twitter menghantar Direct Message kepada twitter Panglima.

Adakah ini serangan pihak musuh kepada pro BN ?

27 Januari 2012

Jom Layan Video Terbaru Sembang Rakyat - Melayu Sertai DAP

Seperti kata TPM : Kenapa baru sekarang Melayu dialu alukan masuk DAP?


Adakah demi menjadi boneka di negeri yang mahu Melayu menjadi MB.


Sapa tak mahu yeop kalau ditawar jadi MB bila Pakatan menang nanti.


Cuma minta dulu black and white dari Anwar Ibrahim atau Karpal Singh jika ada tawaran begitu.


Takut kalau terlewat tentu anda tidak ubah seperti mangsa liwat yang menjadi alat memuas nafsu syahwat semata-mata.


Syahwat seks dan syahwat politik.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Khairul Fahmi Jelaskan Tidak Hadir Latihan Pusat Skuad Kebangsaan - Harian Metro

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jom Tengok Video DS @NajibRazak Berjaya Himpunkan Pendekar 1Malaysia Melayu Cina India Di Pulau Pinang - Tahniah!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Khutbah Jumaat Bertajuk Sayangi Rasulullah SAW Oleh Datuk Shamsul Najmi Di PWTC Siang Tadi

Apa kita buat untuk memeriahkan bulan Maulid Nabi ini?


Ayuh kita banyakkan berselawat dan tingkatkan keazaman menyebarkan Mahabbah atau Hubb Nabi kepada sekelian makhluk...terutama di FB dan blog selain twitter.


Moga kita dihimpun bersama para habaib dan masyayikh di akhirat nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dr Aziz Bari Hentam MB Kedah Ustaz Azizan Atas Arahan Siapa?

Panglima baru sahaja selesai sesi kelas asas fotografi digital hari ketiga. Belajar dengan jurugambar VVIP berpengalaman luas merakam gambar Agong dan Perdana Menteri. Banyak perkara ingin dikongsi bersama anda semua tentang apeture, shutter, rule of third, panning, stop motion dll. Ilmu yang diterima hari ini sesungguhnya sangat berguna untuk diguna jika sudah ada wang untuk memiliki kamere DSLR satu hari nanti. Meleleh juga air liur melihat kamera DSLR yang mampu merakam gambar dengan berbagai teknik yang tidak susah untuk dipelajari namun sangat sukar jika tidak didedahkan atau belajar dengan pakar fotografi. Harap ada rezeki nanti.


Kesempatan menulis sedikit tentang isu semasa berdasarkan info dan analisa segera setakat pengalaman yang ada, bukan mampu dilakukan setiap kali timbul isu yang baru. Kekangan masa dan komitmen kerja menyukarkan usaha menulis pesanan kepada pembaca agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan cerita karut dan fitnah yang dilempar oleh setengah pihak kepada pemimpin dan isteri pemimpin kita.


Kisah Dr Aziz Bari yang menghentam Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan,  ialah satu lagi serangan yang seperti digerakkan oleh tangan ghaib di belakangnya. Tangan ini jugalah yang menyuruh beliau sebelum ini barangkali mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang merosakkan imej lawan samadan BN atau dari dalam Pakatan yang tidak sealiran dengan nada songsang perjuangan perkauman dan anti Islam mereka.


Kenapa panglima sebut songsang? 


Kerana jelas sehingga kini rakyat telah disongsangkan pemikiran mereka. Seperti dirasuk syaitan sehingga kes peribadi telah disongsangkan menjadi kes nasional demi menyelamatkan masa depan seorang pemimpin mereka yang begitu terangsang syahwatnya menuju Putrajaya.


Kesongsangan ini jugalah yang menjadikan anak muda kita yang masih belajar di Universiti seperti UPSI termasuk KUIN menjadi songsang dengan membuat perkara yang songsang mengikut norma kehidupan termasuk di sisi pandangan orang yang tidak belajar tinggi hingga ke Universiti.


ADAKAH TIDAK SONGSANG MAHASISWA MUDA KITA BERBARING TENGAH JALAN DI WAKTU TENGAH MALAM UNTUK BUAT HURU-HARA? ?


Perkara ini mungkin tidak menjadi isu besar kepada orang yang telah tercampak ke dalam lembah kesongsangan akibat perbuatan mereka yang suka mencari titik hitam dan songsang dalam diri orang lain termasuk dalam urusan pentadbiran Kerajaan. Ibaratnya jika bahan yang keji itulah tanda


Ibarat kata orang yang suka menagih dadah sahaja yang menyukai dadah dan juga golongan yang terjebak dengan dadah sedangkan orang yang tidak songsang akan merasa marah melihat penagihan dadah bukan membela mereka apatah lagi berkawan rapat dengan penagih tersebut.


Dr Aziz Bari tidak layak menjadi ahli akademik jika hanya bersuara dilihat untuk tujuan dan kehendak tangan ghaib di belakangnya. Kisah hubungan rapat Anwar dengan beliau bukan lagi satu rahsia yang tertutup. Google jika anda tidak percaya.


Sebelum beredar tontonlah video perbezaan jenama Canon dan Nikon. Khabarnya sekarang Nikon sudah mula dipercayai sehingga digemari ramai jurugambar termasuk di kalangan agensi Kerajaan. Siapa mahu derma kamera Nikon DSLR D7000 seperti di atas boleh hubungi Panglima :-)


Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Cari Blog Ini

Translate