Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Ogos 2011

Merdeka Center Kata Najib Makin Merosot Di Mata Rakyat Atau Ia Propaganda Murahan The Malaysian Insider ?


'Survey' Merdeka Center diterbitkan di The Malaysian Insider menunjukkan populariti Perdana Menteri semakin menurun. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/




Dalam kajian tersebut yang dilihat bercanggah dengan laporan sebelumnya klik sini yang disiarkan oleh Malaysiakini, pihak Merdeka Center mengumumkan penurunan populariti Perdana Menteri dengan alasan utama disebabkan demo BERSIH.




AIDC turut menyentuh isu populari Anwar menurun di sini http://www.anwaraidc.com




Menariknya Yahoo News dengan pantas menerbitkan berita tulisan Boo Su-Lyn ( wartawan yang menyamar di PWTC isu BTN ) tentang populariti PM menurun di sini 








Cerita tentang wartawan yang tidak beretika apabila menyamar masuk majlis anjuran UMNO dan membuat laporan palsu bernama Boo Su-Lyn boleh anda baca di sini http://www.isuhot.com/?p=1407




Dalam laporan oleh sebuah pusat kajian bernama Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dari Universiti Malaya yang disiar Malaysiakini tentang kemerosotan sokongan kepada Anwar menyebut :




Bancian itu melibatkan 52 peratus daripada 1124 responden yang dilakukan pada November lalu oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel), menunjukkan jumlah responden yang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim semakin meningkat, berbanding dengan Mac 2008.




Bancian yang turut dijalankan di kawasan pengundi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai menunjukkan 41 peratus berpendapat ‘Anwar Sudah Tidak Lagi Relevan Dalam Politik Malaysia’ menyaingi 43 peratus yang masih bergantung harapan kepadanya. Manakala 16 peratus lagi tidak pasti dengan masa depan Ketua Umum PKR itu.




Bagi Panglima - Jika di kawasan kuat PKR atau boleh kita kata sebagai kubu mereka, sudah berlaku 57 peratus kehilangan sokongan kalangan pengundi maka bagaimana boleh kita kata populariti Perdana Menteri telah menurun ?




Begitu juga masuk akalkah ketika lebih separuh penyokong fanatik Anwar sudah hilang percaya akibat kemelut dalaman ( baca : kes liwat ? ) maka adakah kita boleh terima faktor Datuk Seri Najib turut merosot ?




Rakyat sebenarnya sudah muak. Mereka makin buntu melihat parti kesayangan mereka seperti DAP dan PKR. Mereka sudah keliru melihat masalah demi masalah berlaku. 




Dalam masa yang sama satu persatu projek mendahulukan rakyat seperti kedai 1Malaysia (info tentangnya di sini http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ ) , projek rumah pertama untuk orang muda bernama Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang laporannya ada di sini http://www.1malaysia.com.my - contoh bagaimana rakyat benar-benar didahulukan bukan sebaliknya.






Bukti bahawa penyokong PKR juga menolak kepimpinan Anwar sila lihat tengok carta kajian UM tersebut :









Dalam hal ini percanggahan fakta antara laporan awal kajian UM dan laporan terbaru Merdeka Center tentang populari PM boleh jadi disebabkan antara sebab berikut :




1- Merdeka Center mungkin telah tersilap dalam kajian mereka dalam misi untuk membaiki persepsi rakyat tentang kejatuhan populariti Anwar. Kerana tidak mengumumkan latar belakang sampel kajian mereka samada pro BN atau Pakatan.



2- The Malaysian Insider dilihat dengan sengaja cuba melancarkan perang propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Anwar dengan cuba menipu menggunakan fakta palsu dari Merdeka Center. Ini kerana wartawan yang menulisnya terbukti pernah membuat laporan berita palsu isu pegawai BTN yang dilaporkan berceramah penuh rasis seperti link yang disiarkan di atas.


Satu perkara lagi di blog Lim Kit Siang banyak berita tulisan Boo Su-Lyn disiarkan seperti ada hubungan yang rapat antara DAP dengan wartawan The Malaysian Insider tersebut.




Kita fikir dan nilaikan sendiri politik manakah yang lebih diterima rakyat. Samada politik pembohongan atau politik pembangunan kepada rakyat.

Selain itu Merdeka Center dinasihatkan agar perlu mengenal pasti sasaran mereka samada penyokong BN atau Pakatan agar keputusan dapat dipastikan dari pihak yang mana dan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap keputusan yang disiarkan.



Tentu jika sampel diambil dari keseluruhan penyokong Pakatan maka mereka tidak akan bersetuju sehingga kiamat apa sahaja yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak !!!


Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog Panglima. Semoga perjuangan kita akan terus bersemarak selagi berdenyut nadi hayat dan selagi masih bernafas di bumi Allah yang indah ini.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

29 Ogos 2011

Menjelang Hari Raya Ayuh Kita Hayati Lagu Ini Yang Menghibakan Dalam Misi Kekal Merdeka




Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
 Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/perjuangan-yang-belum-selesai-lirik-tun.html#ixzz1WP7w4B50








Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

SAJAK MERDEKA : INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR


INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,

Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,

Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,

Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,

Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,

Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,

Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,

Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh

Banting,
September 2000

# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Laporan Polis Terhadap Mat Sabu Oleh GAPS !!!





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Pesanan Rasulullah Kepada Saidina Ali Tentang Tiga Tanda Penting Manusia Perlu Ketahui !!!


maqam Rasulullah saw


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


sumber : http://cili-merah.blogspot.com/2010/11/tazkirah-pagi.html


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

28 Ogos 2011

Update : Punca Mat Sabu 'Meroyan' Puji Komunis Hina Pejuang Telah Terbongkar - Syabas Kafir Harbi DAP !!!



Tidak elok jika tidak anda pergi sendiri ke blog Dr Novandri atau Minda Intelek Melayu (MIM)


http://novandri.blogspot.com/2011/08/eksklusif-bukti-dokumen-penyelewengan.html


Panglima mahu anda membaca keseluruhan jawapan Dr Novandri tentang bukti Mat Sabu dibayar oleh PBA.


Beliau melalui kesungguhannya mencari maklumat, akhirnya telah berjaya mendapat bukti Mat Sabu dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang melalui Perbadanan Air Pulau Pinang atau PBA yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng.


Persoalan beliau timbulkan - kenapa Mat Sabu dibayar oleh PBA sedangkan dia bukan Ahli Lembaga Pengarah.


Lebih dari itu kecederaan yang dialami Mat Sabu berpunca dari kegiatan menyalahi undang-undang iaitu demo haram BERSIH. Maka boleh dijadikan hujjah beliau tidak layak menerima pembayaran tersebut.


Nampaknya semakin lama semakin jelas siapa yang bermain kata-kata dan siapa pula yang mengotakan kata-kata dan janjinya. 


Kita perlu berani dan bersemangat tinggi untuk melawan mereka sampai tiada lagi musuh Malaysia berkeliaran di alam maya atau siber.


Syabas kepada Dr Novandri atas kupasan teliti beliau terhadap kerosakan Mat Sabu ini.






Update 6.56 29 Ogos 2011 :




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Awasss : Kanang Anak Langkau Mengamuk Kerana Kata Hina Mat Sabu Kepada Parajurit Negara Menjelang Hari Merdeka !!!


Siapa Kanang Anak Langkau ini ?

Beliau adalah perajurit yang berani menentang komunis meskipun hampir mati.Tiga das tembakan mengena tubuhnya ketika bertempur dengan pasukan komunis di Perak pada 1980. Tetapi keberanian beliau berjuang membolehkannya pahlawan dari bangsa Iban ini terus hidup ke hari ini. 

Cerita beliau oleh blogger Syahril Kadir ada di sini : 

KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh.
Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis.
“Akibat tembakan itu saya terpaksa dirawat selama setahun,” katanya.
Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diterimanya hasil pertempuran dengan komunis di Perak, Februari 1980.
Setahun sebelumnya beliau menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.


Beliau bumiputera Sarawak yang masih hidup hingga kini untuk menceritakan saat getir perjuangannya melawan komunis. Masih terasa kesakitan akibat tembakan komunis yang berdenyut dendamnya hingga kini.

Tetapi cucu cicit komunis barangkali - bernama Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengguris hati. Mendakwa komunis adalah pahlawan negara bukan parajurit kita. 

Biarpun kita tahu perkataan beliau adalah untuk memalingkan wajah rakyat dari menatap kes liwat Anwar tetapi ia tidak sedikitpun wajar dan harus dipakai ketika kita akan menghadapai dua perayaan besar iaitu Hari Merdeka dan Hari Raya serentak dua hari lagi.

Maka jika masih dibiarkan Mat Sabu ini terus berleluasa merosakkan minda anak muda maka Panglima fikir tidak ada guna kita ada kuasa jika kita tidak gunakannya.

Tidak ada guna kita melihat penghinaan ini dibuat oleh pemimpin perosak rakyat sedangkan kita sebagai pemerintah mampu mengenakan hukuman ke atasnya.

Jangan disesali jika rakyat khasnya warga parajurit kita bangkit dan marah dengan kenyataan biadap lagi hina dari manusia berjawatankan Timbalan Presiden PAS itu.

Adakah kerana sudah 'dijolok dengan wang' dari Kerajaan kafir harbi DAP Pulau Pinang maka Mat Sabu sanggup mengatakan apa sahaja waima mengguris hati para parajurit dan komando kita ?

Demi wang memang manusia akan buta hati. Demi wanita manusia juga akan rosak hati. Demi kuasa manusia boleh berfatwa dan berkata sesuka hati !

Kanang anak Langkau bukti para parajurit kita masih benci kepada kekejaman komunis hingga ke saat ini. Beliau adalah wira kita yang masih ada untuk meluahkan betapa bahaya dan jahatnya perbuatan komunis yang tidak berperi kemanusiaan kepada nenek moyang kita dahulu.

Awas kau Mat Sabu - umur di dunia ini terlalu singkat. Jangan kau fikir politik boleh menjadikan kau kebal dari hukuman Allah dari doa para pejuang yang menitis darah mempertahankan negara dari dajal komunis yang masih hidup hingga kini. Jangan kau fikir negara ini sudah boleh kau tawan pemikiran rakyatnya kerana masih ramai lagi yang tahu betapa busuk dan kejinya agenda politikmu !

Awas juga kepada sekelian kamu semua orang-orang Melayu yang munafik ! Kerana kamu yang buta hati menyokong DAP dan PKR melalui PAS inilah punca segala penghinaan dan kerosakan ini. Kerana kamu yang telah disesatkan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi inilah yang telah membuka pintuk penghinaan puak kafir harbi komunis menghina jasa suci parajurit kita. Kerana kamu bukan kerana orang lain yang tidak ada kaitan dengan parti.

Kamulah wahai Mat Sabu yang akan dihukum di akhirat akibat kesombongan kamu menghina pemimpin umat Islam dan memeluk musuh agama kamu sendiri.

Kamu yang tidak ingin menggunakan akal fikiran tetapi lebih kepada emosi dan marah yang tidak ada keuntungan.

Kamu yang berselindung di sebalik kopiah,jubah dan serban tetapi hakikatnya adalah PELACUR KELAS PERTAMA agama Islam !!!


Awasss jangan kamu wahai Mat Sabu dan sekelian penyokong 'fatwa' haram kamu fikir - azab Allah akan mampu kamu halang dengan kad ahli parti Islam kamu itu ...

Hidup ini tidak lama. Azab berkekalan akan menanti orang yang khianat kepada Islam - dengan berpakat dengan musuhnya - di akhirat nanti. 


video Mat Sabu hina pejuang negara



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

26 Ogos 2011

Mengingati Saifullah Al Maslul - Panglima Perang Sahabat Nabi Saidina Khalid Al Walid Yang Tidak Takut Mati !!!


Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Hujjah Blogger Minda Intelek Yang Memang Intelektual Mengatasi Blogger Upahan Pakatan Haram !!!



Ternyata di dalam menangkis hujjah hujjah tidak perlu ramai. Kerana kualiti yang ada sudah memadai untuk memerangkap lawan asalkan kita tahu di mana, bila dan siapa musuh kita.


Ketangkasan blogger Minda Intelek atau Dr Novandri menangkis satu persatu hujjah palsu pro Pakatan Haram sangat melegakan rakyat Malaysia.


Kerana mereka sebagai orang biasa tidak mampu atau memiliki cukup masa untuk membuat kajian dan mereka sangat mengharapkan blog blog yang ada untuk membantu mereka mendapatkan 'cahaya kebenaran'

Apabila The Wall Street Journal 'Mengangkasakan' Pendapat Dr Asri Isu Wahabi dan Murtad !!!


Dr Asri memang tidak boleh dipercaya. Beliau sudah semakin menyimpang dari teras agama. Beliau jangan lagi dibela oleh pemimpin,parti atau kerajaan kita. Beliau jelas adalah barua untuk memecahkan Melayu dan Islam di Malaysia.

Sejarah membuktikan semasa usaha menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah ada segelintir ulama minoriti beraliran Wahabi digunakan. Mereka inilah yang mengeluarkan pandangan keras dan ekstrim yang bercanggah dengan ASWJ (ahli sunnah wal jamaah). 

Akhirnya rakyat telah berpecah dan mengikut pandangan ulama 'sesat' tersebut. Sehingga Ulil Amri telah lemah disebabkan fatwa yang punah ranah dari ahli agama yang tidak diterima majoriti ulama Islam ketika itu.

Berhati hatilah saudara/saudariku jangan benarkan akidah anda diselubungi virus bahaya seperti Syiah, Wahabi dan macam macam lagi.

Ikutilah Ulama Ahli Bait Nabi yang teguh dan kukuh dalam berhujjah dan amalan mereka serta begitu warak dalam menuturkan pandangan bukan sebaliknya.



Link temuramah The Wall Street Journal dengan Dr Asri boleh diklik di sini 


dan sumber asalnya ada di sini : 



terjemahannya (untuk yang lemah bahasa Inggeris) disiapkan oleh Google Translater ada di bawah ini :


Malaysia dikenali kerana jenama sederhana Islam dan telah dianggap sebagai model bagi negara-negara lain. Tetapi pegawai-pegawai kerajaan baru-baru ini telah memberi amaran bahawa lebih konservatif lembar iman - terutama versi Wahabi Islam tersebar di Arab Saudi - semakin meningkat. 

Sarjana Islam Malaysia Muhammad Asri Zainul Abidin menarik perhatian seluruh Malaysia untuk bercakap secara terbuka mengenai Islam konservatif, dengan ucapan beliau menarik ramai besar di seluruh negara. The Wall Street Journal, Celine Fernandez baru-baru ini bercakap dengan Encik Muhammad Asri mengenai perubahan peranan agama dalam salah satu ekonomi utama di Asia. Petikan Edited mengikuti. 

S: Pengkritik mengatakan tafsiran Islam membedakan anda daripada ulama Islam yang lain di Malaysia. Apakah kepercayaan agama utama anda dan bagaimana mereka berbeza daripada Islam sebagaimana yang ditakrifkan oleh pertubuhan agama di Malaysia? 
A: Di Malaysia pada ketika ini tidak ramai orang Islam yang konservatif - tetapi mereka berada dalam jawatan penting kerajaan. Sementara kumpulan yang progresif telah menyumbang banyak pembaharuan yang ketara sejak beberapa tahun yang lalu, mereka telah dipinggirkan oleh kumpulan konservatif yang menguasai institusi-institusi agama dalam kerajaan dan memastikan bahawa hanya sekolah pemikiran mereka diberi peluang. Kerajaan mungkin bimbang bahawa ahli-ahli pergerakan progresif akan mengkritik perkara-perkara yang mereka lihat. Mungkin terdapat kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk mengekalkan unsur-unsur perkauman dan fanatik agama yang melampau untuk melindungi kepentingan politik mereka. 

Pegangan saya Islam adalah bahawa Islam adalah agama yang merahmati semua orang, tanpa mengira bangsa atau agama. Lebih daripada itu, berkat yang merangkumi seluruh alam. Mana-mana tafsiran Islam yang membawa kepada ketidakadilan, penindasan, permusuhan, kepada orang lain, kejahilan, sistem kasta dalam masyarakat, perkauman, fanatik yang tidak menghormati hak orang lain - semua ini perlu ditolak. Islam mestilah digambarkan sebagai agama yang cintakan orang lain, dengan rasa hormat untuk menghormati hak-hak, untuk pengetahuan, menolak kepercayaan karut dan mendasarkan semua amalan pada hujah-hujah yang sebenar. 

S: Sebuah akhbar tempatan memetik anda sebagai berkata, "Tugas saya ialah untuk membentangkan Islam dalam menghadapi moden dan mendapatkan daripada cengkaman konservatif-ultra, yang telah membuat agama yang kelihatan usang." Bagaimana anda bercadang untuk melakukan ini? 
A: Sebahagian daripada kepercayaan asas Islam, cara-cara ibadat dan prinsip-prinsip moral tidak berubah. Walau bagaimanapun, terdapat perkara-perkara yang boleh diubah oleh faktor-faktor masa, tempat dan orang. Kita mesti memahami bahawa beberapa teks-teks agama sebenarnya berasaskan dalam konteks tertentu semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Kita hanya perlu mengambil semangat teks sahaja, tidak melaksanakan teks secara literal. Islam tidak tegar. Kita hidup dalam zaman teknologi. Islam mempunyai pendekatan dan bahasa zaman ini. Kebanyakan teks-teks Islam mempunyai makna umum, dan ia terbuka kepada pelbagai tafsiran kerana Tuhan tahu orang akan hidup dalam pelbagai keadaan. 

S: Anda telah berkata sebahagian daripada tradisi dan ritual Islam tidak mempunyai asas dalam ajaran Nabi Muhammad saw. Beberapa pandangan ini sebagai pelampau dan mendakwa bahawa pandangan anda dikaitkan dengan tafsiran Wahabi Islam. Adakah ini benar? 
A: Jika bercakap tentang bagaimana untuk menyembah di dalam Islam, ya, terdapat banyak perkara yang saya bersetuju dengan di sekolah-sekolah pemikiran terhadap inovasi dalam ibadah. Saya tidak boleh menerima amalan ibadat yang tidak berdasarkan bukti daripada al-Quran dan hadis. (Tetapi) Saya bukan Wahabi. Saya bukan pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.Sebenarnya terdapat banyak fatwa dari ulama Saudi bahawa saya tidak bersetuju dengan. Tetapi saya masih fikir mereka mempunyai sumbangan tersendiri bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Kita harus menghargai semua pihak. 

S: Mengapa tafsiran Wahabi Islam tidak digalakkan di Malaysia? 
A: Jika "Wahhabi" ertinya mengajak manusia untuk menjadi fanatik, tegar, tegas, tidak bertolak ansur, dan sebagainya, saya menentang. Pada pendapat saya beberapa pandangan agama di beberapa negara-negara Teluk adalah agak sempit, terutama pada wanita, bukan Islam dan isu-isu politik dan beberapa perkara lain. Terdapat juga banyak pendapat yang kukuh dan relevan di kalangan mereka. Walau bagaimanapun, walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka, yang tidak bermakna kita boleh menuduh mereka keganasan. 

Dalam konteks kewartawanan Barat, perkataan "Wahabi" mempunyai banyak konotasi. Semua mereka membawa kepada pemahaman bahawa ia adalah satu gerakan Islam yang dianggap sebagai ketat mengikuti pendapat undang-undang dan bukti-bukti dari al-Quran dan as-Sunnah dalam deria literal mereka, manakala enggan mempertimbangkan tafsiran yang lebih moden atau Barat dipengaruhi. 

Di Malaysia, perkataan "Wahabi" agak istilah misteri.Ramai yang menggunakan lain-lain istilah atau fitnah, tanpa petunjuk tentang maksudnya. Di sesetengah tempat, seseorang dituduh sebagai Wahabi kerana tidak bersetuju dengan ritual dan kepercayaan karut. Ini termasuk menggantung gambar-gambar individu-individu tertentu seperti yang sultan atau seorang sheikh dalam kepercayaan itu bahawa ia membawa daya tarikan yang baik atau Menambahkan pendapatan mereka, atau mengikat satu benang hitam di tangan satu yang baru lahir, dalam kepercayaan itu bahawa ia akan melindungi bayi dari nasib malang, dan banyak kepercayaan yang salah lain yang menghantui sebahagian masyarakat kita. Apabila orang mula mengkritik amalan-amalan, mereka hanya berkata, "anda adalah Wahabi." 

S: Apa pendapat anda mengenai keadaan semasa politik / agama di Malaysia dengan lebih meluas? Adakah anda berasa bebas untuk mengamalkan kepercayaan anda? Adakah Malaysia menuju ke arah yang betul atau salah, dan mengapa? 
A: Pihak berkuasa agama di Malaysia perlu lebih berfikiran terbuka. Sikap mereka untuk memaksa orang lain untuk berfikir hanya dalam satu cara, dan itu bukan sikap orang-orang yang bertamadun. Mereka harus ingat apa yang berlaku kepada gereja apabila mereka enggan berubah dan menindas orang-orang yang mahu kepada perubahan. 

S: Apakah matlamat jangka panjang anda untuk Malaysia? Jika anda ingin melihat dari segi amalan agama di sini? 
A: Kita perlu "tajdid" dalam masyarakat Islam di Malaysia. Terdapat dua takrif yang berbeza yang boleh diberikan kepada tajdid. Takrif yang pertama adalah untuk mengembalikan wajah asal agama seperti kita dapat memulihkan kembali keadaan sesuatu yang telah menjadi buruk atau telah tamat. Satu contoh yang praktikal adalah pembaharuan lesen memandu kami. 

Takrif yang kedua tajdid melibatkan inovasi unsur-unsur tertentu untuk memenuhi keperluan kontemporari, seperti inovasi kenderaan moden. Dalam hal ini kita bercakap tentang sesuatu yang tidak pernah wujud sebelum, tetapi ia menghidangkan tujuan yang sama asas yang diperlukan oleh manusia.Dalam konteks Islam, inovasi perlu dilakukan apa-apa bahawa itu tidak menukar agama tetapi memuaskan hati pemahaman baru atau pandangan yang dibawa oleh perubahan dalam keadaan, walaupun ia tetap tidak lari dari intipati dan kehendak al-Quran dan al -Sunnah. 

Banyak isu-isu semasa yang kita hadapi hari ini tidak diketahui pada masa lalu. Untuk memastikan kelangsungan hidup berterusan masyarakat, pelbagai pendapat baru diperlukan. Pendapat sarjana Islam yang silam tidak mungkin salah, tetapi mungkin telah luput disebabkan oleh perubahan dalam masa dan keadaan. 

Source: The Wall Street Journal



Artikel berkaitan oleh Blogger Angin Perubahan tentang komen Asri isu Gereja DUMC anda boleh layarinya disini 





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Tazkirah Ulama Yaman Keturunan Rasulullh SAW Untuk Renungan Pemimpin dan Ahli Parti Islam Se-Malaysia








Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Seks Terbaru Telah Disebarkan - Jangan Tengok Jika Belum Berkahwin Lagi !!!


Maaf jika tidak diletak tajuk macam ni tentu anak muda kita tidak terliur untuk tengok video di atas.

Untuk makluman video drama politik yang cukup mantap ini telah diterbitkan mengikut isu semasa. 

Pro dan kontra dibincangkan secara dialog drama dengan kualiti video yang tinggi.

Antara tajuk lain seperti :






Sesuai kepada anak muda termasuk kita yang suka menonton youtube.


Lagi video :





Nak tengok semua koleksi video di atas sila ke channel di sini 

http://www.youtube.com/user/kawasaki9722


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

23 Ogos 2011

Mesti Sebar : Blogger Dr Novandri Dedah Barang Plastik Masuk Dubur Saiful Bukhari!


Link ada di sini

BLOG MiM: DEDAH ! Kes Liwat Anwar Ibrahim - 'Objek Plastik' Yang Dimaksudkan Oleh Dr Hospital Pusrawi !

Kepakaran beliau sudah cukup untuk membolehkan kita percaya tulisannya.

Ini kerana pakatan cuba pusing isu liwat dengan benda plastik yang kononnya dimasukkan sendiri oleh Saiful Bukhari.

Tolong jelaskan perkara di atas demi kebenaran bukan sebaliknya.

Jangan biarkan rakyat tertipu dulu, kini dan selamanya.

Published with Blogger-droid v1.7.3

Syabas Nik Aziz - Pelajar Agama Kelantan Lahir Anak Luar Nikah !

Link :


pen buruk online ™: Pelajar sekolah agama ini lahir bayi dalam tandas asrama


Apa komen ahli Pas ?
Published with Blogger-droid v1.7.3

Gambar Panas Aaron Aziz Bertatoo oleh Blogger Madam Mondoq !!!


Soalan dan Jawapan tentang Daulah Islamiyyah Oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari !!!



Gambar Manis Datuk Seri Shahrizat Jalil Memakai Tudung Oleh Blogger Medan Info




Moga dengan berkat bulan Ramadhan ini semua orang yang menjadi role model tidak lagi sempurna tudungnya akan memakai tudung demi memenuhi tuntutan Allah dan RasulNYA.

Tudung juga jangan sekadar zahir tetapi batin juga perlu ditudung. Tidak ada gunanya jika kita bertudung tetapi mulut masih mengumpat dan menghina orang Islam yang lain.

Sekadar renungan dan semangat beramal !  



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

21 Ogos 2011

Video Saiful Bukhari Diwawancara TV3 Yang Mengecutkan Perut Anwar !


Genap 3 tahun dan sudah hampir 70 kali penangguhan dibuat oleh pihak Anwar.

Terbaru minta lagi ditangguh untuk menyoal 15 saksi pembela.

Kesian Saiful Bukhari kerana menderita akibat difitnah 'menfitnah' Anwar Ibrahim.

Bayangkan berbagai fitnah dilemparkan kepada beliau akibat membela dirinya yang diliwat oleh Anwar.

Mangsa dihina dan pemangsa dibiarkan - satu fenomena terbalik di akhir zaman ini.

Kita menunggu ALlah menghentikan penderitaan Saiful apabila keputusan dibuat oleh Mahkamah selepas ini.

Keadilan untuk Saiful - itulah slogan kita bersama rakyat 1Malaysia.


Selamat berbuka dan mari pertahankan negara kita !!!




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Kisah Artis Melayu Islam Pelihara Anjing - Iktibar Kepada Umat Islam !!!


Angkara Politik - 'Ali Setan' Rosakkan Dakwah Di Masjid !!!





Bila kita tengok tahap kualiti tazkirah 'Ali Setan' di atas yang nama Azmil Mustafa tentu kita tidak nampak gaya pengajaran tahap Ulama.

Yang kita setuju hanya pakaiannya sahaja seperti ulama.

Tazkirah pun hanya cerita tentang diri dan meminta simpati.

PAS sudah ketandusan ulama dan terpaksa menggunakan artis seperti Azmil dan Bob Lokman untuk menarik perhatian masyarakat.

Video Azmil sokong PAS ada di sini http://youtu.be/PftA2bpwZBY




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Al Fatihah - Novelis PAS Azizi Abdullah Meninggal Dunia Pagi Tadi & Sasterawan Negara Shahnon Ahmad Juga Telah Meninggalkan PAS !


Air Mata Ahli PAS Oleh Awang Selamat


Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera - Slogan Merdeka Kita !


18 Ogos 2011

Tuan Guru Nik Aziz & Hj Hadi Pasti Menangis Menonton Video Detik Sakratul Maut Nabi Ini !!!


Rasulullah saw ketika hidup baginda menyatukan antara Muhajirin Mekah dan Ansar Madinah.

Perpaduan diwujudkan dan bukan Islam hidup aman damai bawah Piagam Madinah. 

Selepas itu kaum Yahudi di Madinah telah meniup api permusuhan. Kesudahannya mereka diusir dari Madinah.

Harap semua pengikut Nik Aziz dan Haji Hadi akan insaf tengok video ini.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih





Pelik Tetapi Benar - Blogger Papagomo Mahu Disaman Pakatan Dan Gereja Haram DUMC Dibiarkan !!!



Pertama sekali tahniah kepada kawan-kawan yang telah berjuang tanpa henti di bulan Ramadhan ini. Satu persatu isu dikeluarkan dan nampaknya pihak lawan kita tidak sempat bernafas membalas 'serangan' demi 'serangan' yang dilontarkan.


Meskipun tidak berpusat di markas siber tertentu tetapi masing-masing dengan keinsafan yang tinggi bahawa negara ini diancam dan terancam maka masing-masing telah bekerja keras siang dan malam demi Islam,Melayu dan Malaysia tanpa sebarang kompromi.


Dulu, perjuangan Nabi dan sahabat di bulan Ramadhan semakin hebat sebenarnya seperti peristiwa perang Badar, bukan sebaliknya. Ini kerana kekuatan rohani yang dikurniakan Allah hasil dari ibadat puasa yang dibuat selama 30 hari menjadikan mereka hebat di mata lawan. Ketika itu hanya 313 pejuang Badar melawan 1000 tentera musyrik yang tiga kali ganda jumlah mereka dari pasukan tentera kita.


Tahniah kepada Papagomo yang telah berjaya memerangkap Pakatan Rosak yang telah melatah isu gereja HARAM (tidak diluluskan) DUMC dan menyerang Blogger Papagomo. Mereka yang pandai pusing fakta dan alih isu nampaknya cuba mematikan isu gereja haram DUMC ini.


Mereka tahu kes ini telah merosakkan nama baik mereka yang sudah sekian lama tidak pandai pun memerintah negeri. Lalu kejadian di DUMC 3 Ogos lalu semakin memburukkan situasi hingga terpaksa menyerang Papagomo semalam dan membiarkan isu status 'HARAM' Gereja yang dinamakan Pusat Komuniti DUMC tersebut, tenggelam dengan sendiri.


Maka rakyat yang ingin membuat bangunan haram selepas ini nampaknya boleh pergi ke Selangor kerana mereka tidak akan diganggu. Siapa sahaja pasti boleh memberi alasan kes DUMC yang jelas dibiarkan dan tidak diambil tindakan meskipun satu negara sudah tahu 'keharamannya' di sisi undang-undang, jika premis mereka disita. 


Sila klik sini untuk melihat bukti Gereja Methodist DUMC tidak diluluskan pembinaanya :


http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/08/panas-operasi-sita-gereja-haram-dumc.html







Nota : Papagomo - terus bongkar jangan tak bongkar !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih





Tazkirah : Hadis Agama Itu Nasihat Oleh Imam Nawawi


Related by Muslim.

excerpt from 40 hadiths of imam An-Nawawi'>The Religion is Naseehah
(Sincere Advice)


Mari kita menasihati sesama saudara seagama dengan cahaya agama bukan memperalatkannya.

Manusia perlu petunjuk agama dan janganlah ahli agama memusnahkan cahaya petunjuk tersebut demi mengikut hawa nafsu mereka.

Masih belum terlambat untuk bertaubat !
Published with Blogger-droid v1.7.3

17 Ogos 2011

DAPJelas Hina JAIS Isu Serbuan Di DUMC Yang Disifatkan Ganas Ala Gestapo !







Selepas tu anda kena tengok rakaman video JAIS yang jelas tidak ada serbuan ganas ala gestapo seperti dakwaan liar parti kafir harbi DAP di atas.





Dengan menfitnah JAIS sebagai alat UMNO maka kemarahan rakyat boleh dihalakan kepada Jabatan Agama Islam tersebut. Sedangkan sebenarnya JAIS bekerja keras menghalang pemurtadan berlaku.

Hari ini penghinaan terhadap Islam berlaku tanpa ada kecaman keras dari Parti Islam PAS kerana berlapikkan nama 'UMNO' di dalamnya. Bila dituduh UMNO maka DAP dengan bebas menghina Islam dan agensi Islam tanpa malu lagi.

Walaupun masih ada orang agama yang guna nama parti Islam yang jadi saaaangat bodoh kerana termakan janji manis DAP untuk rebut kuasa menuju Putrajaya hingga sanggup biar Islam dihina dan dipijak sesuka hati.

Tetapi DAP PKR terlupa rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka.  


Percayalah !!!




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih









Cari Blog Ini

Translate