Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mac 2017

Isu Siti Aisyah : USAH BURUKKAN IMEJ POLIS @PDRMsia DENGAN BELA PENGGANAS - watan-online.com

USAH BURUKKAN IMEJ POLIS DENGAN BELA PENGGANAS

Tindakan pihak tertentu membela Siti Aisyah Atam yang dikaitkan dengan militan termasuk Mufti dilihat cuba mempertikai usaha pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Pahang, Yunan Abdul Samad, berkata isu keselamatan negara merentasi sempadan politik.

"Isu keselamatan negara bukan isu politik murahan. Bapa kepada Siti Aisyah sebaiknya merujuk pihak polis berkaitan isu anaknya yang ditahan semula. Sudah tentu pihak polis punya sebab yang munasabah terhadap tindakan tersebut.

"Bapa Siti Aisyah juga hendaklah pastikan dirinya tidak diperalat mana-mana parti politik atau individu tertentu yang mempunyai agenda ataupun kepentingan peribadi.

"Bukankah Siti Aisyah yang merancang untuk lari dari rumah dan ke Selatan Filipina dengan pengikut Dr Mahmud Ahmad dan bapa Siti Aisyah sendiri pernah buat dua laporan polis agar pihak polis ambil tindakan untuk sekat anaknya sertai militan.

"Jangan guna sentimen murahan supaya rakyat membenci PDRM. Ada cara yg lebih berhemah untuk merungkai masalah di negara ini," katanya kepada Watan-Online.

Semalam Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara individu yang lantang membela Siti Aisyah yang dikaitkan dengan gerakan militan.

Manakala pembangkang pula membawa bapa Siti Aisyah ke Parlimen bagi merayu serta meraih simpati bagi pihaknya itu.

Sementara itu Yunan berkata, fahaman terorisme tidak mengenali sama ada orang kaya atau miskin.

"Manakala Bahagian Counter Terrorism PDRM Bukit Aman pula bertindak atas alasan keterlibatan seseorang itu dalam keganasan tanpa mengenal siapa. Siasatan dihantar ke pejabat Peguam Negara dan akhirnya suspek didakwa di mahkamah terbuka.

"Usah la membuat novel melankolik memancing emosi netizen. Hakikatnya, Ibu Bapanya sendirilah yang khuatir terhadap kecenderungan anak mereka yang terjebak dengan fahaman ekstremism sekian lama," katanya.

oleh Haspaizi Mohd Zain

http://watan-online.com/usah-burukkan-imej-polis-dengan-bela-pengganas/


Sent from my iPhone

Menjawab @Malaysiakini dan Mufti Perlis @realdrmaza Isu Siti Aishah Ditahan @Pdrmsia

MENJAWAB FITNAH MALAYSIAKINI & MAZA (Dimana ada MalaysiaKini, disitu ada Maza)

MalaysiaKini (MK) mendakwa :-

1) Aisyah orang miskin, keluarganya terbeban dengan isu ini.
2) Aisyah seorang pelajar cemerlang.
3) Aisyah rajin membaca.
4) Aisyah dikenakan penahanan yang zalim.

JAWAPAN
1) Fahaman terorisme tak mengenal orang kaya atau miskin. Manakala Bahagian Counter Terrorism PDRM Bukit Aman pula bertindak atas alasan keterlibatan seseorang itu dalam keganasan tanpa mengenal siapa. Siasatan dihantar ke pejabat peguam negara dan akhirnya suspek didakwa di mahkamah terbuka.

Usah la membuat novel melankolik memancing emosi netizen. Hakikatnya, Ibu Bapanya sendirilah yang khuatir terhadap kecenderungan anak mereka yang terjebak dengan fahaman ekstremism sekian lama.

Aishah seorang gadis yang sopan dan pendiam tetapi agak keras kepala. Dia mendakwa dirinya seorang mujahidah. Beliau merasakan terpanggil untuk berjihad di Syria dan ingin mati syahid disana. Beliau pernah menulis di salah sebuah buku miliknya. Baginya inilah  peperangan jihad kemuncak akhir zaman. Beliau pernah memberitahu tahanan penjara dengan beliau bahawa beliau tidak kisah  peduli walau ditahan 30 tahun sekalipun...  dia tetap ingin berjihad di Syria dan mati syahid disana. Walaupun dinasihati ibu bapanya, beliau tetap dengan tekadnya. 

Bapanya sendiri yg melaporkan kpd pihak PDRM tentang kecenderungan anaknya itu terhadap kumpulan  jihad Isis/Daesh apabila mengenali seorang lelaki yang bernama Qaddafi semasa menuntut di UM dahulu. Lelaki itu juga pernah memberitahu bapa Aisyah secara terangan bahawa beliau ingin mengambil Aisyah sbg isteri by hook or by crook. Namun cara ala koboi begitu tidak disukai oleh ayahnya. Kemudian lelaki tersebut mengugut ayahnya. Lantaran takut ugutan, ayahnya membuat laporan polis. Siasatan polis terhadap lelaki berkenaan jelas menunjukkan beliau ada kaitan dgn kumpulan ISIS pimpinan Dr. Mahmud yg kini melarikan diri ke Selatan Filipina. Ia akhirnya turut membawa penangkapan Aisyah dituduh dan dibicarakan bawah SOSMA. 

Jelaslah bahawa dalam kes ini Aisyah tidak mudah mendengar dan tidak mentaati nasihat kedua orang tuanya. Beliau boleh dikatakan kurang menyayangi keluarganya. Bahkan lebih mementingkan nasihat dari murshid dan kawan2nya berbanding kedua ibu bapanya. Ayah dan ibu beliau sendiri yang menceritakan hal ini kepada saya. So..apa daya..apa nak dikata? 

2) Menurut UNISZA, Aishah memperolehi diploma dari UNISZA, kemudian beliau menyambung BA di KUIN. Kemudian menyambung MA di UM, tapi tak sempat habis memandangkan tumpuan beralih arah kpd usrah dalaman dan ideologi kumpulannya. Beberapa Pensyarah di UM telah dipanggil PDRM dan Mahkamah utk memberi keterangan.

3) Jika kita membuat semakan pencapaian akademik, Aisyah bukanlah pelajar cemerlang yang di wawarkan. Ini kerana beliau memperolehi subjek B dan C dlm pencapaianya. Jika beliau seorg pelajar cemerlang, pastinya  banyak A dan dpt point yg  tinggi. Ini adalah kerana dia telah tidak fokus terhadap pelajaran sebaliknya berminat nak berjuang di Syria.

4) Maklumat dari UM mendapati Aisyah luput pencalonan drpd UM pd tahun 2014 lagi kerana beliau  tidak mendaftar setiap semester spt sepatutnya. So beliau bukan di buang. Ada surat peluputan pencalonan dlm fail UM
Tahun 2014 direkodkan oleh pihak pentadbiran universiti. Saya sendiri sempat berbincang dgn pegawai UM di Mahkamah.

5) Ya... memang beliau rajin membaca. Bahkan banyak membaca buku yg mengandungi doktrin pengganas seperti ikhwanul Muslimin, al-Qaeda dan ISIS.  Buku2 yg dirampas itu, kebanyakkannya  bercirikan ideologi ekstremis ala Wahhabi. 

So, Tak hairanlah jika Maza begitu teruja mempertahankan pelajar ini. Penahanannya bukan semata2 kerana membaca bro, tetapi pihak polis mendapati subjek mula bertindak untuk merealisasi ideologi yang didoktrinkan dalam buku2 tersebut. 

Hal ini amat wajar dipandang serius oleh pihak keselamatan sebelum ia menjadi lebih parah. Takkan nak tunggu seseorg bersikap agresif baru kita mahu bertindak. 

Sebab itu pihak PDRM hanya menyiasat dan  MENAHANNYA serta dibawa ke muka pengadilan. Beliau melalui perbicaraan demi perbicaraan dgn diwakili 2 peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma. Saya sendiri sempat berbual dengan peguam beliau sewaktu di Mahkamah Tinggi KL. Walaupun saya dan beberapa pakar lain tampil membawakan bukti dan hujah...namun Hakim memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan. 

6) Seusai perbicaraan saya balik ke rumah. Selang beberapa hari saya difahamkan bahawa pihak PDRM menahan kembali beliau atas kesalahan POCA. Saya langsung tak tahu menahu hal ini. Mungkin pihak keselamatan mempunyai justifikasi tersendiri atas tindakan berkenaan. Mereka lebih tahu apa yg patut dilakukan.

7) Bagi saya, penulis artikel dari malaysiakini tidak jujur dan berniat jahat apabila menuduh Aisyah diseksa dan dizalimi tanpa perbicaraan. Sedarlah bahawa semua tahanan SOSMA melalui perbicaraan di mahkamah terbuka. Tiada sesiapapun ditahan tanpa bicara. Dan tiada sebarang seksaan ke atas org tahanan mengikut laporan dan SOP Jabatan Penjara. Sebaliknya tuduhan menyeksa dan menzalimi orang tahanan merupakan mitos ciptaan MAZA dan wartawan malaysiakini sahaja.

Kesimpulannya, adakah pegawai penyiasat, DPP, saksi pakar Kerajaan, pensyarah dan pentadbir UM, PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia berkomplot melakukan kezaliman pada Nor Aisyah? Tentu tidak sesekali. Ia hanyalah prosedur perundangan biasa sahaja yang perlu dilalui mana2 suspek yang didapati  terlibat dgn kegiatan keganasan. 

Ternyata, kami hanya menjalankan tugas. Kalau Malaysia dilabel negara teroris atau diancam keselamatan oleh pengganas, rakyat akan berkata pihak keselamatan tak buat kerja. 

Apabila pihak keselamatan bertindak, Tok Mufti facebook pula naik meroyan angin satu badan. Kalau benar pihak keselamatan zalim dan gemar menahan orang tanpa bicara, nescaya orang yang lebih patut diburu adalah seperti mufti muzabzib ini kerana beliau gemar mencetus dan menyebarkan fitnah.

PIHAK KESELAMATAN BERTUNGKUS LUMUS MENJAGA KEAMANAN NEGARA SDGKAN TOK MUFTI GOYANG KAKI MELAYARI FACEBOOK DGN FITNAH SANA SINI. Cukuplah Allah SWT yang menjadi saksi kami di akhirat nanti.



#Copy Paste ( Whatsapp )


-- Mohon pembetulan jika tidak tepat tulisan di atas...

22 Mac 2017

@BERNAMA - #LIMA #2017 Dijangka Saksi Pemeteraian Kontrak Lebih RM9 Bilion - Ahmad Zahid


LIMA 2017 Dijangka Saksi Pemeteraian Kontrak Lebih RM9 Bilion -- Ahmad Zahid


LANGKAWI, 21 Mac (Bernama) - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA 2017) dijangka akan menyaksikan pemeteraian kontrak dengan nilai keseluruhan mencecah lebih RM9 bilion sepanjang tempoh penganjuran pameran berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu turut mencerminkan perkembangan industri aeroangkasa negara yang semakin rancak, sekaligus menjanjikan potensi yang baik untuk perkembangan ekonomi negara.

"Saya juga menjangkakan dalam tempoh satu dekad, Malaysia akan menjadi sebuah hab penerbangan," katanya pada majlis pembukaan rasmi Kolej Antarabangsa Penerbangan Yayasan Melaka Langkawi (ICYMLA) di sini, hari ini.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangai memorandum persefahaman (MoU) di antara kolej berkenaan dengan penggiat industri penerbangan termasuk Redlands Aviation, Wakaf Air, MNM Services dan D'Aviation Services serta satu MoU dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Pada edisi LIMA sebelum ini, perjanjian bernilai RM9.29 bilion telah ditandatangani di sepanjang tempoh pameran berkenaan.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata syarikat pengendali kargo perkapalan telah diarahkan untuk hanya mengambil penyelia warga tempatan bagi mengisi jawatan tersebut.

"Pekerja asing tidak boleh diambil sebagai penyelia kerana jawatan tersebut adalah hak kita dan saya telah meminta majikan-majikan supaya memberikan jawatan itu hanya untuk warga tempatan," katanya.

ICYMLA merupakan sebuah institusi latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan menawarkan program latihan bagi lesen penyelengaraan pesawat.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

20 Mac 2017

Kenyataan Media NGO ASWAJA : Pemilihan Siti Kasim Dalam Majlis Peguam Malaysia


KENYATAAN MEDIA

Pemilihan Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim adalah satu episod hitam buat Majlis Peguam apabila memilih individu yang penuh dengan kontroversi berada dalam kepemimpinan badan itu.

Pemilihan Siti Kasim bukan saja akan mencalar imej Majlis Peguam yang sebelum ini dipertikai, malah menjadikan perjuangan badan itu semakin tidak relevan.

Pemilihan Siti Kasim dalam Majlis Peguam pastinya mengundang rasa kurang senang umat Islam dan ia bakal melebarkan lagi permusuhan umat Islam dengan individu kontroversi itu yang akhirnya turut mengheret Majlis Peguam.

Apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan perbuatan 'kegeraman melampau' terhadap Siti Kasim yang akhirnya membawa kepada tindakan ekstremis agama.

Oleh itu Majlis Peguam perlu memainkan peranan 'mengawal' Siti Kasim supaya tidak menggunakan platform badan itu untuk terus menentang arus dan mencabar sistem perundangan di negara ini khususnya usaha memartbatkan sistem perundangan Islam.

Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
20 MAC 2017



Usul gesa haramkan arak di program Majlis Peguam ditolak

Posted on Saturday, March 18 @ 21:17:55 MYT 

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Berita

 
KUALA LUMPUR: Usul menggesa melarang hidangan arak pada program-program Majlis Peguam ditolak oleh hampir semua ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan, hari ini. 
 


Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau dan ahli-ahli yang lain menentang usul yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

"Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam.

"Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain," kata beliau kepada FMT.

"Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik."

Kata beliau, usul itu tidak sepatutnya dibawa untuk perbahasan.


"Pun begitu, ia telah ditolak," kata beliau selepas mesyuarat tahunan yang diadakan Hotel Renaissance di sini.

Difahamkan, usul itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi. Ketika laporan berita ini ditulis angka rasmi belum disahkan oleh Majlis Peguam.

Muhammad Rafique Rashid Ali, seorang peguam jenayah juga menentang usul itu.

Dengan memetik al-Quran, beliau juga menyifatkan tindakan membawa usul itu sebagai sesuatu yang tidak Islamik.

"Terdapat ayat-ayat dalam al-Quran yang bercakap tentang larangan pengambilan alkohol oleh umat Islam akan berkuat kuasa secara berperingkat."

"Jadi membanteras alkohol dalam Islam, sejak zaman Nabi Muhammad, telah dilakukan secara berperingkat.

"Mengapa saya petik ini, adalah kerana bukan sahaja usul itu tidak Islamik, tetapi Islam memastikan anda (umat Islam) tidak boleh minum arak, tanpa menyatakan bahawa anda boleh menghentikan orang lain daripada berbuat demikian."

Kata beliau: "Usul itu mahu hidangan arak pada majlis Majlis Peguam dihentikan, yang mana ia tidak Islamik."

Laporan awal minggu ini memetik Amir berkata, penggunaan alkohol dalam acara-acara anjuran Majlis Peguam menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.

Kata beliau, keanggotaan Majlis Peguam terdiri pelbagai kaum dan agama, malah pengambilan arak dilarang oleh hampir semua agama.




Sent from my iPhone

17 Mac 2017

Hukum Tahlil dan Khatam Quran Untuk Arwah di Perlis Bidaah Amat Keji

PM, TPM ucap takziah kepada Shafie Apdal | Berita Harian

PM, TPM ucap takziah kepada Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pemergian ibunya, Allahyarhamah Bunga Suara Dandai, 85, pada pagi Khamis. 

Menerusi catatan dalam Twitter rasminya lewat malam ini, Najib berkata, "Takziah Datuk Yusof Apdal (Ahli Dewan Undangan Negeri - Lahad Datu) dan Mohd Shafie Apdal serta keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ibu tercinta. Moga roh dirahmati. Al-Fatihah'.

Ahmad Zahid pula dalam catatan sama di akaun Twitter rasminya berkata, "Takziah buat keluarga Mohd Shafie Apdal atas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat Allah ke atasnya. Al-Fatihah".

Bunga Suara meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Semporna, kira-kira jam 6.30 pagi, Khamis. Allahyarhamah meninggalkan lapan anak termasuk Mohd Shafie yang juga anak kelima, selain Yusof. 

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Semporna, semalam.



Sent from my iPhone

14 Mac 2017

Jasa dan Sumbangan Bekas Mufti N9 Allahyarham Sheikh Dato' Haji Mohd Murtadza

Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan Khabar Duka Wafatnya Syeikh Thariqah Ahmadiyyah

‎انتقل إلى الله تعالى مفتي السابق نجري سمبلان ماليزيا اليوم . اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واجعل جنة مثواه.

Telah meninggal dunia bekas Mufti Negeri Sembilan Malaysia hari ini.Semoga Allah mengampuninya merahmatinya memaafkannya dan menjadikan syurga tempatnya.

Ameen Ya Robbal'alameen

‎اِنّا لِلهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعون

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وارْحمْهُ وعافِهِ واعْفُ عنْهُ، وَأَكرِمْ نزُلَهُ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُ واغْسِلْهُ بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ، ونَقِّه منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس، وَأَبْدِلْهُ دارا خيراً مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلِهِ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار.

Sedikit Manaqib Syeikh Thariqah Ahmadiyyah Tuan Guru Dato' Hj Mohd Murtadza

Maklumat Peribadi:
i. Nama: Dato' Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
ii. Tarikh lahir : 05.05.1937
iii. Kewarganegaraan: Malaysia
2. Maklumat Pendidikan:
i. Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
ii. Maahad Kaherah, Mesir
iii. Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
iv. Madrasah al-Attas, Johor Bahru
v. Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
vi. Sekolah Kebangsaan Dato' Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3. Pengalaman Kerja:
i. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
ii. Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama ( 1984 – 1987 )
iii. Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
iv. Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
v. Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S. ( 1974 - 1976 )
4. Anugerah:
i. Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1988.
ii. Mendapat anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
iii. Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
iv. Mendapat anugerah Tokoh Ulama' sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.

5. Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah

Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-'Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad

6. Sumbangan:
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
i. Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
ii. Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi.
iii. Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
iv. Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.

7. Pengiktirafan:
i. Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987) mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
ii. Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
iii. Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato' Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).

iv. Membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan" di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah "Negara Zikir".

8. Pengalaman:
i. Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 . Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
ii. Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato' Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
iii. Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama' dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
iv. Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.

9. Aktiviti Semasa:
i. Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a) Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b) Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c) Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d) Menolak sebarang amalan bid'ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e) Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f) Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g) Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ) N.Sembilan.

h) .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i) Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j) Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k) Menerima kunjungan alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato' Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.

ii. Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
iii. Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan

Sent from my iPhone

#Video : TPM @Zahid_Hamidi mengesahkan mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam diawet

https://www.youtube.com/watch?v=un4mJReT9Gs&sns=em


Sent from my iPhone

Bekas Mufti Negeri Sembilan Dato' Sheikh Hj Mohd Murtadza Meninggal Dunia - #AlFatihah

Ustaz Dr. Muhammad Yusry:

: اِنّا لِلهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وارْحمْهُ وعافِهِ واعْفُ عنْهُ، وَأَكرِمْ نزُلَهُ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُ واغْسِلْهُ بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ، ونَقِّه منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس، وَأَبْدِلْهُ دارا خيراً مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلِهِ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار.

Dimaklumkan bahawa Dato' Sheikh Hj Mohd Murtadza (mantan mufti NS), baru kembali kerahmatullah. Al-Fatihah

Saya di maklumkan oleh anaknya Ust Hasif. Jenazah akan d bawa dari rumah anaknya d sendayan ke taman seri putih rasah.

Beliau meninggal dunia pada 3.08 ptg.



Maklumat lain :

lepas asar hari ini dibawa ke no.97 taman sri putih,rasah.

Dijangka dikebumikan esok sebelum zohor



Semoga Allah menerima amal soleh Allahyarham dan menempatkannya bersama syuhada dan solehin....


Sent from my iPhone

#Poster #Fakta Sumbangan #DAP kepada rakyat Pulau Pinang - Sebarkan

10 Mac 2017

2 penulis blog dituntut mohon maaf hina Sultan Selangor | BNBBC

2 penulis blog dituntut mohon maaf hina Sultan Selangor | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

2 Penulis Blog Dituntut Mohon Maaf Hina Sultan Selangor

10 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mendesak dua penulis blog membuat permohonan maaf secara bertulis kepada Sultan Selangor kerana mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Shah terlibat dalam tuntutan saman Mais ke atas syarikat Redha Resources Sdn Bhd di mahkamah baru-baru ini.

Mais turut menafikanlperkara tersebut dan menyifatkan kenyataan itu berbaur fitnah selain memberi gambaran yang tidak benar terhadap baginda.

Mohamad Adzib

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, artikel tersebut telah membangkitkan rasa marah dan benci terhadap institusi diraja dan pihak berkuasa agama Islam negeri.

"Artikel yang dipaparkan blog 'Another Brick in The Wall' bertajuk 'Selangor Royal Default' yang disiarkan pada 6 Mac serta artikel blog 'Rocky's Bru' bertajuk 'While the Agong Makes Headlines' yang disiarkan pada 7 Mac telah membangkitkan rasa marah dan benci terhadap institusi diraja dan pihak berkuasa agama Islam negeri.

"Kami juga mendapati, kandungan artikel-artikel itu telah menyentuh secara langsung fakta kes yang masih dalam prosiding mahkamah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 Sehubungan itu, Mohamad Adzib turut mendesak penulis blog terbabit menarik balik laporan berkenaan serta tidak mengulangi kesalahan sama yang dilihat bertujuan meruntuhkan kepercayaan rakyat Selangor terhadap kredibiliti Sultan Selangor dan Mais.

"Kami menyeru penulis-penulis blog dan artikel berkenaan untuk menghentikan tohmahan dan menarik balik artikel-artikel itu dalam tempoh 24 jam dari tarikh kenyataan media Mais ini dikeluarkan.

Permohonan maaf juga hendaklah disiarkan dalam dua akhbar harian tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris berserta akujanji daripada penulis blog ini," katanya.

Mohamad Adzib berkata, sekiranya penulis blog terbabit gagal mematuhi tuntutan Mais ekoran kenyataan fitnah yang disebarkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap mereka.



Sent from my iPhone

09 Mac 2017

Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS | BNBBC

Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Teresa Akhirnya Mengaku Terima Dana YAWAS

9 MAC: Tidak sampai 24 jam Teresa Kok menafikan ada menerima dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), hari ini Ahli Parlimen DAP Seputeh itu mengakui bahawa beliau sebenarnya menerima peruntukan tersebut.

Jelas Teresa yang juga ADUN Kinrara, setiap ADUN di Selangor menerima kad ATM sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor dan ia bukan perkara baharu untuk didedahkan.

"Tentulah semua adun di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memang guna ATM kad yang diberi kepada kita, bukan saya sahaja semua ADUN yang ada di bawah program SMUE memang ada kad, sudah lama sejak zaman Tan Sri Khalid sampai sekarang," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang mendakwa Teresa berbohong dan seorang wakil rakyat hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

"Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai  dan seorang yang hipokrit. tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

"Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri," kata Jamal.

Sebelum itu,  Teresa menafikan beliau salah seorang wakil rakyat di Kuala Lumpur yang menerima wang daripada dana YAWAS.

"Tidak ada, tidak ada. Saya wakil rakyat Kuala Lumpur, itu dana untuk wakil Selangor. Jadi tanya ahli parlimen Selangor," kata Teresa sebelum ini.

Jelas Teresa, Jamal sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya cuba mencari masalah dengan kerajaan negeri sehingga membabitkan dirinya dalam hal ini.

"Jamal blur tak tahu apa berlaku, saja nak cari pasal dengan kerajaan negeri Selangor, heret masuk nama saya yang ahli parlimen KL dan masuk yang lain skali macam semua ini rasuah, kalau memang rasuah berlaku, ingat saya boleh berada di sini?" soalnya.



Sent from my iPhone

Zairul Khir #DAP Nafi Video Miripnya Peluk Perempuan di Kelab Malam

Viral video lelaki mirip Zairil sehari dua ini dipercayai di sebuah kelab malam memeluk seorang perempuan.

Dulu beliau pernah heboh dengan gambar cium perempuan  Dyana Sofya pada 19 Oktober 2014. Satu laporan mahu dibuat namun dibatalkan saat akhir.


Dalam politik macam-macam boleh berlaku. 

Ada buat silap kata bukan silap dia..

Ada sengaja buat silap untuk tuduh lawannya.

Ada silap yang didedah oleh lawan namun bukan kesilapan namun tohmahan....

Mana satu jenis Zairil ni mungkin laporan polis boleh mengesahkannya.

Cuma beranikah Zairil melaporkan kepada polis ? 

Modal mereka seperti biasa : ini cubaan untuk menjatuhkan imej saya menjelang PRU 14 !!!





Sent from my iPhone

05 Mac 2017

Malaysia iktiraf sumbangan Muhammad Ali | Semasa | Berita Harian

Malaysia iktiraf sumbangan Muhammad Ali

DATUK Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada anak lagenda tinju dunia Muhamad Ali, Rasheeda Ali sempena program Reviving The Islamic Spirit anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali menerima pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia atas sumbangan dan inspirasi yang diberikan kepada umat Islam seluruh dunia.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada anak Muhammad Ali, Rasheeda Ali pada program Reviving The Islamic Spirit, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, sebentar tadi.

Jamil Khir berkata, Muhammad Ali yang meninggal dunia ketika seluruh umat Islam sedang berpuasa tahun lalu, meninggalkan legasi dan inspirasi besar kepada masyarakat dunia. 

"Saya masih ingat lagi pada 1975, beliau (Muhammad Ali) bertarung dengan Joe Bugner di Malaysia dan ketika itu semua mata dunia terpaku melihat aksi hebat mereka.

"Bagaimanapun, kita hanya mengetahui kehebatan beliau selepas analisis dilakukan dan kejayaan dicapai adalah berlandaskan prinsipnya yang berpegang teguh kepada nilai murni, termasuk kenyataan mengenai semua kehebatannya adalah kurniaan Allah," katanya ketika berucap pada program berkenaan. 

Terdahulu, persidangan yang bermula hari ini turut menampilkan pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat, Imam Zaid Shakir; Pensyarah Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Naib Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Imam Siraj Wahhaj. 

Sementara itu, Jamil Khir turut merakamkan penghargaan terhadap penganjur yang berjaya menganjurkan program berkenaan buat julung kalinya di negara ini.

"Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya menganjurkan program ini kerana program ini tidak pernah diadakan di luar Kanada dan Amerika Utara sejak 15 tahun lalu," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/256035?m=1


Sent from my iPhone

Lelaki Mati tertimbus majalah porno | Harian Metro

Tokyo: Seorang lelaki kesunyian yang mengumpul lebih enam tan majalah porno mati dihempap majalah berkenaan.

Lebih tragis lagi, mayatnya hanya ditemui enam bulan kemudian apabila tuan rumah memasuki flat berkenaan untuk menuntut wang sewa yang sudah sekian lama tertunggak.

Kejadian itu didedahkan oleh seorang pekerja syarikat pembersihan yang diupah untuk membawa keluar majalah porno berkenaan supaya ia tidak diketahui jiran dan juga keluarga lelaki itu bagi menjaga maruah mereka.

Menurut pekerja itu, lelaki terbabit yang hanya dikenali dengan nama Joji, berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat pembuat kereta.

"Dia mati di bawah timbunan majalah porno. Mungkin dia rebah akibat serangan jantung sebelum dihempap majalah itu. Walaupun masih hidup selepas rebah, jeritannya mungkin tidak boleh didengar kerana dia ditimbus majalah itu.

"Setelah dibawa keluar dan ditimbang, berat majalah itu melebihi enam tan," kata pekerja itu.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 5:04 AM

http://www.hmetro.com.my/node/210891


Sent from my iPhone

04 Mac 2017

Bantah Zakir Naik kerja mengarut - Jamil Khir | Semasa | Berita Harian

Bantah Zakir Naik kerja mengarut - Jamil Khir | Semasa | Berita Harian

Bantah Zakir Naik kerja mengarut - Jamil Khir


YANG Di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V (tiga dari kanan) diiringi Yang Dipertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob (kiri) dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (dua dari kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) mendengar penerangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Hasan Abd Rahman (dua dari kiri) mengenai replika Kota Al Hasanah pada Majlis Perasmian Kompleks Kota Al Hasanah dan Mahkamah Syariah di Sungai Rambai. - Foto Rasul Azli Samad

JASIN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Hindraf membantah kegiatan dakwah Dr Zakir Naik di negara ini sebagai mengarut.

"Buat apa buat kerja mengarut. Kita lagi banyak kerja nak buat," katanya ringkas selepas menghadiri perasmian Kompleks Kota Al-Hasanah Sungai Rambai, oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan 19 individu, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan peguam, Siti Kasim yang memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia kerana mendakwa melindungi pendakwah dari India itu.

Mereka mendakwa Zakir boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Ditanya mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen bermula Isnin ini, Jamil Khir hanya menunjukkan isyarat bagus.

Sidang Dewan Rakyat selama 20 hari hingga 6 April ini akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa RUU akan dibentang dan dibahaskan pada sidang kali ini, termasuk RUU Akta 355.

Cadangan meminda RUU 355 kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei tahun lalu dan usul itu sekali lagi dibaca pada 24 November.

Usul pindaan itu dijangka dihuraikan lebih lanjut pada sesi persidangan kali ini.



Sent from my iPhone

Video @BeritaHarian : Lelaki Tua Putus Kepala Dilanggar Pacuan 4WD

https://www.youtube.com/watch?v=EMW9XdBp240&sns=em


Sent from my iPhone

03 Mac 2017

Jong-chol dibawa ke KLIA untuk pengusiran | Semasa | Berita Harian

Jong-chol dibawa ke KLIA untuk pengusiran

RI Jong Chol. - Foto REUTERS 

SEPANG: Warga Korea Utara yang sebelum ini dikaitkan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong-chol, dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi bagi melengkapkan proses diperlukan sebelum diusir dari negara ini.

Jong-chol, 47, yang dijadualkan berlepas hari ini dengan diiringi dua wakil Kedutaan Korea Utara, difahamkan akan transit di Beijing, China sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Utara.

Kira-kira jam 3.30 petang tadi, kelibat Kaunselor Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-song, dilihat di Balai Pelepasan KLIA. 

Wartawan tempatan dan antarabangsa berusaha mendapatkan maklum balas darinya namun beliau enggan memberi komen. 

Media yang sudah menunggu di aras lima KLIA sejak jam 8 pagi tadi tidak melihat Jong-chol kerana dipercayai dibawa masuk menerusi laluan khas.

Jong-chol juga difahamkan dibawa ke Pusat Pengurusan Lapangan Terbang (AMC) KLIA untuk bertemu ahli keluarganya.


http://www.bharian.com.my/node/255513?m=1


Sent from my iPhone

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sultan Muhammad V | Semasa | Berita Harian


Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sultan Muhammad V

YANG Di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V (dua dari kanan) bersalaman bersama jemaah selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak sempena Majlis bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Kampung Hulu, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad 

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mencemar duli ke Kompleks Penjara Sungai Udang di sini, bagi menunaikan solat Jumaat bersama lebih 3,000 jemaah.

Baginda yang tiba kira-kira jam 1.15 tengah hari turut berkenan merasmikan Masjid Sultan Muhammad V di sini, bersempena dengan nama baginda.

Seri Paduka kemudian menandatangani plak perasmian seterusnya memasuki perkarangan masjid diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, sebelum menyertai ribuan jemaah untuk menunaikan solat jumaat.

Selesai solat jumaat, baginda mencemar duli menyertai Majlis Santapan Rakyat di perkarangan masjid.

Masjid Sultan Muhammad V di perkarangan Kompleks Penjara Sungai Udang mula dibina pada 19 September 2005 dan siap sepenuhnya pada 4 Januari 2010.

Masjid berharga RM305 juta itu merangkumi dua aras utama dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah serta pengunjung.

Seri Paduka berkenan memilih Melaka sebagai negeri pertama lawatan rasmi baginda selama tiga hari sehingga esok, sejak pelantikan baginda pada 13 Disember lalu.

http://www.bharian.com.my/node/255426?m=1


Sent from my iPhone

01 Mac 2017

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia | Hiburan | Berita Harian

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia

ANTARA babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong.

HULU KLANG: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi. 

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang. 

"Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. 

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online. 

Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham. 

TAN Sri Jins Shamsuddin ketika berlakon watak Jefri Zain dalam filem Jurang Bahaya.

INFO: Tan Sri Jins Shamsuddin

  • Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935
  • Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita. 
  • Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.
  • Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.
  • Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011
  • Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963.
  • Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim
  • Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

Berita sepenuhnya :


Sent from my iPhone

Video Temuramah : Gempar !!!! @RafiziRamli Mahu bersara walaupun Pakatan tak menang

Kenapa ???

Mungkin faktor kalah kes saman di mahkamah menjadi punca beliau fikir bersara awal.

Wallahu A'lam.

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM @zahid_hamidi | Semasa | Berita Harian

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM | Semasa | Berita Harian

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Multaqa Pendidikan dan Sosial Majlis Perundingan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, hari ini. - Foto Hafiz Sohaimi

BANGI: Penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kewujudan 343,000 kanak-kanak tidak sah taraf, tahun lalu adalah antara contoh keruntuhan sosial masyarakat yang perlu diberi perhatian serius.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keruntuhan sosial berada pada tahap yang perlu diberikan 'kepedulian yang mendalam' iaitu semua pihak perlu komited untuk mengambil tahu dan berusaha menanganinya.

"Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri mendapati pengedar dadah sedang berusaha untuk mewujudkan permintaan terhadap bahan terlarang ini.

"Dapatan kajian terbaru mendapati umur paling rendah yang menyalahgunakan dadah adalah tujuh tahun....ini kerana mereka meletakkan bahan narkotik dalam gula-gula, makanan.

"Kajian terbaharu juga menunjukkan, dalam kalangan negara ASEAN, makanan seperti roti dan makanan lain diletakkan bahan ini.

"Apabila sistem saraf, pemikiran dan pengaliran darah dikuasai dadah sintetik, ini lebih memburukkan sahsiah masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Multaqa Pendidikan dan Sosial Majlis Perundingan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai anak tidak sah taraf, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan jumlah kanak-kanak itu merangkumi anak kepada pasangan suami isteri yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak boleh menjadi warga negara.

"Kesan jangka panjang menyebabkan berlaku kezaliman kepada anak-anak ini. Pendekatan harus ada kolaborasi antara sistem pendidikan dan kerohanian supaya kita dapat membentuk ummah yang terbaik," katanya.



Sent from my iPhone

Ini pesan Nurul Atiqa selepas teruk derita kesan pakai kanta lekap | Harian Metro


Kuala Lumpur: "Saya hanya mahu wanita di luar sana yang mahu kelihatan cantik supaya berhati-hati dan melakukan penjagaan sewajarnya ketika menggunakan kanta lekap.

"Ini kerana, jika salah cara penggunaan dan menggunakannya sambil lewa, kesan yang akan diterima sangat teruk termasuklah seperti saya."

Itu luahan jurujual kedai cermin mata di Johor Bahru, Nurul Atiqa Zainal, 26, yang kini menderita dipercayai akibat terkena jangkitan kuman pada mata kirinya sejak Oktober 2016 dipercayai selepas kerap menggunakan kanta lekap.

Penderitaan dialami wanita terbabit turut tular di laman sosial, kelmarin apabila foto yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya menggunakan nama Nurul Atiqa mempamerkan bahagian kiri matanya merah selain terdapat kesan putih pada bahagian kornea matanya.

Menurut gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini, dia mengakui terlalu obses dengan penggunaan kanta lekap selain tidak melakukan penjagaan rapi matanya.

"Saya kerap memakai kanta itu untuk kelihatan cantik selain selalu menggunakannya dalam tempoh lebih 10 jam, menggosok mata dan tidak mencucui kanta lekap itu dengan sebaiknya.

"Sehinggalah pada Oktober tahun lalu apabila saya mendapati mata jadi kabur dan rasa tidak selesa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, selepas dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru, matanya semakin gatal berikutan ubat yang diberi pihak hospital itu tidak sesuai dengan matanya.

"Begitu juga dengan usaha saya untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat rawatan mata termasuk yang diberitahu rakan. namun semuanya tidak membuahkan hasil apabila mata saya tidak juga pulih sebaliknya menjadi semakin teruk.

"Doktor juga ada beritahu saya mata saya terkena jangkitan kuman namun masih belum dapat dipastikan keseluruhan penyakit itu membuatkan saya terus buntu.

"Apatah lagi doktor juga ada memaklumkan mata saya akan pulih tetapi perlukan masa iaitu sekurang-kurangnya dua tahun.

"Kini, saya hanya bergantung kepada suntikan antibiotik yang perlu diambil setiap 48 jam sekali dan akan menjalani pembedahan membersihkan jangkitan kuman untuk kali kedua dalam masa terdekat ini," katanya.

Katanya, tujuan saya memuatnaik foto berkenaan di laman sosial adalah sebagai pengajaran kepada masyarakat di luar sana yang obses dengan penggunaan kanta lekap.

"Jadikan ia sebagai pengajaran dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya akui ramai yang mengecam saya kononnya terlalu obses untuk nampak cantik dan sebagainya. Saya akui ia adalah kesilapan saya. 

Saya juga tidak mahu ia berlaku kepada mana-mana wanita di luar sana terutama golongan remaja.Saya kini trauma dan akui sangat menderita. Doakan semoga mata saya cepat sembuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 7:17 PM

http://www.hmetro.com.my/node/209735


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate