Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Jun 2008

Kes Anwar didakwa liwat dan gambar mangsa liwat

Ada beberapa soalan ..

1. Kenapa begitu jelas gambar mangsa dan berlatar belakangkan pejabat TPM ?

G

2. Adakah ini konspirasi Anwar sendiri memandangkan beliau menggunakan mangsa sebagai pembantu khas yang telah diambil berkhidmat selama tiga bulan ? ( klik sini )dakwaan tidak menyiasat latar belakang sukar diterima kerana perlantikan pegawai khas tentu memerlukan penelitian bagi mengelakkan pengkhianatan oleh sesiapa yang ada ruang berbuat demikian.


3. Gambar Azizah tersenyum semasa menunjukkan mangsa liwat suaminya kepada media ?

Imagejika difitnah rasanya elok ditunjukkan mimik muka frust dan marah dengan fitnah tersebut...


Adakah ini senyum gembira diberi liputan meluas atau senyum kerana mendedahkan gambar orang yang dikaitkan dengan TPM ?











4. Penyebaran gambar gambar Saiful dengan Menteri Kabinet seperti Shahrir Samad dan Mustafa Muhammad menimbulkan keraguan kita !




Ada sesiapa boleh jawab atau komen ?

27 Jun 2008

Statistik Blog Panglima setakat ini - terima kasih atas kunjungan anda


SLIDE SHOW - CARA TERBARU UNTUK PENERANGAN

Alhamdulillah sedikit demi sedikit usaha membaiki cara persembahan blog ini dibuat dan terbaru saya baru sahaja mempelajari kaedah menggunakan slide video.

Rupa rupanya mudah sahaja dan sangat senang.

Sebelum ini saya melihat di blog Alhusseyn51 slide show yang menghina sehina hinanya Perdana Menteri saya Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dengan mengulang ulangkannya kepada tetamu blog oleh si ' natang ' tu .

Maaflah sebab ayat 'natang' layak kepada mereka yang menggunakan kurniaan Allah untuk memburuk burukkan orang lain.

Walaupun dah ditegur tetapi blogger PAS itu masih lagi meneruskan slide show tersebut.....Katanya UMNO melukiskan kartun PAS dan arak. Sedangkan UMNO tidak pernah menggunakan gambar tidak senonoh mana mana pemimpin PAS seperti mana mereka lakukan menggunakan slide show tersebut. Ini setakat pemerhatian sayalah mengunjungi ratusan blog selama ini.

Benda ni bukan ramai blogger PAS yang buat setakat yang saya tengok...Hanya si Alhusseyn51 sahaja yang keras kepala termasuk kepala lututnya dan masih tahap 'otak lutut' lagi barangkali untuk memikirkan kesan penggunaan gambar menghina PM di blog kendaliannya tersebut. Oh ya, satu lagi dalam kategori ini ialah Kickdefella yang suka sangat menggambarkan gambaran seperti 'Pak Lah mengangkang dan berseluar pendek, Anwar dan Pak Lah dalam penjara, Mahathir dll lagi yang lucu dan sini tetapi 'hampeh'....Mungkin nilai gaji mengikut gambar yang disiarkan beliau rasanya asalkan ia dapat meruntuhkan imej musuh dengan gambar gambar ' lucah' itu....

Mungkin jika ada gambar tak senonoh PAS melibatkan Nik Aziz dan Hj Hadi saya rasa ia tentu berpunca dari tindakan blogger tersebut terlebih dahulu...

Selamat menonton slide show saya ! dan anda dibenarkan menggunakannya untuk disebarkan dan diletak di blog anda.

Gambar gambar di atas diambil dari blog sahabat saya Angin perubahan dan Masterdedah..

Salam perjuangan Alif Ba Ta....

22 Jun 2008

BPR NAFIKAN DAKWAAN YONG !





Selepas didakwa menjadi mangsa kerana mengemukakan usul tidak percaya esok ( akan ) Yong disalahkan sekali lagi kerana siasatan akan dibuat sekarang adalah berdasarkan afidavit Datuk Wasli di Mahkamah yang tidak sama dengan keterangannya satu ketika dahulu.

Ini menjadikan Yong Teck Lee tidak dapat membuat apa apa mempertahankan diri kerana segala galanya telah terbukti dan telah pun dilaporkan secara meluas di media massa dan eletronik negara kita.

Kenyataan yang disebut pada hari yang sama Yong mencaturkan politik SAPP dengan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri, adalah refleksi kepada tindakan beliau selama ini yang pada hemat saya, mengandungi kisah silam yang akan memakan diri beliau sendiri.

Meskipun beliau 'memberi tamparan' hebat kepada kepimpinan PM namun saya yakin usaha menaikkan integriti di negara kita tidak akan terhenti dengan 'perbuatan biadap' orang seperti Yong Teck Lee ini. Kerana beliau nampaknya lebih pentingkan diri dari kemashlahatan penduduk Sabah yang tentu akan menikmati banyak lagi kebajikan dan kebaikan dari Persekutuan jika mereka terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Insentif 1 billion dan tawaran menjadi Senator serta jawatan nampaknya masih tidak memuaskan hati Yong dan itulah tepatnya kata kata PM bahawa : Yong tamak !

Justeru, episod kemelut politik Malaysia akan semakin mendebarkan dan kita tentu tertanya tanya apakah yang akan berlaku selepas ini selepas sekian banyak petualang petualang dari sama bangsa dan sama warganegara ingin merebut kekuasaan yang kini diamanahkan kepada YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Moga berkat Syeikh Abdullah Fahim akan membantu cucunya : Pak Lah membawa perjalanan negara kita ke arah Cemerlang Gemilang dan Terbilang !

21 Jun 2008

YONG ( SAPP ) DISIASAT SEJURUS MENGUMUMKAN MENENTANG PERDANA MENTERI





Pada hari Yong mengumumkan akan membuat usul tidak percaya kepada PM, di Mahkamah juga ketika itu keterangan dari Datuk Wasli Mohd Said telah 'menelanjangkan' kisah s alah laku beliau di Mahkamah. Bagaikan kebetulan. Namun ia bukan dibetulkan selepas 12 belas tahun ia berlaku. Cuma takdir Tuhan yang menentukannya.

Anda fikir ia kerja dan rancangan kerajaan ?

Tidak... Cuma pengkhianatan itu akan dibalas dengan balasan yang sama dengannya. Menangguk air keruh di saat saat BN diuji setiakawan mereka adalah satu tindakan tidak beretika dari SAPP.

Jelas Yong pernah bertemu Anwar. Dan Anwar juga mengakui menemui Yong. Si Anwar ni memang 'gilakan kuasa' betul. Tidak puas jika tidak mendapat kerusi diidamkannya meskipun Pakatan Rakyat belum lagi melantik siapa yang akan menjadi PM jika mereka menguasai kerajaan.

Si bangsat pengkhianat Melayu itu jelas ingin mencapai cita citanya walaupun tahu ia akan memberi kesan kepada Perlembagaan Negara kita jika majoriti dikuasai oleh mereka yang berfahaman Melayu bukan punya negara kita..

Ini satu gerakan mengikis keistimewaan rakyat hinggakan kita bimbang suasana tidak terkawal akan tercetus apabila Pakatan Rakyat melaksanakan tindakan mengundang kemarahan orang Melayu hingga tragedi 13 Mei 1969 mungkin berulang kembali...

Kisah BABI 100 juta baru sahaja selesai dan jelas Khalid Ibrahim menyesal kerana meluluskannya meskipun perasaan tersebut masih diragukan keasliannya samada demi menjaga hati Melayu Islam ke atau sekadar tindakan hipokrit untuk mengekalkan kuasa.

Yong tidak sedar kenyataan tersebut baru diucapkan di mahkamah. Maka kenyataan tersebut telah direkodkan dan boleh dijadikan sandaran kepada pendakwaan Yong nanti. Bukan satu kaedah membalas dendam atau membongkar kisah lama yang tidak ada kaitan dengan salah laku beliau.

Baik Yong didakwa sebelum beliau juga akan mencemar Pakatan Rakyat yang tentu inginkan 'keadilan, ketelusan' dalam pemerintahan mereka meskipun sekarang pun sudah ada desas desus membabitkan MB Selangor dengan rakan rapatnya tentang dakwaan nepotisme..

KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL TERSEBUT

20 Jun 2008

Keputusan EURO suku akhir dan siapa bakal ke FINAL ?



Keputusan 3 -2 semalam tentu mengecewakan Portugal kerana mereka telah dikalah oleh pasukan German. Saya bukan peminat bola, kerana tidak ada masa menatap tv. Laptop lebih diutamakan kerana bola hanya melalaikan dari memikirkan tentang masa depan negara serta nasib bangsa dan agama kita. Mungkin kegilaan untuk bola boleh diberikan kepada golongan muda mudi sahaja. Namun di sebalik keghairahan tersebut adalah baiknya pemuda pemudi peminat sekelian agar menyediakan sedikit masa bagi memikirkan berkenaan tanah air kita sekarang.

Minat bola tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sebaik sahaja kita melupakan tugas sebagai pejuang negara di dalam memastikan kepentingan bangsa agama dan negara kita terjaga serta rancangan 'agen negara asing' akan gagal di tangan kita.

Ramai orang mendesak kerajaan memberi mereka apa sahaja. Sedangkan sahabat Nabi sangat redha dengan keputusan Rasulullah s.a.w sebagai Amirul Mukminin ( Pemimpin orang beriman ). Meskipun ada juga bangsa dari kalangan Muslim yang Munafik dan juga Yahudi yang sangat bencikan Islam tidak suka ketaatan kepada Nabi diberikan oleh sahabat. Maka berbagai usaha dilakukan agar fitnah dan adu domba antara muslimin disebarkan. Seperti kisah Siti Aisyah yang difitnah melakukan zina sehingga tanda munafik ketika itu dapat dikenali melalui penyebaran kisah nifak tersebut melalui mulut mereka.

Negara kita tidak ubah seperti EURO. Tidak lama lagi 16 September Anwar Ibrahim akan melancarkan ' Kerajaan Pakatan Rakyat ' jika betullah propaganda beliau selama ini. Hingga ramai tersentak. Pendokong PR menyalak ! dan penyokong BN menggeletar kepala lutut.

Justeru, sebelum meneruskan sokongan tentu sekali kita memerlukan jaminan apakah negara Baru Malaysia tajaan Pakatan Rakyat ini tidak akan membawa keruntuhan serta kehancuran kepada kita.
Apakah EURO lebih besar dari agenda menjaga Malaysia ?

Fikir fikirkanlah...Sambil merenung perlawanan EURO pastikan anda tidak keliru tentang Pakatan Rakyat dan apa yang mereka telah dan akan lakukan jika benar benar mendapat sokongan dari kalangan 'katak lompat' 16 September nanti.

Bagi penyokong PAS, anda hati hatilah dengan rakan baru anda ini...Selain DAP, PKR tidak dapat dipercayai atas dasar Islam kerana fikrah mereka adalah Liberalisme dan Sekularisme.Tengoklah bagaimana kata kata PKR kepada PAS disaat bantahan konsert 100 hari PR di Selangor.. Mereka masih ada ' nafsu jahiliyyah' yang tidak serupa dengan idealisme PAS.

Moga PAS masih ingat ayat di bawah ini sekiranya mereka ingin meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rugi mereka....Moga Zikra ini menjadi Tazkirah kepada semua umat di mana sahaja mereka berada. Wallahua'lam


Al- Baqarah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2:42]
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
" Janganlah kamu mencampur adukkan Hak dengan Batil " Surah Albaqarah ayat 42

{ Ùˆَلاَ تَÙ„ْبِسُواْ ٱلْØ­َÙ‚َّ بِٱلْبَٰØ·ِÙ„ِ ÙˆَتَÙƒْتُÙ…ُواْ ٱلْØ­َÙ‚َّ ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ْ تَعْÙ„َÙ…ُونَ }

And do not obscure, confuse, the truth, that I have revealed to you, with falsehood, that you fabricate; and do not conceal the truth, the description of Muhammad (s), wittingly, that is, knowing it to be the truth.

18 Jun 2008

Mahfuz Omar Vs Aziz Sri Gading di HUJAH TV9 yang dekat di hati !

Dr Agus Yusuf, moderator rancangan Hujah TV9 yang saya agak dari pelat Kelantannya dia orang Kelantan. Memang pekat. Tetapi sedap. sesedap budu yang turut disukai saya..

Datuk Aziz ( BN Sri Gading ) nampaknya telah kalah di tangan pengadil yang berat sebelah !
setiap hujah dan penerangan dipintas agar tidak memberi bekas kepada penonton yang memang dahagakan ' kutukan' dan ' cemuhan' dari Mahfuz Omar. Jelas Dr Agus tidak dapat rasional bahkan seperti ingin mengenakan BN dan menzahirkan dirinya sebagai juara antara kedua ahli panel.

Lagi biadap apabila Mahfuz bertalu talu menangkis hujah Aziz yang belum selesai memberikan hujahnya. Bagaimana hendak dijelaskan hujah dalam HUJAH seperti ini ? Itu belum lagi dibincangkan tentang fakta seperti kenaikan minyak menguntungkan negara dan perlu digunakan semuanya untuk dihabiskan sebelum ia dapat disimpan bagi kegunaan generasi akan datang !

Pembangkang memang sengaja ungkit isu Malaysia negara pengeluar minyak sedangkan kita juga sebenarnya negara pengimport minyak dari Arab Saudi. Kerana minyak taraf tinggi milik kita dijual dan digantikan dengan minyak kualiti rendah. Dengan keuntungan jual beli digunakan bagi memberi subsidi percuma perubatan, pendidikan, dan lain lain lagi.

Bahkan Datuk Aziz dengan jelas menerangkan kenapa dibuat kenaikan dengan mengejut bagi mengelakkan bekalan minyak akan hilang di pasaran. Tindakan ini bukannya Pak Lah sahaja yang memerah otaknya. Bahkan ia diputuskan secara kolektif sesama cendikiawan. Cerdik pandai yang saya yakin lebih bijak dari Mahfuz dan lebih pandai dari pak pandir nama Husam !

Tengok sendiri betapa bijaknya Aziz - Sri Gading - dengan rasional tidak seperti Mahfuz Omar yang beria ia mencelah di saat Datuk Aziz memberikan hujahnya. Dan penyokong fanatik PAS di Tranungkite Online memuji melangit tinggi selepas mereka sudah ketinggalan 0-1 semasa edisi pertama isu minyak antara ketua Pemuda PAS dengan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad tempoh hari. Bahkan berita tersebut mendapat sorotan sehingga dilaporkan Malaysiakini dan dibincangkan di dalam Tranungkite Online...

Apa pun, samada Mahfuz atau Aziz atau Dr Agus yang menang, bukanlah matlamat kita. Yang penting bagaimana rakyat mendapat liputan HUJAH terbitan TV9 dengan mereka dihidangkan dengan hujah penuh emosional dari PAS dan tidak dapat menandingi kekentalan emosi Datuk Aziz dari BN ketika hangat membincangkan isu minyak yang tentu mendapat perhatian ramai ketika ini. Lebih lebih lagi di saat kali pertama ia memberi ruang demokrasi kepada PAS untuk mengemukakan hujah mereka biarpun pada saya ; mujurlah PAS baru diberi peluang ketika ini. Kerana jika dari dulu dibuka peluang sedemikian, ramai penyokong mereka akan lari disebabkan ' kelemahan' hujah dan perbahasan pemimpin idola mereka di saat siaran langsung diadakan yang dipancar seluruh negara...

Anda boleh buka di sini ( klik sini ) bagi siaran rakaman HUJAH tersebut. Moga anda juga rasional !

baca kembali petikan di bawah :

Tan Sri Mohd Hassan Marican selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Petronas itu memberi kenyataan beliau.

“Petronas adalah satu badan perniagaan, satu syarikat.”

“Kita tidak boleh memberi semua keuntungan dari operasi kita kepada kerajaan.”

“Sebahagian dari keuntungan yang diperoleh perlu kita gunakan untuk dilaburkan semula bagi memastikan syarikat ini akan terus berjalan dan berdaya maju.”

“Dalam keadaan sekarang pelaburan semula amat penting sebab kos untuk kerja-kerja mencari gali di telaga-telaga baru seluruh dunia semakin tinggi. Kita bukan sahaja mencari minyak di kawasan laut dalam, tetapi di kawasan ‘ultra deep water’.”

“Sekiranya semua keuntungan dikembalikan kepada kerajaan untuk dijadikan subsidi minyak, kita tidak berupaya untuk bertahan, mungkin sepuluh tahun lagi kita tidak dapa beroperasi.”

“Petronas tidak untung walau sesen pun dengan harga baru itu.”


Dan yang lupa disebutkan ialah simpanan minyak negara kita hanya bertahan untuk 33 tahun sahaja lagi. Terendah berbanding UAE, Arab Saudi, Venezuela dan lain lain negara pengeluar minyak dunia.

17 Jun 2008

MB Selangor : antara ‘buang duit’ VS 'buang masa’

Jika Nik Aziz tidak bercadang mengharamkan Islam Hadhari di negerinya selepas Dr Asri berkata Islam hadhari mengelirukan kita, hari ini muncul Juara Babi Selangor iaitu MB Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan ia membuang masa.( berita sini )

Maknanya penat lelah barisan agamawan dan pemikir Islam menubuhkan serta memperkenalkan Islam Hadhari ini sebagai sia sia? Adakah ia sangat jelek dari BABI sehingga BABI yang tidak dirangka oleh Pakatan Rakyat ( kerana hasil cadangan zaman BN ) tetap diteruskan dan Islam Hadhari dari BN juga diharamkan dari dilaksana di sana ?

Apakah konsert Masd Idayu dan Ella tidak ada apa masalah hingga mereka dibenarkan menyanyi dan pada masa yang sama semua ustaz dan ustazah penceramah Islam Hahdari disekat di sana ?

Adakah itu pandangan MB Selangor yang baru sahaja memerintah 100 hari selepas Selangor dipegang BN selama 50 tahun sebelum ini ?

Jika tidak mahukan Islam Hadhari sekalipun, Selangor tidak perlu menghadkan pergerakan aktivit mempromosi Islam hadhari kerana ia khusus bagi membangkitkan umat Islam. Bukan untuk mewujudkan jurang antara agama di negara kita.

Islam Hadhari tidak ubah seperti pakaian baru yang menampilkan imej baru di tubuh badan yang sama..

Akhirnya. MB Selangor Khalid Ibrahim memilih untuk ‘buang duit ‘ dengan menjemput Ella dan Mas Idayu dari memberi kerjasama kepada Islam Hadhari yang disifatkan sebagai ‘buang masa’…

Itulah pemikiran MB Selangor dan itulah rasional beliau menolak Islam Hadhari di Selangor meskipun tidak sedar ia juga bermakna mengatakan hasil penat jerih ulama kita menghasilkannya sebagai satu ‘aktivit buang masa’…

La haulawala Quwwata Illa Billah !

16 Jun 2008

Nik Aziz kata UMNO sesat @ Saya juga sesat !!


Artikel Asal :

NIK AZIZ: UMNO SESAT! Kerana Memisahkan Agama Dengan Politik!


"


Berhubung isu perpaduan antara Melayu yang dicanangkan oleh UMNO supaya bersatu dengan PAS, Mursyidul Am PAS telah menidakkan kemungkinan tersebut daripada berlaku! Ini kerana PAS meletakkan sumber Al-Quran dan Hadith sebagai sumber pentadbiran manakala UMNO telah mengasingkan agama dengan politik! Maka, penggabungan PAS dengan UMNO tidak akan berlaku sama sekali!


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berceramah di Padang MPAJ, Pandan Indah, Selangor pada 14 Jun 2008 sekembalinya beliau daripada mengerjakan ibadah umrah. Beliau dengan nada yang rendah memohon maaf akibat keuzurannya dan selsema yang dihidapinya.

Tuan Guru Nik Aziz telah menjadikan medan politiknya sebagai usaha dakwahnya mengajak manusia kembali kepada Allah S. W. T apabila memulakan ceramah di Pandan dengan ceramah agama. Ia menjadi kelebihan semulajadi (tetapi boleh dituntut di pondok agama) Tuan Guru kerana tidak ramai ahli politik yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam! Kerana itu beliau layak dipanggil Tuan Guru!

Memulakan bicara politik, beliau membidas UMNO kerana telah berjaya mengasingkan istilah Melayu, Cina dan India dalam ertikata bangsa manakala Islam tidak melihat kepada bangsa kerana Islam adalah agama universal, iaitu boleh dianuti oleh semua bangsa. Maka masalah perpaduan seperti yang dilaungkan UMNO telah selesai secara automatik apabila kita kembali kepada Al-Quran!

Menarik perhatian ceramahnya apabila beliau mengingatkan para hadirin yang akan ke Mekah supaya mengingat kembali semua sejarah di sebalik sesuatu peristiwa dan nama tempat.

http://whitenaval.wordpress.com "


--- Maaflah kerana opening artikel dengan ' Nik Aziz kata UMNO sesat @ Saya juga sesat !!... Jangan marah dengan kata kata tersebut kerana SESAT adalah hak milik semua orang Islam yang tidak beriman atau tidak sampai kepada nafsu Kamilah ( nafsu fitrah )...atau menjadi Insan Kamil.

Memang betul dan Nik Aziz rasanya belum juga menjadi Insan Kamil. Kerana sifat insan Kamil ini ialah dia membawa akhlak Nabi s.a.w. Tidak ada sedikitpun mencaci atau mencacai atau memburukkan orang lain dengan munafik, toghut, kafir atau apa apa sahaja carutan berbisa dari mulut yang sama mengaji quran dan membaca ayat Al Quran.

Maaf Tok Guru ( PAS ) kerana ana mengatakan enta sesat ! kerana ana pun sama sesat dengan menjadikan kata kata mengata sebagai mainan tulisan ana...dan ana tidak layak lagi untuk menjadi Insan Kamil kerana terlalu banyak dosa dan tidak ada gelaran tok guru pada nama hamba.

Maaflah kerana Dajal juga menyesatkan orang. Dunia sama. Perempuan boleh menjadikan sesiapa pemilik hatinya sesat...Jika tidak dibentengi hati dengan cahaya Iman kurnian Tuhan.

Inilah padahnya jika bukan ulama dilbelkan ulama. Inilah padahnya jika politik dijadikan landasan membina dakwah. Bukan dengan cara tradisi ulama pewaris Nabi yang mendapat kedudukan bukan dengan mencari atau mencalonkan dirinya. Tengok, Nik Aziz masih 'sayangkan' jawatan MBnya dan terus ingin menaiki kenderaan rasmi MB Kelantan yang mendapat kedudukan istimewa di sisi pandangan rakyat.- klik sini -

Nik Aziz kata UMNO sesat kerana memisahkan agama dengan politik. Tetapi realitinya UMNO tidak meninggalkan agama dalam politik. Jika hendak dikira ayat quran dan hadis dalam perjalanan politik UMNO, rasanya Nik Aziz sudah 'sesat' dalam berfatwa bahawa UMNO adalah SESAT !

Ok alasan ahli UMNO ada tidak menutup Aurat bukan beerti UMNO sesat ! kerana ia individu bukan saranan parti. Begitu juga undang undang Islam, UMNO tidak menolak nas nas hukum HUDUD tetapi tidak melaksanakannya kerana faktor KONSENSUS ekoran perkongsian kuasa dengan ahli kompenan BN yang tidak beragama Islam. Jika tidak, tentu semakin teruk agama Islam lantaran kita tidak dapat berkuasa sendirian. kecuali PAS sanggup berkongsi kuasa dengan UMNO barulah boleh dibentuk negara Islam yang diidamkan oleh kita semua..Tetapi sanggupkah PAS menerimanya ? selepas habis ludah kahak hijau disembur kepada UMNO selama ini ?
Sebarang salah laku ahli parti tidak bermakna ia adalah Perlembagaan Parti UMNO..Kerana biarpun tidak mengucapkan dengan perkataan atau tulisan hasrat menggunakan Al Quran dan Sunnah namun ia terhasil dari perbuatan dan tindakan selama ini hingga Kerajaan jugalah yang menjaga ajaran sesat dari terus merebak dan membanyakkan pembinaan masjid masjid serta program pengisian di dalamnya agar rakyat terus menerus menjadi Muslim ,Mukmin dan Muhsin...

Jika ukuran sesat kerana tidak memakai JUBAH atau KOPIAH maka Nik Aziz sekali lagi SESAT !

Jika ingin menjadikan taraf ilmu para pemimpin UMNO sebagai ukuran sesat maka Nik Aziz juga masih dalam daerah SESAT !

Apa erti sesat ?

klik sini untuk penjelasan dari Forum JAKIM tentang sesat dan ajaran sesat ini..

UMNO mungkin sesat kerana :

- Menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia
- Menjaga kebajikan semua bangsa termasuk semua agama
- Menganjurkan pertandingan Tilawah Al Quran
- Menganjurkan FORUM HALAL SEDUNIA agar makanan halal habnya di Malaysia
- Memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan baru menaikkan imej Islam
- Memperkenalkan Bank Islam, Universiti Islam, Pajak Gadai Islam.
- Menangkap pelacur, penagih dadah, khalwat, sumbang mahram dll
- Melaksanakan Mahkamah Syariah untuk kes kes syariah

dan banyak lagi yang tidak muat disebutkan di sini....

Oh lupa, UMNO benarkan JUDI ? memang benar...Kepada orang bukan Islam kerana desakan parti kompenan BN. Bukan kerana ingin ' menjudikan' rakyat Malaysia termasuk orang Islam...kerana kesalahan membeli nombor ekor jelas sehingga terdapat Enakmen Judi yang memberi kuasa kepada Jabatan Agama menangkap pembeli nombor ekor jika dilihat membelinya.... Jika UMNO suka judi tentu tidak adalah undang undang menyekat Umat Islam dari membelinya !

klik sini
untuk penerangan terperinci tentang judi dan maksiat yang menjadi sandaran tangkapan pihak berkuasa kepada pesalah pesalah tersebut !

Cukuplah akhir sekali saya simpulkan bahawa Barangsiapa disesatkan Allah maka dia tidak akan menemui Wali Mursyid ( Ulama Pewaris Nabi ) sebagai pemimpin hatinya menuju Allah agar tidak sesat selama-lamanya....

Dan Nik Aziz hanya Mursyidul Am bukan Wali Mursyid untuk rakyat menjadikannya sebagai pemimpin rohani kita....( bab wali mursyid klik sini )


15 Jun 2008

Sister in Islam @ Astora Jabat @ Islam sesat ?


Zaman sekarang pemikiran orang Islam turut diserang oleh Nasrani dan Yahudi. Mereka menubuhkan institut pengajian dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran. Akhirnya orang kita juga akan 'menjadi patung' mereka dan menyebarkan fahaman songsang di tengah tengah masyarakat dalam rupa wajah Melayu...



Kita tidak perasan tetapi Sister in Islam dan Astoran Jabat adalah dari 'aliran' yang sama..Lihat gambar di bawah :








The forum on Saturday afternoon brought together (from left, below) Astora Jabat (deputy editor of Al-Islam and columnist for Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) and Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam). blog asal klik sini ...

Di blog di atas juga ada desakan agar buku buku yang diharamkan KDN dibenar untuk dibaca. Mereka sangat tidak puas hati kerana KDN tidak membenarkan buku buku pro fahaman mereka diberi ruang untuk diedar di dalam masyarakat...

Tengok bagaimana Astora Jabat sendiri diberi ruang menyebarkan fahaman 'songsangnya' di Majalah Al Islam dan Utusan Malaysia satu ketika dulu... Hingga mencetuskan kekecohan seluruh negara dengan 'isu panasnya'...Bukti-bukti Astora melakukan perkara merosakkan aqidah:

1.Dalam Bicara Agamanya yang bertajuk Hukuman zina zaman Rasulullah, (Mingguan Malaysia 22 Ogos 1999), Astora telah mengatakan ‘…Ini bererti baginda (Rasulullah SAW) melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran.’ Ini dinyatakan oleh Astora setelah memberitahu bahawa Nabi SAW telah menghukum isteri Hilal bin Umayyah dan pasangannya dengan 80 sebatan sehingga terjelir lidah kedua-duanya, setelah diadukan oleh Hilal kepada Nabi SAW bahawa isterinya telah berzina dengan pasangan kekasihnya itu. Sedangkan dalam al-Quran, hukuman ke atas penuduh orang lain berzina tanpa empat saksi sudah jelas iaitu haddul qazaf (80 sebatan) seperti dalam ayat 4 dan 5 daripada Surah al-Nur. Tetapi dalam kes ini–kononnya-penuduh (Hilal) tidak dihukum, bahkan yang dituduh tanpa saksi pula (isteri Hilal) yang kena sebat 80 kali. Jadi Astora buat kesimpulan mudah bahawa Nabi SAW telah melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran. ( klik sini )

Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi tersebut juga, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulisperkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.. ( klik sini )

ada maklumat lanjut beliau di forum JAKIM di sini

Dalam blog http://www.muslim-brothers.org/ ada disebutkan di situ tentang Sister in Islam ini yang dilabelkan sebagai antara ajaran sesat :

PROGRAM BICARA ISU SEMASA 2 1428H/ 2007M Sep 12, 2007 at 09:02 AM SELASA, 11 September 2007 - Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Program Bicara Isu Semasa kali ke 2 yang bertempat di Dewan Annex, SUK Shah Alam. Program kali ini diadakan khas untuk guru-guru sekolah JAIS seluruh Negeri Selangor. Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Y. B. Dato' Hj. Abdul Rahman Bin Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan pagi ini oleh dua orang penceramah khas iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi dari Institut Pengajian Darul Hijrah dan Ustaz Rasyidi Jamil Bin Muhammad Arrashid, Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Kertas kerja pertama bertajuk Ahli Sunnah Wal Jama'ah telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi, Pensyarah di Institut Pengajian Darul Hijrah.

Ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wuudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang , keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Ini juga termasuklah golongan yang mengizharkan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syiah, Wahhabiyah, Hizbu Tahrir, Ikhwanjiyyah(Khawarij), Islam Liberal, Sister In Islam dan banyak lagi.

Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syariat). Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang bermaksud:"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku(aqidah dan syariatku) ketika rosaknya ummat ku, maka baginya pahala syahid" . ,

Dalam Berita Harian ada disiarkan surat pembaca yang mengkritik panel Sister In Islam ini yang mengkritik poligami seperti yang disiarkan di link berikut :

http://www.sistersinislam.org.my/media/31012007-bharian.htm

Kenyataan Sisters In Islam dipertikai 31hb Januari 2007PADA 5 Januari lalu ketika menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3, saya agak tertarik dengan topik dibincangkan iaitu isu poligami seperti yang kita ketahui poligami menjadi satu subjek hangat diperbincangkan atau dibahaskan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan agama Islam peringkat negeri.
Kebanyakan perbincangan berkisar bagaimana poligami ini dapat dilaksanakan dengan cara terbaik dan tidak akan menindas kaum wanita.

Saya berpendapat perbincangan harus diperluaskan demi kebaikan bersama dan paling utama ialah bagaimana ia dapat memberi kefahaman yang baik kepada semua bahawa poligami adalah satu perkara baik jika dilaksanakan dengan mengikut syarat termaktub dalam al-Quran.
Namun, apa yang menyedihkan saya ialah seorang ahli panel wanita dari Sisters In Islam iaitu Profesor Dr Noraini Othman ada mengatakan bahawa poligami satu perkara yang sudah ketinggalan zaman.

Saya beristighfar panjang apabila mendengar kenyataan itu daripada mulut seorang ahli akademik.

Dr Noraini seolah-olah terlupa bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan poligami.
Apakah ini cara dan mesej yang ingin dibawakan mereka yang menggelarkan diri sebagai Sisters In Islam? Saya tidak ingin menyentuh cara penampilan mereka di kaca televisyen yang tidak mencermin sebagai wanita Islam, apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah apakah mereka sedar sesetengah tindakan dan pendapat mereka boleh dianggap cuba menidakkan hukum al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jika benar apa yang saya dengar daripada mulut Dr Noraini dalam rancangan itu, saya berharap agar beliau segera insaf dan ingat semula apa diperkatakan beliau untuk mengelak kecelaruan di kalangan masyarakat Islam.

Pada masa sama, saya berharap mereka dapat menampilkan imej diri wanita Islam sebenar.

PENEGAK SUNNAH
Kemensah Heights, Hulu Kelang, Selangor




Kesimpulannya ; banyak lagi ajaran sesat lain berdasarkan 'fahaman sesat' ciptaan Orientalis yang ingin memesongkan umat Islam selepas kita diserang dengan teruk dari segi sosial, politik dan akhirnya agama juga turut menjadi sasaran dengan mencipta fahaman seperti ini yang mendapat pula ruang yang luas di negara kita.

Usaha menentang 'agen yahudi' harus dilihat dari aspek politik, sosial dan agama agar kita bersedia dan tidak lalai dari menjaga Agama Bangsa dan Negara dari serangan serangan seperti ini yang mana jika sudah terkena 'virus' ini maka kita akan kehilangan 'iman' kita lantaran menolak nas nas agama yang jelas memperincikan tentang tohmahan liar mereka seperti kewajiban menutup aurat, Nabi silap menghukum, poligami, tiada azab kubur dan sebagainya...

Baik mati dimakan harimau dari 'dimakan' akidah dengan ajaran sesat ini yang pasti akan terus meneruskan usaha mereka dan kita pasti akan terkena jika tidak berhati hati dan menentang kembali serangan 'ganas' mereka ini...

Moga Allah merahmati kita dan menjaga kita dari 'dajal' yang memang akan muncul setiap zaman ini untuk menyesatkan kita dari akidah Islam yang sebenar.

14 Jun 2008

Najib VS Pak Lah ; harapan yang tidak menjadi kenyataan !

Kata blogger A KADIR JASIN :

Mohd Najib dipetik di London sebagai berkata beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri untuk jawatan Presiden Umno kerana dia seorang ahli parti yang setia.

Jadi, apakah Tun Abdul Razak Hussin bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan pihak-pihak yang mendesak Tunku Abdul Rahman Putera agar bersara pada tahun 1969?

Apakah Tengku Razaleigh Hamzah bukan ahli parti yang setia kerana pada tahun 1987 dia mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apakah Abdullah Ahmad Badawi bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam cuba menjatuhkan Dr Mahathir?

Apakah tertulis, terukir dan terpahat dalam Perlembagaan Umno suatu fasal mengenai ahli parti yang setia?

Kalau wujud suatu makhluk (creature) yang digelar "ahli parti yang setia" dalam Umno, apakah ini bermakna Umno boleh dibiarkan hancur kerana ahli tidak boleh mencabar kepemimpinan yang hambar?

Soalan-soalan itu perlu diselidik dan dijawab oleh Mohd Najib dan para penasihat dan penyokong akrabnya jika Umno mahu diselamatkan.

Mungkin bagi mereka, mengekalkan rekod Mohd Najib sebagai pemimpin yang naik tanpa mencabar sesiapa lebih penting daripada segala-galanya.


Bagi saya :

Bukan tidak setia jika ada pertandingan dalam parti, masalah sekarang ialah puak puak pro Tun Mahathir inginkan Najib melawan Pak Lah hingga tidak menghiraukan kesan apa yang berlaku jika ia menjadi kenyataan. Kenyataan A KADIR JASIN di atas tidak ubah adalah satu bentuk ' persepsi' yang berlandaskan emosi kerana tidak dapat menjadikan Najib sebagai lawan kepada Pak Lah di dalam pertandingan jawatan Disember akan datang.

Mana boleh didesak Pak Lah turun segera dengan menjadikan Najib melawan Pak Lah seperti Mahathir dilawan Anwar... Adakah ini bermakna Mahathir ingin Pak Lah mengalami situasi sukar beliau diserang oleh Anwar dan konco konconya sebelum ini agar dirasai sama oleh Pak Lah ? begitu murahkan Tun mahathir hingga tidak mempedulikan lagi pandangan rakyat hingga mereka merasa sangat meluat dengan tindakan Tun dan anak serta penyokong yang buta hati hingga kecelaruan dalam pentadbiran menggugat kepimpinan Pak Lah yang ingin menjadi cemerlang gemilang dan terbilang....

Begitu juga dakwaan 'kepimpinan yang hambar' merujuk kepada kepimpinan Pak Lah adalah 'kata kata' yang berlapik atas nafsu ingin menjadi 'wira pengampu' mantan Presiden parti. Atau mengampu mereka mereka yang bernafsu tinggi agar dapat mencecah punggung atas kerusi Perdana Menteri...

Siapa tidak kenal kata kata jenis manakah seperti ini ? namun yang menjadi mangsa ialah rakyat dan ahli parti kerana sikap tidak adil mereka yang menentang dan memperli PM kita dan kesannya terhadap negara dan parti. Akhirnya suasana menjadi sangat bahaya kepada warisan kuasa politik pusaka nenek moyang kita yang sedia ada.

Ingatkah lagi bagaimana Tun Mahathir didesak turun selepas memecat ANwar 10 tahun lalu hingga mengakibatkan rakyat turun ke jalanan mendesak Tun turun dari jawatan PM ?

masih ingatkah bagaimana sokongan Pak Lah kepada Tun hingga tiada sebarang sabotaj dibuat kepada pemerintahan Tun sebagai rasa hormat dan taat kepada ketua ???

Masih ingatkah bagaimana Pak Lah tidak gelojoh menjadi PM hingga Tun meneruskan tugas selepas menangis teresak esak macam budak budak dalam perhimpunan agong UMNO kerana kecewa dan ingin letak jawatannya dalam parti ?

Apa balasannya 'amalan soleh' Pak Lah ketika itu ?

Akhirnya Allah telah membalas segala kesetiaan Pak Lah dengan memberikan timbalan yang akhirnya tidak tunduk kepada 'hasutan jahat' puak puak yang ingin merebut kekuasaan atau menaikkan orang mereka hingga menjadikan rakyat sebagai sasaran kemaran mereka agar turut sama menolak kepimpinan Pak Lah ?

Najib selaku bangsa Bugis yang berani nampaknya betul betul berani di atas dasar dan prinsip sebagai ahli setia parti 1hingga mengatakan tidak akan membuat parti rosak dengan mencabar Pak Lah yang sekarang semakin 'diterima rakyat' meskipun kenaikan minyak adalah langkah tidak popular yang terpaksa dibuat oleh beliau....

Jika sesiapa menjadi perdana menteri sekalipun, dia sanggup mengorbankan 'maruah' dan 'harga diri' agar rakyat tidak akan menderita untuk jangka masa yang panjang dengan kemelesetan ekonomi atau dibebani hutang yang tinggi atas dasar subsidi kepada segala macam benda termasuk petrol dan diesel. Hingga ramai juga 'penyangak' telah mendapat untung atas angin menjual barang subsidi rakyat hingga menguntungkan warga asing yang tidak ada apa apa kaitan dengan negara atau memberi pendapatan kepada kita...

Sikap seperti A KADIR JASIN dan blogger blogger terhasut dengan Tun Mahathir ini tidak diajar oleh agama ...dan tidak boleh diterima oleh kita...Ketaatan atau WALA kepada pemimpin selama mana ia memegang kuasa adalah sangat penting....Pemberontakan atau hasutan menentang Perdana menteri adalah tindakan hipokrit yang jelas mempunyai agenda tertentu hingga sanggup menjadikan bangsanya sendiri sebagai sasaran kemarahan dan kritikan walhal masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan.

Dan terbukti Pak Lah sebagai warga dari bidang agama menunjukkan akhlaknya hingga tidak menggunakan kuasa menangkap mereka yang mengkritik dan mengutuknya meskipun ia boleh dibuat dengan mudah sahaja.

Jika Mukhriz mengkritik PM di zaman Mahathir seperti Ezam pasti sudah lama dipecat dari Parti..Tetapi adakah ulangan itu berlaku di zaman Pak Lah sekarang ini ???

Anda tentu dapat membezakannya bukan...Atau anda boleh saya katakan sebagai buta kerana tidak faham dan reti membaca sejarah yang berlaku untuk dibandingkan sebelum menentang atau menyokong seseorang ....

Akhlak adalah bunga diri.... makin bagus akhlaknya baguslah tulisannya...tidak menghasut rakyat, mengajak berdemonstrasi seperti PAS dan KEADILAN dan tidak mendesak atau mengugut kerajaan sesuka hati seperti kerajaan itu laksana ' hamba di bawah kaki' mereka yang tidak tahu hormat dan taat setia...

Maaf jika terkasar berkata kata di ruang pena ini TETAPI itu hak saya berbicara kepada anda semua!



11 Jun 2008

5 - 0 semalam ....Pakatan Rakyat terus diam

Jangan silap faham...Bukan keputusan bolasepak EURO semalam...Tetapi 'perlawanan' antara Kerajaan BN dan PRM - Pakatan Rakyat Malaysia tentang pemotongan gaji para menteri...Dengan keputusan setakat semalam, BN mendahului 5 dan PRM masih lagi kosong @ tidak bermaya..

Mana ada sebarang kenyataan ingin berjimat cermat dari Pakatan Kencing Rakyat ?

Mana ada sebarang langkah memotong elaun dan gaji dari kerajaan Pakatan Rompak Rakyat ?

Mana pemuda pemuda yang ingin sangat menteri dipotong gaji ????

Cakap memang mudah. Semudah menabur janji palsu @ tipu. Tapi Tuhan Maha Adil, sudah menunjukkan mana satu yang palsu dan mana satu yang tidak menipu...

Kerajaan Persekutuan sudah memotong 10% , Pahang sudah bahkan 30% gaji ( ini patut dicontohi ) , Melaka Sarawak dan Terengganu juga sudah mula memotong belanja gaji dan elaun para menteri sebanyak nilai peratus yang sama dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini....

Jika pembangkang' menjerit jerit ' beria ia meminta pemotongan gaji Menteri, BN tidak menunggu lama terus menunjukkan semangat 'jantannya' dengan memotong elaun dan gaji para 'Menteri'nya walaupun yang berkata kata sudah diam tidak ada bicara lagi sekarang ini.

Untuk mengelakkan ' lebih malu' maka ditunjukkan bukti bahawa mereka sudah dipotong gaji sejak 18 tahun yang lalu. Tetapi mereka di sini, bukan mewakili tindakan Parti PRM mereka.

Masalahnya sekarang dan dahulu berbeza...Yang melaksanakannya adalah PAS Kelantan, bukan Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang. Maka tindakan PAS tidak mencerminkan Pakatan Rakyat yang berkongsi antara tiga parti...

Jika dahulu Kelantan sudah dipotong, tentu sekarang boleh dipotong lebih banyak jika benar mereka ingin berjimat dan mengelakkan dari mengambil 'terlalu' banyak wang rakyat.Jika dahulu 25% mungkin boleh ditambah lagi 25% hingga gaji mereka akan menjadi 50% sahaja yang diterima setiap bulan. Bahkan lagi 'warak' jika semua mengambil 10 % sahaja gaji dan menyerahkan 90 % lagi kepada kerajaan agar rakyat 'tidak menderita' dengan gaji tinggi mereka hingga membebankan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Buktikan bahawa Pakatan Rakyat betul betul berkebajikan dan perihatin berbanding Barisan Nasional yang sudah lama menjaga kebajikan rakyat sejak 50 tahun dahulu sedari awal kemerdekaan.

Rasanya susah ingin dipotong buat masa ini...Sudahlah janji janji kepada ibu tunggal belum terjawab, janji pemberian RM1000 kepada anak Selangor ke IPT tidak ada cerita dari MB, bahkan air percuma nampaknya hanya di media massa yang menjadi 'wayangnya' dengan tiada keputusan muktamad setakat ini tentang perkara tersebut. Itu tidak lagi dihitung janji janji di negeri negeri lain yang belum sempat 'dianalisa' oleh akhbar Utusan dan blogger pembela negara sekarang ini....

Itulah jika nak bercakap jangan lantang sangat. Nanti Tuhan balas dan jatuhkan maruah kita dengan lebih teruk lagi untuk pengajaran semua yang ada di dunia.

Sebab itu sangkaan baik adalah sangat terpuji kepada Kerajaan, Pemimpin, dan sesiapa sahaja. Jangan diletak pertimbangan negatif di dalam mentafsir sebarang langkan dan tindakan kerajaan. Takut kita akan di'ajar' Tuhan seperti sekarang bagaiamana rasanya menjadi 'pentadbir' negeri.

Akhirnya apa yang kita dapat ?

BABI dan GEREJA KUIL juga yang menjadi habuan pengundi setakat ini...

Apa kata kita 'undi' lagi dan lagi dan ?????

09 Jun 2008

Pemimpin PAS kemalangan lagi selepas Ulama PAS tempoh hari !!! Kifarat ?

Mahfuz terbabit kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon Jun 09, 08 1:12:19 pm MYT

KUALA LUMOUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung pada jam 1.30 pagi tadi (9 Jun 2008).

Mahfuz yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi menyatakan, kenderaan yang dinaiki terbalik ketika melalui jalan Bukit Beruntung dari arah Ipoh.

Beliau memaklumkan telah mendapatkan rawatan dan menjalani ujian imbasan (x-ray) di salah sebuah hospital dekat sini pagi tadi.

Mahfuz memaklumkan, x-ray juga telah dilakukan di bahagian tulang rusuknya kerana bimbang berlaku keretakan, namun selepas ujian dibuat, tiada keretakan berlaku.

Beliau kini masih berehat di Kuala Lumpur dan memaklumkan tidak dapat menghadiri jemputan ceramah dalam masa terdekat untuk berehat._

----------------------------------------------------------------------------------------

Dugaan hidup....


Harap harap dugaan ini MENGINGATKAN kita yang mungkin ada menggadaikan Agama atau Bangsa atau Negara kita...kerana kepentingan kuasa dan DUNIA ...

Perpaduan itu suruhan Allah dan perpecahan itu hasrat Syaitan selaku musuh Allah...Politik sepatutnya menyatu padukan kita bukan memecah belahkan antara ahli keluarga 'ISLAM' kita.

Ulama PAS PERAK juga ditimpa kemalangan sama 1 JUN lepas disiar dalam berita SIASAH. klik sini.

Cuma 'ulama' banyak jenis juga....Hati hati takut ada antara ulama itu Ular dalam Semak.yang suka mematuk dan sangat berbisa air liurnya.

- apa khabar Hj Hadi awang yang dilaporkan diuji dengan strok ringan tempoh hari ???

08 Jun 2008

Barisan Nasional suka berbohong

Itulah kesimpulan kepada laporan dan ulasan Harakahdaily, lidah 'PAS' ketika melaporkan dan pada masa yang sama membuat anggapan negatif, berkenaan kenaikan harga minyak.Media PAS @ Pakatan Rakyat itu membuat persepsi bahawa BN suka menipu rakyat..Ya, memang mudah menulis kerana ia tidak disekat oleh sesiapa dan tidak dihalang oleh apa apa.

Namun, etika menulis dengan memberikan persepsi negatif berdasarkan andaian dan anggapan tidak berasas, tentu menaikkan darah sesiapa yang tidak suka perbuatan tersebut. Kerana menggambarkan persepsi negatif kepada orang lain tidak pernah disebut oleh agama sebagai satu kewajaran atau satu etika positif dan selari dengan hasrat ' Utusan Rahmat' iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika PRM - Pakatan Rakyat Malaysia telah diserang dan dikenakan serangan bertubi tubi, akhirnya mereka membalas kembali serangan tersebut sehingga membuat laporan polis terhadap kerajaan kerana membuat 'pembohongan' berkaitan kenaikan harga minyak..Meskipun atas nama NGO, ia dilihat sebagai membalas sikap 'penyokong' kerajaan yang bersendirian tanpa mewakili apa apa NGO ketika mengemukakan laporan polis terhadap Pakatan Rakyat yang telah menipunya ketika membuat janji PRU 12 lepas.

Meskipun selama ini kerajaan memang mengelak dari menaikkan minyak selepas mengiklankan kepada rakyat terlebih dahulu bagi mengelakkan 'penipuan' dan ' ihtikar - sembunyi barang - agar mendapat keuntungan dari kenaikan yang tinggi dari jualan minyak..Justeru tindakan kerajaan pastinya ada proo dan kontra meskpun kita sangat yakin ada alasan wajar di sebalik tindakan tersebut.

Jadi apa rasionalnya PEMBELA - Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia ; membuat laporan polis terhadap kerajaan ? adakah kerana berbohong itu menyebabkan perlu 'dibela' pihak teraniaya oleh PEMBELA ? adakah mereka sedar maklumat ' kenaikan minyak' itu dikategorikan sangat rahsia kerana ia boleh memberi impak negatif kepada negara dan boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara kita ?

Tidak semua yang kita ketahui perlu diberitahu. Tidak semua yang ada di dalam otak seorang ayah perlu dijelaskan kepada anak anak bahkan kadang kadang kepad si ibu. Ia hak ayah asalkan tidak menjadikan anak anak merana kerana 'kehilangan' maklumat tersebut.

Kerajaan ada sebab merahsiakan atau ' menaikkan' dengan drastik harga minyak. Kenaikan yang sejajar dengan peningkatan harga minyak dunia. Meskipun kita masih lagi terendah antara negara asia..

Usahlah mencari keuntungan menjadi 'pembela' dikala kita memerluka 'pembelaan' rakyat agar kerajaan dapat mengharungi detik sukar ini bersama sama...Kenangkanlah kebaikan kebaikan di saat saat ada keburukan yang kita terkena dan tidak disengaja. Baca laporan tersebut dan fikirlah kebaikan dari 'hasutan' itu....Moga moga polis tidak dibebani dengan tugas baru, menerima laporan polis dari parti parti politik dan penyokong mereka untuk gimik di hadapan media !


Pengumuman naik harga minyak: Pembela buat laporan polis dakwa ditipu
Izwan Abdul Halim
Sun | Jun 08, 08 | 11:20:51 am MYT

JITRA, 8 Jun (Hrkh) - Berbohong bukanlah perkara baru kepada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Satu ketika, hingga terlalu banyak bercakap bohong, ada orang menyindir dengan pepatah 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri'.

Pada 12 Februari lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjawab pertanyaan media berhubung pembubaran parlimen menyatakan tidak ada pembubaran esok hari. Bagaimanapun keesokannya, pada tengah hari 13 Februari, beliau mengadakan sidang media tergempar mengumumkan pembubaran parlimen.

Begitu juga pada 3 Jun baru-baru ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dalam satu sidang media di Lobi Dewan Negara sebagai berkata bahawa harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu.

"Ia akan berlaku....harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila diberi penstrukturan semula," demikian kata Shahrir sebagaimana petikan akhbar terbabit.

Bagaimanapun seperti yang diketahui umum, pada 4 Jun keesokannya Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam berkenaan.

Mendakwa tertipu dengan laporan itu, Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) membuat satu laporan polis membabitkan kenyataan menteri berkenaan yang antara lain sebagaimana laporan Utusan Malaysia menyebut 'Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api'.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jitra, Pembela antara lain mempersoalkan kenyataan menteri berkenaan yang dianggap mengelirukan selain bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri.

Mempersoalkan kajian yang akan dijalankan kementerian terbabit dan khuatir kemungkinan wujud tekanan pihak-pihak tertentu yang boleh menggugat ketenteraman awam serta kestabilan politik negara, Pembela menuntut pihak polis supaya satu siasatan ke atas menteri berkenaan dapat dilakukan.

Sementara itu Presiden Pembela, Ir. Mohd. Jamal Nasir menyifatkan kenyataan menteri berkenaan sebagai tidak mesra rakyat dan cuba memperbodohkan rakyat.

"Pembela menuntut supaya suatu siasatan dapat dilakukan oleh Polis ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharir Abdul Samad, jika ia boleh disabitkan dengan kesalahan maka, suatu tindakan perlu diambil ke atasnya menurut peruntukan undang-undang," ujar beliau dalam laporan polis yang dibuatnya itu. - mns


Image

07 Jun 2008

IKD dan Khalid Jaafar PKR

Saya ingin menulis perihal hamba Allah bernama Khalid Jaafar yang memuji IMF.. Jika anda membaca skandal Anwar dan Paul Wolfowitz - bekas Presiden Bank Dunia, tentu anda akan memahami hubungannya dan juga pujian anak buah Anwar kepada IMF tersebut. Klik sini berita lanjut

Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya. KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC).

Apa itu IKD ? klik sini info lengkap IKD

Apa agenda IFC , baca di sini atau terus di bawah ini

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Baca lagi perihal IKD ini yang anda perlu ketahui jika ingin memahami rentak tulisan dan ideologi kebanyakan nama nama yang akan saya petik dari Masterdedah di bawah ini :

IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka.

Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah 'Bukak Api' (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis' ( mengagungkan Chin Peng).

'Bukak Api' ialah filem Osman Ali, dan Filem 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis' adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).

maklumat tentang Fathi Aris Omar :

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Cuma di manakan Amin Iskandar belajar sedangkan beliau antara penulis di Malaysiakini ? nanti saya cari dulu ...ada saya bagitahu anda nanti....

lihat di ruang penulis ada nama nama di atas seperti Hishamuddin Rais, Fathi Aris Omar di kalangan penulis Malaysiakini ..Merekalah orang yang bertanggungjawab melakar persepsi kepada pemerintah kita hingga ramai telah terpedaya dengan ulangan fakta dan ulasan mereka sehingga akhirnya ramai telah menolak kestabilan pemerintahan parti BN dan mengambil risiko menukar kepada Pakatan Rakyat yang kini masih terumbang ambing di dalam melaksanakan segala janji janji mereka kepada rakyat...

Banyak isi tulisan di situ tidak membina kepada perpaduan dan kestabilan. Ia lebih kepada menjayakan agenda agenda merosakkan fikrah, ideologi, anutan agama dan sebagainya termasuk kesahihan berita agar kita berada di dalam keraguan hingga tidak lagi memberi sokongan kepada pemimpin kerajaan...

Hati hati kerana ramai 'musuh dalam selimut' sekeliling kita sekarang.....berbangsa sama dan agama luarannya sama dengan kita....

06 Jun 2008

Anwar letak jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan !

Tarikh : 3 Jun 2008

Perjalanan Pulang Dari Amman

Saya kini dalam perjalanan pulang dari Amman. Terasa lega satelah melepaskan jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan. Saya telah memberi notis perletakan jawatan sejak satu tahun lalu atas alasan penglibatan dalam kegiatan politik tanahair.
Namun saya gembira kerana berjaya meluluskan sumbangan besar terhadap kegiatan di Palestin, Selatan Lubnan, yemen, Tunisia dan Maghribi.

Anwar Ibrahim

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah diasak dan dibongkar bertubi tubi dengan pembabitannya di dalam Yayasan Masa Depan, yang didakwa mendapat dana dari USA dan menjadi landasan 'memoderatekan' Islam, akhirnya DSAI merasa sangat lega dengan perletakan jawatan itu..

Mungkin lega kerana tidak lagi dapat dikaitkan dengan yayasan yang boleh menjadi 'alasan' orang mengaitkan beliau denga Amerika dan juga Yahudi. Apatah lagi di saat saat akan kembali menjadi " PM" ke enam selepas Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Jika saya sendiri jika berada di tempat beliau tentu merasa perasaan yang sama... takut takut orang akan celik mata meneliti rekod Yayasan tersebut yang telah dibongkar dengan jelas oleh Masterdedah ( sini ) dan Anwaribrahimdotcom(klik sini ) yang disusun secara sistematik dan kemas segala fakta berkaitan Yayasan masa depan tersebut...dan kaitannya dengan USA @ YAHUDI..

Anda tidak perlu risau membaca artikel ini kerana semuanya adalah fakta dan analisa lengkap bagi memudahkan anda 'menambah' keyakinan anda kepada wira yang anda sanjungi selama ini.

Bak kata saidina Ali karramallahuwajhah : Tengoklah apa yang dikata bukan sesiapa yang berkata...

Anda boleh memberi pendapat di bawah ini jika ingin berkongsi cerita atau menafikan atau menyatakan kekesalan memberi sokongan kepada Wira Amerika ini...



Muka Seperti Saya, Gaya Seperti Saya Tapi Yang duduk di Meja tu bukan saya walaupun gambar itu Malaysiakini, suara keadilan dan harakahdaily yang siarkan


SAYA TIADA HUBUNGAN DENGAN WOLFOWITZ!!

Anwar menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.




Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam. Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.


Anwar menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF. Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia.


Anwar menafikan yang dia anti-Sadam Hussein sedangkan dia pernah menulis surat kepada Wolfowitz ketika berada di penjara mengecam tindakan militan Muslim yang menyerang Pusat Perdagangan Dunia, WTC di New York pada 9 September 2001 dan seterusnya mengkritik Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang diktator.

Anwar menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:

Anwar jadi pelobi Wolfowitz. Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan. Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.


Anwar dilantik fellow kehormat di Johns Hopkins University.Menurut penulis Michael Bilington, "pada 2004 semasa dibebaskan dari penjara, Anwar 'disambut' oleh dua sekutu rapatnya, iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz. Wolfowitz ketika itu terbabit dengan tindakan mendalangi pertukaran rejim di Iraq melalui kekuasaan tentera. Wolfowitz dikatakan mengatur supaya Anwar diberi perlantikan di School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University, Washington.

Anwar dilantik Perunding Bank Dunia (governance & accountability). Semasa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia telah memberi kontrak bernilai AS$21,000 kepada Anwar bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Ketika itu Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia.

Anwar dilantik Chairman Foundation For The Future (FFF) pada 15 Julai 2006.

Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara....

The End...


Jika tidak cukup lagi , klik Anwaribrahimdotcom untuk cerita lebih terperincin tentang perkara ini...



05 Jun 2008

Minyak naik lagi...Anda kecewa ? dengar dulu kata saya.

Jangan kecewa kerana minyak kita masih terendah antara negara Asia...Tidak percaya ? cuba tanya 'semut-semut' di sempadan berapa mereka dapat hasil 'menyeludup' minyak kita ke negara seberang.. Jika masih mahal mereka sendiri tidak dapat mendapat keuntungan dari ' penyeberangan' minyak bersubsidi kita - dari duit kita- kepada rakyat yang tidak membayar apa apa kepada negara kita.

Anda mahu mereka mengambil hak anda ? tentu tidak bukan. Justeru hanya rakyat ini sahaja yang akan menikmati sepenuhnya subsidi minyak ini tanpa ada ketirisan didalam pengalirannya ke seluruh negara. Anda tentu berpuas hati dengan tindakan ini jika anda faham tetapi kenapa terlalu tinggi ?

Anda perlu faham jika harga negara kita sangat jauh beza dengan negara seberang sana, anda akan dapat meneka bahawa mereka akan menangguk di minyak yang jernih ....Bukan air keroh lagi...
Keuntungan setiap liter melalui penyelewengan dana rakyat ini termasuk minyak diesel, merugikan negara dan tentu warga negara seperti kita lebih rugi.

Mahukah anda mereka merompak hak kita sehingga kita perit dan tertekan menelan tekanan hidup akibat kerugian subsidi yang diambil warga asing ? adakah kita perlu kasihan belas kepada warga negara lain hingga anak negara kita sendiri tidak terjaga ? ibarat kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

Perbezaan yang sangat ketara merugikan kita kerana ia akan terdedah kepada penyelewengan yang sukar dibanteras. Ia juga merugikan negara kerana subsidi minyak boleh disalurkan kepada perkara lebih penting seperti makanan...

Apa yang anda perlu faham bab minyak naik ini ?

1- Penjimatan RM 13.7 billion akan disalurkan kepada subsidi minyak masak, beras import, tepung, roti dan petrol,diesel dan gas. Ini bermakna makanan asas kita akan diserap kenaikannya yang kini melambung di peringkat dunia ekoran krisis dan bencana alam di merata tempat.

2. Harga minyak USD 36 tahun 2000 dan sekarang USD 135 tahun 2008...Peningkatan USD 101 setong tidak sampai 10 tahun...Tentu pembangkang pun tidak mampu membuat apa apa jika memerintah negara kerana di Selangor pun terkial kial lagi menunaikan janji untuk anak negeri yang ke IPT dan ibu tunggal serta setiap kelahiran di sana yang dijanjikan dengan wang segera....

3. Kerajaan masih perihatin dengan mengekalkan harga gas NGV dan gas masak yang diperlukan semua lapisan masyarakat. Jika betul Pak Lah zalim, rasa semua barang dia akan naikkan tanpa mengira kebajikan dan keperluan rakyat..

4. Ia perlu bagi keteguhan ekonomi negara untuk jangka masa yang panjang seperti


Apa pun anda selaku rakyat Malaysia perlu bersyukur dan menerima dengan senang hati tanpa mengenepikan usaha usaha mengecilkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Bagi yang suka 'menghembus asap' mungkin inilah masanya berhenti sementara menunggu keadaan pulih kembali.

Jika anda merasa tertekan, berdoa dan bersolatlah serta berzikir bagi memberi ketenangan hati dan menjauhkan dari diapi apikan oleh sesetengah 'manusia kecewa' yang ingin berdemonstrasi dan membuat negara akan terjebak ke kancah darurat dan huru hara. Tentu banyak belanja dari wang rakyat akan digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada polis tentera majlis bandaran dan membaiki segala kerosakan dan gangguan akibat demonstrasi tersebut.

Cubalah berterima kasih dan memandang bahawa ini semua ujian dari Tuhan demi menghapuskan kesalahan kecil kita yang memang sentiasa di dalam kelalaian dan kurang menebus kembali sebarang kesilapan..

Baca fakta di bawah untuk keterangan lanjut perihal kenaikan minyak ini :

Kenyataan media Perdana Menteri
04-06-2008 07:41:21 PM


KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI

MENGENAI PAKEJ PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI

Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kabinet hari ini telah meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM
Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Untuk mengurangkan beban kenaikan kos petrol dan diesel ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet juga bersetuju untuk memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal seperti berikut:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta pick up truck dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan.

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan). Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberikan secara Kiriman Wang (Money Order) di pejabat Pos Malaysia, di seluruh negara, mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun 2008:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minima sebanyak RM2.

2. MENYELARASKAN SUBSIDI DIESEL UNTUK SYARIKAT PENGANGKUTAN YANG DILULUSKAN, SYARIKAT PENGANGKUTAN VESEL DAN NELAYAN

Pada masa ini, operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel. Harga diesel adalah RM1.00 seliter untuk nelayan dan RM1.20 seliter bagi pemilik vesel. Kabinet hari ini telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok 5 Jun 2008. Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem fleet card kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini.

Untuk itu, Kabinet telah bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

a) Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan

b) Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam Negara.

Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Kabinet memutuskan pengusaha bot penumpang sungai juga akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan.

3. PETRONAS AKAN MENYUSUN SEMULA SUBSIDI GAS

Mulai 1 Julai 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

a) Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu;

b) Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

c) Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui (sustainable energy), Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran. Pada masa yang sama, subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11, apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Harga minyak masak (Gas Petroleum Cecair atau LPG) dan Gas Asli bagi Kenderaan (NGV) tidak akan berubah. Harga bagi LPG dan NGV tetap pada kadar sedia ada iaitu RM1.75 setiap kg dan 63.5 sen setiap liter.

4. STRUKTUR BARU TARIF ELEKTRIK

Untuk sekian lama, rakyat Malaysia termasuk sektor komersil dan industri, telah menikmati diskaun yang tinggi bagi gas yang disediakan oleh PETRONAS. Pada masa yang sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu.

Dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, Kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu. Struktur tarif baru yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2008 ini, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik (rumah), komersil dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik adalah kurang daripada RM43.60. Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama.

Pengguna komersil dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus. Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak melebihi daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus. (Butiran terperinci bagi tarif baru elektrik dikepilkan bersama).

Langkah-langkah yang telah disebut adalah selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstruktur semula subsidi, yang mana usaha ini akan menuju ke arah harga pasaran yang sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga. Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya sementara pengguna bagi isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelak daripada pembaziran.

5. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP) DAN PENGELUAR MINYAK KELAPA SAWIT (POP) KE ARAH MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT

IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.

POP juga, yang telah mencatat kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia. Kabinet hari ini telah bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuatkuasa 1 Julai 2008. Bagi menggantikannya, Kabinet telah membuat keputusan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP. Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses (millers):

i) Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000

ii) Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000

Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada Kerajaan negeri (sebagai contoh 7.5 peratus ke atas CPO di Sabah dan 5 peratus ke atas CPO di Sarawak).

6. PENGAGIHAN PENJIMATAN DARIPADA PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI DAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEH DARIPADA LEVI

Kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion daripada penjimatan yang akan diperolehi daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap IPP dan POP. . Dikepilkan bersama lampiran maklumat pengagihan berkenaan.

7. MENINGKATKAN THRESHOLD CUKAI PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN RESTORAN DI LUAR HOTEL

Restoran yang terletak di luar hotel yang telah mencapai perolehan jualan tahunan (threshold) lebih daripada RM500,000 dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5%. Terdapat rungutan mengenai threshold cukai perkhidmatan ini yang dianggap terlalu rendah sehinggakan gerai makanan di kawasan luar bandar kini mampu mencapainya.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan bayaran cukai perkhidmatan dalam memperoleh perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman oleh restoran yang terletak di luar hotel, Kerajaan bersetuju threshold cukai perkhidmatan bagi restoran sebegini ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta.

Peningkatan threshold di atas berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008.

04 Jun 2008

Khairy kekal Ahli Parlimen Rembau

Mahkamah memutuskan Khairy Jamaludin ( KJ ) kekal sebagai Ahli Parlimen Rembau. Menolak petisyen dari Chegu Bard yang menjadi lawan KJ semasa PRU 12 yang lepas.

Agak agak apa kata penyokong KJ - Yaaaaaaa kita menang..

Agak agak apa kata penyokong PKR - Ahhhhh... Hakim korup, bias dll.

Apa pun Mat Sabu juga ditolak petisyennya meskipun majoritu beliau pilihanraya lepas di'rampas' oleh Tok Mun - warga emas yang sudah 3 pilihanraya bertanding tidak henti henti.

Mungkin semua itu ada hikmahnya. Kekalahan tidak bermakna terhenti perjuangan.....


cuba baca petikan Chegu Bard dalam blog beliau- klik sini - tentang PRU Malaysia yang dikatakan sangat bobrok...Bila menang pun masih lagi dikatakan bobrok...Cuma yang peliknya masih lagi nak lawan petisyen meskipun tidak letak sebarang harapan...Jika tiada harapan rasanya lagi bagus didiamkan sahaja dan tidak menggunakan duit yang bernilai itu untuk dihamburkan bagi perkara yang sia sia...Atau ia sekadar 'aksi pelakon lagak ngeri ' atau nogori ? Bacalah sendiri di bawah ini ...

" Saya dengan ini mengesahkan akan meneruskan kes petisyen mencabar kesahihan PRU 12 di Parlimen Rembau walau apa pun risikonya. 8.00 Malam esok di Bilik Gerakan Utama keADILan Rembau, Taman Seri Rembau merupakan 'rapat' final semua penyokong khususnya agen pengiraan undi. Rapat bertujuan menyusun strategi perbicaraan dan turut disertai oleh barisan peguam yang terlibat.


Saya tidak mahu terperangkap dengan perkara - perkara teknikal. Mahkamah Tinggi Seremban yang akan mula bersidang berkaitan kes ini pada 2 Jun nanti bagi saya secara peribadi tidak diletakkan sebarang harapan tetapi bakal digunakan sebagai medan mendedahkan kebobrokan sistem pilihanraya yang hampir membunuh demokrasi negara. Memang sudah jelas lagi bersuluh bahawa mahkamah Malaysia boleh dimanipulasi keputusanya oleh pihak tertentu yang berkuasa.

Saya dengan ini ingin menarik perhatian semua bukan setakat kepada masalah teknikal pilihanraya tetapi melihat semula niat ketika saya memilih untuk turun menghadapi Khairy Jamaluddin ketika PRU 12. Beliau gagal menjawab cabaran debat terbuka ketika pilihanraya. Saya dengan ini sekali lagi melontarkan cabaran debat ...isunya bukan isu peribadi tetapi isu kepentingan rakyat dan negara.

02 Jun 2008

Tun Mahathir mengutuk Ezam seperti Katak depan Ibrahim Ali

Berita Ezam laksana katak telah diterbitkan semalam oleh Bernama ( klik sini ).Ia digubah 'lagu asalnya' oleh Tun Dr Mahathir, yang dulu bekerja menjaga negara dan harta raya yang ada tidak termasuk hantu raya..

Syahdan, lagu 'katak' dengan versi asal ' bangau oh bangau' telah diberi pujian oleh ramai orang sehingga ia tidak disedari telah ' mencerca' dan 'menghina' kawan penggubah lagu tersebut yang turut hadir bersama di majlis pelancaran 'lagu katak' kelmarin..

Mungkin Tun Mahathir tidak kisah dengan panglima katak bergelar Al Kataki Al Kelantani walhal kalimah tersebut sangat ' mengguris dan menghiris ' Presiden Katak Semalaya itu. Dan tuduhan Ezam sebagai Katak New Edition adalah sama ertinya kepada Bapa Katak zaman dahulu kala. Bahkan dikhabarkan juga beliau akan 'melompat' lagi setelah tidak betah menjadi 'katak' yang tidak melompat.

Nampak seperti anak Penggelar Katak di atas yang enggan melompat dan keluar parti bahkan tidak malu memegang jawatan kurniaan parti atas alasan ' suka ditendang' seperti kata bapa Penggelar Katak tersebut.

Nampaknya tentu Al Kataki 'kecut' kepalanya mendengar pentauliahan 'katak' baru memandangkan 'katak' baru ini bukan jenis katak kodok namun katak pisang yang nampak manis tetapi ada ' senjata sulit' yang boleh memberi mudarat.

Oh ya, mungkin juga nama gelaran Yang Mulia Katak itu diperolehi dari gelaran sang Katak Veteran di sisi Tun Mahathir ?

Entahlah... Anda yang dapat berikan jawapannya...

Komenlah dan kita ingin mendengar komen anda untuk dikongsi seluruh dunia bersama sama.

01 Jun 2008

Bersatu Menentang Lucifier

Petikan : Blog Al Banjari

sunday @ al-banjari online

al-banjari - Betapa malang andai perkiraan seseorang menjadi amat dangkal mencium agenda busuk kumpulan gelap penyembah syaitan yang mahu memperhambai seluruh manusia.

Betapa Kepala Batu meniupkan nama-nama seru seperti Osama Ben Laden, Mahmoud Abbas, dan lain-lain sepatutnya sedar mereka telah diperalatkan oleh kumpulan penyembah syaitan Lucifer yg dikenali sebagai Illuminati untuk mencetuskan huru-hara diseluruh dunia. Betapa Kepala Batu nya kumpulan ini yang terdiri daripada kumpulan2 elit yg merupakan pemodal2 dan tuan punya bank-bank terbesar dunia dan mereka juga yg membiayai ekonomi negara Amerika, Britain dan lain-lain di negara Eropah. Antara mereka adalah keluarga Roosevelt & Rothschild. (Sila baca mengenai Rothschild : di sini )

Kumpulan inilah yg telah merancang banyak peperangan dlm sejarah dunia termasuklah revolusi-revolusi & Perang Dunia I & II. Tujuannya hanyalah satu, mewujudkan Satu Kerajaan Dunia yg akan dpt dicapai melalui peperangan terakhir, perang dunia ke tiga yg telah dirancang & bermula kronologinya daripada pengishtiharan gagasan "New World Order" oleh Presiden US, Bush Sr, pada 1991. Tragedi 911 telah dirancang sbg "Trigger" & Osama Laden telah digunakan sbg kambing hitam utk memulakan perang yg kononnya menentang "keganasan". Entah mengapa dgn keupayaan ketenteraan & perisikan Amerika yang begitu hebat, masih gagal untuk menjejaki & menghapuskan Osama den Laden. Tidak lain, sama ada mereka memang menaja Osama itu, ataupun jika bukan tajaan mereka pun, mereka sengaja membiarkan Osama lepas bebas, untuk dijadikan sbg "dalil" kpd tindakan-tindakan mereka.

Mereka sering membiayai dua pihak yg bertentangan sebagaimana dlm sejarah apabila mereka membiayai kedua-dua pihak yg bertentangan dalam perang dunia I & II. Mereka2 ini byk membiayai kumpulan2 pemberontak / pembangkang seluruh dunia utk menentang kerajaan yg dominan, bahkan sebenarnya mereka juga membiayai beberapa pimpinan kerajaan-kerajaan di dunia. Slogan2 spt Perjuangan Hak Asasi, Kebebasan Bersuara, Reformasi, Demokrasi Tulen dan sebagainya adalah merupakan ciptaan golongan ini yg menjadi propaganda mereka. Tujuan mereka, adalah utk mencetuskan huru-hara dalam negara-negara dunia utk menjadi punca yg membolehkan campurtangan mereka.

Masih ingat lagi bagaimana pihak inggeris dpt campurtangan di Tanah Melayu dahulu ? Bukankah melalui jemputan kumpulan2 tertentu di kalangan Istana yg ingin berebut kuasa ? Mereka ini menguasai hampir keseluruhan Pemimpin-Pemimpin Utama Dunia. Presiden US, hanyalah boneka yg mau tak mau mesti tunduk kpd mereka. Mana-mana pemimpin yg cuba menderhaka, akan dibunuh spt yg berlaku kpd Presiden Kennedy. Saddam Hussein yg telah bertaubat di akhir hayatnya & cuba menentang agenda tersebut akhirnya dibunuh dgn kejam.Semoga Allah mengampuni beliau.

Tujuan mereka utk mewujudkan Perang Dunia Ke 3, semakin hampir dijayakan. Apabila berlaku perang, & huru-hara seluruh dunia, maka akan muncul seseorang yg akan diangkat sbg HERO yg dpt menghentikan peperangan. HERO ini, akan diangkat sebagai Pemimpin / Presiden kpd satu kerajaan dunia yg akan ditubuhkan. Semua kerajaan negara2, mestilah tunduk & patuh kpd sebarang polisi yg akan diputuskan oleh Kerajaan Dunia ini. Mana-mana negara yg menentang, akan diserang & dihancurkan spt neraka dunia. Di masa itu, dunia hanya terbahagi kpd 2 golongan, iaitu golongan Pemerintah / Tuan, & rakyat / hamba.


kepala batu - Berhati-hatilah. Marilah kita bersatu padu. Lupakanlah perselisihan kita. Jgn kita terperangkap dgn agenda musuh. Wahai pemimpin2 Melayu Islam UMNO & PAS, sedarlah! Berlapang dadalah, & bersatulah! Musuh sama sekali tidak akan mengalahkan kita jika kita bersatu-padu..

Cari Blog Ini

Translate