Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2012

Senarai 23 Penerima Pingat Gagah Berani 1974 - 2007 cc @PDRMsia @HishammuddinHussein

Kenyataan @CMLimGuanEng Di Sinar Harian Tolak HUDUD Hari Ini Mesti Dibaca Ahli PAS Yang Taksubkannya



Terima kasih atas kenyataan ini. Jelas DAP tetap sama dari dulu hingga kini - menolak hudud walau bergaul seperti merekalah pejuang HUDUD. Kini DAP sudah makin ghairah mengatasi PAS dengan menghulurkan bantuan di masjid dan surau demi mendapat sokongan rakyat. Dengan kelulusan singkat dan tidak terikat maka rakyat semakin dilalaikan dengan gelaran enak Khalifah Umar Abd Aziz hingga percaya beliau akan memeluk Islam suatu hari nanti. Sedangkan beliau tetap sama menolak hukum Allah yang diperjuang oleh PAS. Jangan segan tolaklah pembangkang demi kebenaran agar terjamin masa depan anak cucu keturunan. 

Selamat Hari Pahlawan Kepada Anda Yang Mempertahankan Malaysia Demi Agama Dan Bangsa Kita cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi




Gambar dari FB Eizwan Abdullah



Pertama sekali jasa pahlawan yang telah berjuang mempertahankan kemerdekaan, selepas mereka mengambil tugas dari pahlawan yang telah syahid di medan jihad sebelum ini - sangat besar dan tidak ternilai untuk dibayar.

Jika di antara mereka masih hidup dan tidak menikmati kesenangan, yakinlah kemegahan menumpahkan jasa kepada negara lebih hebat dari apa yang diperolehi oleh orang lain dari bentuk material dan sebagainya.


Mempertahankan negara tidak boleh dilakukan oleh seseorang yang penakut atau pengecut atau pengkhianat.

Video Pengebumian Mangsa Bunuh Nur Syaleza Eksekutif TV9 - Al Fatihah


Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=6hM-wPlkA2k&feature=youtube_gdata_player

Semoga pembunuh Allahyarham ditahan jika benar beliau dijerut dan dibunuh. Mari kita hadiahkan al fatihah kepada Allahyarhamah agar roh beliau 

Gambar Allahyarham bersama anak sulungnya

Pihak majikan beliau turut merakamkan takziah atas pemergian arwah


Menurut saksi jiran mangsa,mereka terdengar pertengkaran berlalu kira-kira jam 7 malam antara suami dan mangsa.

Status BBM beliau yang terakhir ialah ' sabar duhai hati ' 

Kejadian ini sungguh menyayat hati terutama bagi ibu bapa mangsa yang begitu sedih melihat jenazah arwah anak mereka yang disayangi.

Kepada suami di luar sana, hargailah isteri dan jangan sesekali memukul mereka. 

Bicaralah  dengan bijaksana agar tidak patah hati seorang wanita bergelar isteri.

Sent from my iPad

30 Julai 2012

Tulisan MP Kota Belud - Lompatan Lajim Dan Bumburing - Tidak Gugat BN Sabah cc @NajibRazak


Akhirnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.
Walaupun BN Sabah merasa “sedih” dan “kesal’ dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respon yang saya dapati dari kalangan ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian “bye-bye” politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.
Dalam Twitter saya berjenaka, “sukan olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!”
Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara.
Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka.
Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut.
Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort.
Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Zulkifli Nordin Ingatkan Jangan Terpedaya Janji Manis Anwar Ibrahim - Minta Letak Jawatan Lajim Ukin




Isu @IsmailSabri60 Tukar Pengarah ( Bukan Pecat ) Pun Dijadikan Isu oleh @MahfuzOmar - Bukti PAS Tiada Isu Lagi Tarik Undi cc @NajibRazak


Harakahdaily telah melaporkan di sini http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12017-tukar-pengarah-pas-mahu-penjelasan-ismail-sabri- tentang pertukaran empat orang Pengarah selepas dua hari Himpunan Koperasi yang didakwa gagal.

Pertukaran ini dikritik hebat lantaran ia didakwa kerana gagal menghimpunkan audien seramai 100 ribu semasa Hari Koperasi baru-baru ini.

Dalam hal ini kita nampak isu dalam Kerajaan yang sepatutnya tidak dijadikan isu oleh Naib Presiden PAS telah disentuh oleh beliau.

Sebagai Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkuasa penuh menukar sesiapa sahaja jika didapati tidak memenuhi prestasi yang diharapkan.

Penukaran adalah lebih lembut dan lebih berhemah berbanding pemecatan.

Bayangkan jika kerana tidak puas hati Menteri memecat Pengarah Negeri terbabit ??? 

Kenyataan Terbaru KARPAL SINGH Tetap Tolak HUDUD Wajar Dibaca Nasruddin @tantawi100




29 Julai 2012

Lagu Janji Ditepati Hari Kebangsaan 2012 Karya @DrRaisYatim Memang Sesuai Dan Membuka Minda cc @NajibRazak




Liriknya :



Siapa kata lagu ini seperti lagu Kristian ? Panglima sudah dengar dan tidak ada persamaan yang boleh membenarkan tuduhan tersebut.

Jangan kerana dendam peribadi Menteri Penerangan diserang hebat kiri kanan....


Kenyataan @DrRaisYatiM Isu Logo Merdeka Sebentar Tadi cc @NajibRazak



Bahan art work yang dimaksudkan ialah :



Harap kekeliruan akan terlerai dengan jawapan ini...


Baca juga ulasan Cucu Tok Selampit di sini 





PM @NajibRazak Antara 25 Pemimpin Dunia Paling Aktif Di Twitter



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.
Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.
Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.

Ijazah Palsu: Penjawat Awam Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas- KSN



Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa (tiga kanan) ketika beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang menerima bantuan sempena Majlis Sesi Bersama KSU dan Majlis Mangsa Kebakaran Kediaman Pelajar Malaysia di Iowa Amerika Syarikat di sini, Sabtu. Turut hadir bersama Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Raja Ali (kanan). -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan pembelian ijazah secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun beliau mengesahkan setakat ini belum ada laporan mengenai penjawat awam terlibat dengan kegiatan itu.
"Sekarang ini polis sedang siasat, sekiranya ada pegawai atau kakitangan yang memperolehi ijazah ini secara tidak sah tindakan akan diambil. Bentuk tindakan…kita akan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.

Persamaan Pandangan Wahabi Dengan Nik Aziz dan Haji Hadi Isu Sambut Maulid Habibin Nabi - Mesti Baca



PM Putuskan Kedudukan Lajim Ukim Isnin Ini



PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. "Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian. "Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno. -BERNAMA



Panglima : Semakin ramai yang bermasalah keluar semakin sihatlah UMNO...

28 Julai 2012

Trailer Filem Skandal Ladang Depu Oleh Team Media Kelantan

Tunggu video sepenuhnya selepas ini.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Majlis Berbuka Unit Media Baru Pemuda UMNO Semalam Sungguh Meriah


Pengerusi UMB Saudara Tun Faisal Ismail dan Timbalan beliau merangkap Ketua Pemuda Seputeh, Saudara Razlan Rafii ceria melayan kawan media yang hadir


Wakil dari Awani dan Agenda Daily

Jom Tengok Kad Raya @AznilNawawi Kepada @panglima_cyber Melalui Twitter !!!

Pertama sekali terima kasih banyak-banyak kepada Uncle Aznil Hj Nawawi yang mengutus kad ingatan sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Meskipun masih awal namun beliau seorang yang tidak membuang masa menunggu saat akhir untuk menghantar kad raya. Kali pertama Panglima menerima kad raya melalui twitter!

Tidak hairanlah follower beliau sudah mencecah 442 k kerana budi pekerti beliau menghubungi rakan lama dan baru termasuklah peminat beliau seperti @panglima_cyber ini.

Sebelum ini panglima sudah siap menulis artikel trek selebriti pertama YAB Perdana Menteri pada 17 Julai lalu bersama Pak Nil tetapi masalah teknikal menyebabkan ia tidak berjaya disiar di sini.

Walau blog Panglima hanya no 12 ranking terkini Malaysia kalangan blogger (rujuk carta terkini portal KLXpress) namun penghargaan dan ingatan ikon popular lagi patriotik seperti Pak Nil amat Panglima hargai.

Terima kasih Pak Nil !!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 Julai 2012

Filem 'Tanda Putera' Kisah Bapa DS @NajibRazak Mesti Ditonton Seluruh Rakyat



Baca lagi :


http://www.putrajaya-online.com/2012/07/filem-tanda-putera-menyingkap-peristiwa.html


Suhaimi Baba memang hebat menghasilkan filem sejarah negara. Namun pakar sejarah perlu membantu beliau jika ada salah.


Harap ramai syarikat akan menaja tiket menonton filem ini yang pasti akan menyedarkan kisah pengorbanan pemimpin kita untuk rakyat.


Yang tidak diketahui oleh sebahagian besar rakyat generasi baru Malaysia.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Berita Terbaru Isu Loji Rawatan Air Langat 2 Di Selangor - Kerajaan Putus Tender Terbuka Kepada Semua


Muktamad... Pusat keluarkan tender terbuka bina Loji Rawatan Air Langat 2


Tiada lagi ding dong dan tidak kepastian dalam isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 selepas kerajaan Persekutuan buat keputusan muktamad melaksanakan projek tersebut, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan lewat petang Khamis.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek tersebut secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.

Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender berkenaan apabila diiklankan kelak.

"Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas," kata kenyataan berkenaan.

Mahasiswa Cerita Pengalaman Peperangan Di Syria



Published with Blogger-droid v2.0.2


Marilah kita bersyukur berada di negara aman damai seperti Malaysia dipimpin Barisan Nasioanl.

Tentang Malaysia Negara Islam klik sini

http://www.penembak-tepat.com/2011/10/gempar-dr-aziz-bari-akui-malaysia.html

pembohongan PAS tentang negara Islam klik sini

http://www.penembak-tepat.com/2011/06/pembohongan-hj-hadi-isu-negara-islam.html


Bila @DrHasanAli dan @DrMuhaya Digandingkan Forum Ehya Ramadhan



Pengacara Majlis dan Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Ali mengacara Forum Khas Ehya Ramadhan - 
Ramadhan Pembinaan Sahsiah. 

Tetamu yang Hadir memberikan Ceramah Adalah Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi daripada Dekan Kulilyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah dan Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad, Pengarah Perkembangan Pusat Mata Prince Court Medical Center dan juga Pengarah Perkembangan Peribadi & Profesional ACMS. 

Majlis Ini telah diadakan di Grand Ballroom Seri Pasific, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2012.

Dr Aziz Hanafi ialah tokoh anak Melayu pertama mendapat Phd dari Al Azhar Mesir.

Toyota Camry Pun Terbakar Yeop !



Kita bersimpati kepada pemilik kenderaan yang diduga dengan insiden ini. Tujuan gambar ini dipaparkan untuk memberitahu bahawa kereta hebat sekalipun boleh terbakar termasuklah BMW sekalipun.

Perkara ini Jangan pula dikaitkan dengan minyak kerana banyak faktor lain yang boleh menjadi punca kebakaran.

Jika benar kerana minyak sudah tentu kereta kita yang minyak yang sama juga akan terbakar setiap hari.

Muhasabah dan muhasarawaklah diri ( hehe ) dari tunjuk jari ke orang lain.

Terima kasih.

Kenyataan Terbaru Nik Mahani Isu Skandal Dinar Emas KGT - Mohon Sebarkan


UNTUK EDARAN
KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED
Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama.
Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas sebab kes-kes laporan dibuat  oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri.
Jika tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa Pengerusi KGT, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa baru-baru ini membuat kenyataan mengelirukan kepada media dengan mengakui bahawa KGT hanyalah syarikat berasaskan keuntungan dan dinar & dirham KGT setaraf dengan barang perhiasan sahaja. Sedangkan,

Sabahan Marah PAS Hingga Sekarang Oleh @mymassa


PAS MENENTANG KEMASUKAN SABAH DALAM MALAYSIA

Semasa pembentukan Malaysia dahulu, Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.


Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.



http://mymassa.blogspot.com/2012/07/sabah-dijangka-keluar-dari-malaysia.html

Bukti Melayu PKR Sebenarnya Yang Tolak Hudud PAS - @Tantawi100 Jangan Terkejut




Isu solekan Ust Fathul Bari anda boleh baca penjelasan beliau di sini

Blogger @Keris7Lok Ulas Ahli DAP Sertai Dewan Himpunan Penyokong PAS !!!


Tulis Keris7Lok :

Saya tak tahu nak kata bagaimana kepada pemimpin PAS. DAP sedang masuk dalam PAS secara halus. Saya memang tak setuju DHPP ditubuhkan sejak dari dahulu lagi! - Aslam, Penyokong PAS


Itu kata-kata yang Keris terima setelah berbual dengan saudara Aslam yang juga bekas Ketua Pemuda PAS di satu cawangan yang negerinya terpaksa dirahsiakan. Rupa-rupanya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak dipersetujui oleh beberapa ahli-ahli tidak berjawatan di dalam PAS. 

Komuter Tiada Cermin Sisi Diulas Blogger @YuseriYusoff - Jamin Gelak Tanpa Henti !!!




Siapa mahu membaca artikel serius bercampus jenaka bolehlah klik sini 

26 Julai 2012

Video Sifat Solat Nabi Oleh Syeikh Nuruddin AlBanjari



Published with Blogger-droid v2.0.2

Mesti Tengok : Video Ust Kazim Elias Bidas PR Perjelas Islam Dijaga Kerajaan DS @NajibRazak - Ahli PAS Dilarang Tengok !!!




Tulis blogger Anak Bukit Gantang :


1-Pemerintah yang ada (UMNO)  lebih mempertahankan Islam dari PAS

2- Demi Islam, kita kena pertahankan pemerintahan yang ada (UMNO)

3-Jika PAS menang dan ke Putrajaya belum tentu syiar Islam  berdaulat  lebih baik dari sekarang kerana Pakatan Rakyat bergelumang dgn Liberalisme , Pluralisme, Syiah dan Wahhabi

4-Islam tidak dikutip dari tepi  jalan

5-Belajar ugama kena cari guru murshid .


Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas cc @NajibRazak



M JEFFRI RAZALI

25 Julai 2012
Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas


Akbar Ali menunjukkan rekod pembayaran gaji yang sudah dijelaskan kepada Ahmad Faisal.
BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.


Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.



Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.


Kenyataan Kickdefella @syedazidi Desak Pengerusi KGT Buat Laporan Polis

sheih-blog

Di dalam kes pecah amanah dan penyelewengan syarikat, pihak polis memaklumkan kami mereka hanya akan siasat jika laporan dibuat oleh pemilik atau ahli lembaga pengarah syarikat.

Walaupun KGT anak syarikat Kerajaan Negeri, polis Kelantan tidak iktiraf rakyat sebagai stake holders. Saya mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana penjelasan ini.

25 Julai 2012

Kenyataan DS @Zahid_Hamidi Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Syria, BERSIH 3.0 Dan Ucapan Selamat Hari Raya


Anak Yatim Bersama YAB Perdana Menteri @NajibRazak


Syukur dengan keamanan - PM
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD 
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor memberi kek kepada anak-anak yatim, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Majlis Berbuka Puasa di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Safiyana Salim

KUALA LUMPUR 24 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini sentiasa bersyukur dengan keamanan yang dikurniakan oleh Allah kerana dengan adanya nikmat itu mereka boleh melaksanakan ibadah termasuk berpuasa tanpa rasa takut.

24 Julai 2012

Video Terbaru PM @NajibRazak Berterawih Bersama Rakyat

Published on Jul 23, 2012 by najibrazak

Najib Razak membuat lawatan ke Pekan untuk untuk beberapa acara iaitu, menghadiri Majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh FELDA Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Surau dan Masjid bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan UMNO Pekan, Solat Tarawikh bersama rakyat Pekan, Melawat Rumah Anak-anak Yatim dan Bersahur bersama anak anak yatim di kediaman beliau.

- Pekan 20/7/12

Published with Blogger-droid v2.0.2

23 Julai 2012

Selamat Ulangtahun 59 DS @NajibRazak - Jasa2 Beliau Di Usia Ini Anda Mesti Baca

Jasa Najib Di Usia 59 Tahun 

YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.
Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Gambar : Laporan Polis Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Halau Isteri Hari Pertama Ramadhan - Masya Allah !!!



Jika gambar ini tidak benar maka sila nafikan dengan segera...

YB Abdullah Sani tentu ada jawapan untuk isu ini.

Buku Terbitan Terbaru Di MPH Alamanda Putrajaya





Lihat juga hiasan jualan hari raya yang rancak disediakan di sana


Alat Ini Yang Dianjur Rasulullah Turut Digunakan Angkatan Tentera Malaysia cc @Zahid_Hamidi




Rupanya alat memanah turut digunaka tentera negara kita. Ia bagus kerana senyap dan tidak sukar untuk digunakan walau di dalam air sekalipun. Menggunakan alat panah dianjurkan Rasulullah saw dan ada riwayat hadis menceritakan akhir zaman perang akan kembali kepada alat seperti pedang, tombak, memanah kerana semua jentera tidak boleh digunakan kerana kehabisan minyak. Sila klik FB di atas terdapat banyak keterangan tentang perkara tersebut. 

Bukti PAS Agung Nik Aziz Seperti Imam Khomeini


Berikut gambar yang ditemui di blog ahli PAS http://alkubrawiyyah.blogspot.com/2010/06/hujung-minggu-yang-memenatkan.html yang memaparkan gambar Nik Aziz sebesar saiz Imam Khomeini. Ia dipasang di pejabat PAS Tumpat bahagian Berangan.

Apa yang ingin ditekankan di sini sikap mengagungkan Nik Aziz terlalu dahsyat sehingga Nik Aziz sendiri telah terkesan sehingga tidak mahu dan tidak juga malu untuk terus meneruskan sebagai ahli Yang Berhormat untuk PRU 13.

Sikap ini tidak sama dengan Hj Hadi yang bersedia berundur diri. Meskipun ditentang hasrat beliau oleh ramai pihak.

Wajah Pemimpin Muda PAS Didakwa Telah Menjadi Suami @Abby_Abadi112

jubliemas-ybzaki
Gambar diambil dari laman rasmi Pemuda PAS Kelantan http://dppkelantan.pas.org.my/v2 semasa himpunan beliau yang dihadiri Amy Search.... Yang tidak ramai pun pengunjugnya.

Menurut maklumat dari rakan di Kelantan ( yang sedang disahihkan kebenarannya  )  suami Abby Abadi dikhabarkan ialah Zaki Ibrahim. Selepas dicari ditemui gambar seperti yang anda dapat lihat di atas. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan. Seorang yang segak dan masih muda. Dikhabarkan juga beliau orang Husam Musa dan pernah mengkritik Nik Abduh seperti berita yang dapat dibaca di blog pembangkang di sini http://greenboc.blogspot.com/2009/05/umno-pas-nik-aziz-tiada-pembantu-sesat.html

Kita bukan mahu membuat fitnah di bulan Ramadhan yang mulia ini cuma mahukan kepastian perkara yang baik ini...Fitnah sesuatu tidak berlaku dan tidak benar serta dibenci oleh mangsanya. Manakala perkara yang penulis timbulkan ialah mahu kepastian berita baik yang tentu ditunggu dan diterima dengan baik juga oleh kita semua.

Tidak akan tumbang Kerajaan BN hanya kerana Abby menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup cuma kita mahukan punca mengapa beliau menyertai PAS. Jangan lupa Abby menafikan beliau akan menyertai PAS sebelum ini seperti skrin di bawah :

Janji Manis Pakatan Rakyat Yang Perlu Anda Lihat !



Majlis Berbuka Puasa Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan Bersama Anak-Anak Yatim di Putrajaya cc @NajibRazak




22 Julai 2012

Mohon Promosi Group Facebooker 1Malaysia ini cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi


Jika tidak keberatan harap dapat dipromosikan group yang diasaskan pada 6.6.2011 ini yang mana bertujuan untuk membina sebuah group kepada semua rakyat Malaysia tidak kira politik mereka. 

Entri tentangnya pernah ditulis oleh panglima di sini http://www.penembak-tepat.com/2011/06/penting-mohon-bantuan-kawan-kawan.html

Perbincangan dilakukan tanpa fitnah atau kata-kata nista bagi membolehkan adab bermuzakarah diamalkan di sini. 


Naib Presiden @Zahid_Hamidi dan MT UMNO Sokong Ulama Menjadi Sayap Parti !!! cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti
WARTAWAN SINAR HARIAN


22 Julai 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.



"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.



Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.



"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.

Gambar YAB PM DS @NajibRazak Berterawih Bersama Umat Di Pekan Pahang Semalam


Gambar dari FB Pak Habib 




Jom Saksikan Majlis Mawleed Cinta Rasul Masjid Putra 2012 Disertai Ulama Sedunia - Siri 1 - 2





Tazkirah Ramadhan Bersama Ulama Ahli Bait Syeikh Afifuddin (English)



Video Ust Kazim Elias Perli Abby Abadi dan Aishah Ke Ni ???



Sepatutnya para artis tidak menyertai pentas politik demi mengejar populariti.

Sepatutnya artis tidak memberi ceramah tetapi mendengar ceramah ilmu. 

Sikap menggunakan artis mendidik rakyat di pentas politik akan merosakkan ummat bukan membaikinya.

Sesiapa menyokong dan mengundi parti PAS bererti dia juga membiarkan perkara yang rosak ini diamalkan secara berleluasa.

Berguru sebelum memberi ilmu - nasihat Ust Kazim Elias yang patut dijadikan pegangan artis-artis di Malaysia.


Kenyataan Abby Abadi Sertai PAS Sebagai Ahli Seumur - Selepas Kahwin Ust Zaki ???

Menurut info yang belum dapat dipastikan Abby Abadi sudah berkahwin dengan pemimpin pemuda Pas bernama Ustaz Zaki Ibrahim.


Kelihatan penyertaan Abby Abadi munkin didorong oleh suami beliau kerana sebelum ini beliau menafikan akan menyertai Pas.


Kesian kepada Abby yang nampaknya menjadi mangsa terbaru fatwa berjuang kerana Islam hanya melalui parti PAS.


Moga Allah beri beliau hidayah sebenar. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tolong Jangan Gelak : Perutusan Ramadhan @AnwarIbrahim Minta Kita Ubah Akhlak cc @NajibRazak

Tolong jangan gelak. Walaupun kita tahu siapa dan apa yang dilakukannya.


Tolong jangan ketawa walaupun anda merasa lucu melihat mimik wajahnya.


Tolong jangan kata muka beliau seperti sedang menahan sakit mahu berak ketika berucap.


Akhir sekali tolong jangan berguling ketawa menonton video beliau kerana kita sekarang dalam bulan puasa.


Tetapi jika anda terketawa saya juga ketawa dalam hati melihat perutusan ramadhan beliau yang nampak pelik dan lucu.


Moga Allah beri hidayah dan betulkan nawaitunya untuk kebaikan negara kita Malaysia.


Salam Ramadhan kepada pembaca blog panglima.


Semoga Allah menerima amalan kita semua.Insya Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.2

160 Orang Penduduk Kg Nik Aziz Sertai UMNO @NikAbdulAziz @NajibRazak

160 orang penduduk sekitar kg nik aziz atau lebih senang disebut sebagai kejiranan Nik Aziz telah sedar akan kezaliman yang dilakukan oleh kepimpinan PAS di Kelantan, kini mereka berubah untuk memastikan masa hadapan anak cucu mereka lebih terjamin.. kini PAS sibuk menjadikan Parti tersebut sebagai Parti Artis Semalaysia sedangkan kebajikan penduduk kampung sendiri diabaikan lebih dari 20 tahun.. fikirkanlah demi agama, keluarga, bangsa dan negara.. 


"Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini


"ikuti laporan penuh di website dibawah :


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2012/07/160-ahli-pas-penduduk-pulau-me...


Published with Blogger-droid v2.0.2

21 Julai 2012

FELDA Bantu Peneroka Felda Baiki Rumah




12,000 rumah tradisi dibaiki dalam Program Skim Bantuan Kasih Felda...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 12,000 buah rumah di kampung-kampung tradisional sekitar 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara bakal dibaik pulih menerusi peruntukan RM60 juta di bawah Skim Bantuan Kasih Felda.

Gambar PM @NajibRazak Bersahur Bersama Anak Yatim Pagi Tadi



Pohon Menaungi Nabi Hidup Hingga Kini - Mari Lihat Bersama Gambar Ini




Allahumma Solli Wasallim Wabaarik 'Alaih

Pandangan Bernas Ahli Group Facebooker 1Malaysia Mengenai Krisis Air Syabas Di Selangor


Kalau kita perhatikan isu yg spin sekarang to the max is about Syabas...since Syabas is 70% owned by Puncak Niaga (i.e TS Rozali Ismail)....PN boleh dari struktur koperat is almost 100% Melayu at top management level....

Krisis air skrg adalah disebabkan oleh operasi rawatan air, bukan operasi pengagihan air (skop Syabas)....Utk Operasi rawatan air pula Puncak Niaga hanya control 40% drpd Operational Volume...selebihnya oleh ABAS, SPLASH & Sg Harmoni yg Kerajaan Negeri ada pegangan avg 35% share...yg selebihnya Bukan Melayu, spt Taliworks (Lim Gok Bak) & Gamuda...dan mereka (PR) tidak pernah mempertikaikan partners mereka yg bukan Melayu....

Skandal Talam : Bukan RM 42 Tetapi RM 100 Juta Lebih Mahal - Utusan Malaysia

CHUA Tee Yong (tujuh dari kiri) melihat pelan tanah lombong yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga yang tinggi dari harga pasaran di Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.


Perutusan YAB Perdana Menteri Datuk Seri @NajibRazak Sempena Bulan Ramadhan 1433H



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.

Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda.

20 Julai 2012

Kereta Ford Terbaru Untuk Pemandu Tidak Mahir Parking Kereta - Jom Tengok


Pak Lah kecewa namanya diguna pada Himpunan Oren - Utusan Malaysia



KEPALA BATAS 20 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan "Oren" kerana menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan berkenaan.

Abdullah berkata tindakan kumpulan itu menjatuhkan dan memburukkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.

Kerajaan Naikkan Elaun Imam Kepada RM750 Sebulan Bukti Islam Didahulukan cc @NajibRazak @nasruddintantawi


Bukan tempat tabur fitnah

Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersalaman dengan warga imam dan jawatankuasa masjid pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam di negara ini tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk melontarkan kebencian terhadap pemerintah.

Video Debat Fathul Bari vs Nasarudin Tantawi Sudah Disiar Untuk Dinilai Oleh Rakyat Melayu Islam Malaysia




Debat bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?" di antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berlangsung pada hari Khamis, 19hb Julai. 

Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya bertindak sebagai moderator. 

Debat anjuran Sinar Harian ini diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf

Bekas Kapten Mengaku Nabi Akhir Zaman - Harian Metro


‘Aku nabi akhir zaman’

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.

MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.

Penipuan Pembangkang Anak Tun Mahathir Ahli Lembaga Pengarah PETRON Dibongkar !!! cc @NajibRazak @Anwaribrahim


19 Julai 2012

Nik Abduh Hina Nabi Demi Bela Ayah Sendiri - Celaka Celaka Celaka !!!



Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Cari Blog Ini

Translate