Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Jun 2013

Pendedahan Jusuf Kalla : Karpal Sing Terpaksa Buat Sidang Akhbar Nafi @Anwaribrahim Dibiaya Dana Asing !

PULAU PINANG 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

"Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Bojan Puji Aksi Mantap TRW 29/6/2013

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/WTXUy1x0WUs


Sent from my iPhone

29 Jun 2013

Sultan Kelantan rasmi tilawah al-Quran Antarabangsa 1434 Hijrah

Sultan Kelantan rasmi tilawah al-Quran antarabangsa

KUALA LUMPUR 29 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebanyak 72 peserta mewakili 42 negara menyertai majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga 6 Julai ini.

Malaysia diwakili qari, Anuar Hasin dan qariah, Hanimzah Jalaluddin. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Piala FA: Kelantan Kalahkan Johor DT 1-0

Piala FA: Kelantan 1 Johor DT 0 

Gol Kelantan itu hasil jaringan Nurfarhan Muhammad pada minit 16




Sent from my iPhone

DUA KERETA TERBAKAR DI STESEN MINYAK BHP AKIBAT TIDAK MATIKAN ENJIN MALAM TADI



Berikut adalah laporan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Facebook mengenai kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan di sebuah stesen minyak. Berikut adalah kenyataan tersebut.

28 Jun 2013 jam 2145 malam PGO Kl telah menerima panggilan kecemasan kebakaran kereta di stesen minyak BHP di Jalan Cheras berhampiran Pasar Malam 'Downtown' Cheras.

PGO KL telah mengarahkan BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan Unit RIM ketempat kejadian. Kebakaran melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah produa Myvi dan sebuah Citroen. Punca kebakaran dalam siasatan bahagian penyiasatan.









http://beliabangkit.blogspot.com/2013/06/gambar-tidak-matikan-enjin-myvi.html


Sent from my iPad

Subhanallah! Tasik Paling Jernih Di Dunia (5 Foto) | Informasi Melayu Kini

Subhanallah! Tasik Paling Jernih Di Dunia (5 Foto) | Menyentuh tentang air tasik yang jernih, Melayukini.net juga pernah berkongsi gambar dengan anda tentang air sungai yang terjernih di dunia (LINK). Kali ini, kita akan melihat tasik pula yang diikiraf paling jernih di dunia. Keindahan tasik ini memang tidak boleh disangkal lagi apabila kejernihannya mampu dilihat sejauh jarak jampir 80 meter. Subhanallah! Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

tasik1

Blue Lake atau Tasik Biru hanyalah sebuah tasik kecil di Taman Negara Nelson Lakes, berhampiran dengan Alps di selatan New Zealand. Namun menurut kajian yang dilakukan oleh National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA), kejernihan tasik ini boleh dilihat dari jarak pandang sehingga 80 meter.

Kejernihan ini mengalahkan Te Waikoropupu Springs di Golden Bay, New Zealand yang hanya boleh dilihat dengan jarak 63 meter.Warna airnya tidak biru toska, tapi biru keungungan.

tasik2

Warna biru keunguan ini merupakan warna yang hanya boleh dilihat di perairan yang benar-benar jernih. Sebenarnya, Blue Lake merupakan daerah pertemuan dua tasik gleyser. Kemungkinan inilah yang membuat tasik ini mempunyai air paling jernih.


Kredit:

http://melayukini.net/2013/06/subhanallah-tasik-paling-jernih-di-dunia-5-foto/


Sent from my iPad

Kes Taib Mahmud: 400 fail telah disemak - Nasional - Sinar Harian

sprm
SPRM

SHAH ALAM - Kes yang mengaitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang tersebar luas di laman YouTube baru-baru ini, sedang diteliti secara dekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Badan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, sebuah pasukan khas melibatkan 10 pegawai siasatannya sedang giat menjalankan siasatan.

Sehingga kini, lebih 20 individu yang dipercayai terlibat dan disebutkan dalam video itu, telah diambil keterangan.

"Setakat ini, SPRM telah menyemak sekitar 400 fail yang dapat membantu siasatan," menurut kenyataan itu.

Mac lalu, negara dikejutkan dengan pendedahan sebuah NGO antarabangsa yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan melakukan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

SPRM dalam kenyataan sama juga menafikan bahawa siasatan pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat.

"Soal Tan Sri Taib Mahmud tidak bekerjasama tidak timbul.

"Memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan banyak pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa untuk diselesaikan," katanya.

Menerusi kenyataan media sama, SPRM menegaskan pihaknya sentiasa konsisten dalam menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira latar belakang pangkat dan individu.

"... sebagaimana kes-kes yang disiasat sebelum ini, termasuk ahli-ahli politik, SPRM tetap dengan pendirian tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan.

"Ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 - yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan. Ia hanya boleh didedahkan apabila kes dibawa ke mahkamah."

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kes-taib-mahmud-400-fail-telah-disemak-1.177109?localLinksEnabled=false


Sent from my iPad

Semua jawatan UMNO tetap terbuka untuk ditandingi - SU UMNO @TengkuAdnanreal

umno513  

Disebalik pelbagai cadangan agar jawatan nombor satu dan dua parti tidak ditandingi,pemilihan UMNO kali ini yang memberi kuasa memilih kepada hampir 150,000 orang ahli adalah ' free for all'.

"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon,",kata 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis.

Beliau yang ditemui di luar persidangan Dewan Rakyat berkata berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota UMNO dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

Katanya taklimat UMNO mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan UMNO Sabah Jumaat.

Ini merupakan kali pertama UMNO menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dari bahagian-bahagian dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menjelaskan pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Katanya sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.

"Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.

"Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi," katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Khamis.

Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.

"Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.

"Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar," katanya.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.

Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.

"Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009," katanya.

Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.

"Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan," katanya.

Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.-27/6/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/semua-jawatan-tetap-terbuka-untuk-ditandingi.html


Sent from my iPad

Rizab air semakin kritikal - Syabas

PRISCILLA Alfred (kiri) menunjukkan graf penurunan kadar air dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 28 Jun - Kira-kira enam juta warga ibu kota, Selangor dan Putrajaya kini berdepan risiko gangguan bekalan air yang semakin kritikal.

Keadaan itu berikutan rizab bekalan air di semua 34 loji rawatan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Antara kawasan yang dijangka terjejas teruk ialah Hulu Langat, Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Gombak.

Bacaan terkini syarikat tersebut menunjukkan rizab air berada pada kadar 0.64 peratus, berbanding kadar minimum yang ditetapkan Syabas iaitu sekurang-kurangnya 10 peratus.

Gangguan itu dijangka lebih parah selepas ini, berikutan musim panas yang melanda Lembah Klang sehingga September ini.

Sementara itu, Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, perkara tersebut ekoran unjuran permintaan bekalan air pada tahun ini yang meningkat mendadak iaitu sebanyak 5.85 peratus berbanding purata 3.5 peratus setiap tahun sebelum ini.

Katanya, peningkatan permintaan itu dilihat berpunca daripada tuntutan pembangunan komersial terutama di kawasan perindustrian di Selangor.

"Peningkatan permintaan ini turut disumbangkan oleh faktor migrasi penduduk dari negeri lain ke Selangor untuk bekerja dan seterusnya menetap dan mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walau bagaimanapun buat masa ini, jelasnya, masalah tersebut masih terkawal memandangkan Syabas melaksanakan beberapa pendekatan proaktif dalam menangi masalah tersebut.

Menurutnya, syarikat tersebut meningkatkan kemudahan bantuan kepada pengguna sewaktu gangguan bekalan air termasuk memperbanyakkan lori air daripada 42 kepada 66 buah dan menambah 125 tangki air statik bermula Ogos ini.

Sejak Januari lalu ujarnya, Syabas turut meningkatkan keupayaan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) daripada 60 kepada 120 talian namun, perkhidmatan itu hanya mampu menampung 40,000 panggilan sehari dan tidak dapat memenuhi semua pihak sewaktu gangguan air berskala besar.

Kata beliau, kadar pengguna Puspel juga meningkat dengan mendadak tahun ini iaitu sebanyak 4,186 panggilan berbanding 3,517 tahun lalu dan 2,228 pada 2011.

"Sehubungan itu, dalam memastikan masalah tersebut dapat ditangani segera, Syabas meminta kerjasama daripada orang ramai untuk mengelakkan pembaziran air selain melaksanakan beberapa pelan alternatif yang berkesan mengikut kreativiti masing-masing.

"Orang ramai boleh menggunakan kaedah tampungan air hujan. Ramai yang melakukan kaedah ini dalam menjalankan aktiviti harian mereka termasuk menyiram pokok atau membasuh kenderaan sementara air paip digunakan untuk memasak, mandi dan minum," katanya.

Sebarang aduan berhubung masalah bekalan air boleh dilakukan menerusi talian Puspel di 1-800-88-5252, khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 39222 atau mengikuti akaun Facebook, Twitter dan YouTube pusat perkhidmatan itu.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Mari kita berjimat menggunakan air sebelum kita ditimpa kemudaratan dan kesulitan dalam kehidupan.

Air anugerah paling banyak di dunia namun kerana tangan manusia maka ia semakin kotor dan kurang dari apa yang patut kita perlukan dalam aktiviti seharian.

Mari jimatkan air dan desak Selangor segera bekerjasama dengan Pusat untuk membina loji air Hulu Langat 2 sebelum keadaan makin tenat.


Sent from my iPad

DAP Pindah Aset Parti Tanpa Pengetahuan Ahli - Harapkan pendaftaran dibatal ???

A. David Das

KUALA LUMPUR 27 Jun - Dakwaan DAP memindahkan aset bernilai jutaan ringgit kepada pemimpin dalaman parti seolah-olah menunjukkan Dinasti Lim 'mengharapkan' pendaftarannya dibatalkan.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass berkata, perkara itu bertentangan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum lagi menyatakan keputusan untuk membatalkan parti berkenaan.

"Kita sedia maklum bahawa ROS belum lagi memberikan keputusan muktamad sama ada untuk membatalkan pendaftaran parti atau mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun kenapa isu itu timbul sekarang?

"Kalau benar proses pemindahan pemilikan aset sedang berlaku, ini jelas menunjukkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat, Lim Kit Siang sudah bersedia dengan pembatalan parti itu.

"Sehubungan itu, Guan Eng perlu tampil menafikan dakwaan tersebut sekiranya tuduhan itu adalah tidak benar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Katanya, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan CEC.

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya, khususnya berketurunan India.

Jelas David, perkara itu dilihat sangat praktikal kerana sekiranya pemilihan semula CEC diadakan, dikhuatiri banyak pemimpin DAP yang menduduki kedudukan teratas akan kalah teruk.

Oleh itu katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, proses pindah milik aset pada peringkat awal dapat menyelamatkan harta parti itu.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan mempertikaikan pemindahan milik aset yang jelas menunjukkan tidak berada dalam bidang kuasa kepemimpinan tertinggi DAP kerana pemilihan CEC yang diadakan pada 15 Disember lalu adalah tidak sah.

Malah, tambah beliau, parti berkenaan tidak boleh memindah milik sebarang aset tanpa pengetahuan ahli parti berkenaan kerana itu adalah milik mereka.

"Difahamkan, semua ahli CEC adalah tidak sah seperti diumumkan ROS, jadi bagaimana mereka mempunyai kuasa untuk memindahkan aset terbabit? Jika perkara ini adalah benar, maka kepimpinan tertinggi parti itu telah membuat kesilapan yang besar," ujarnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Hollywood terbitkan filem mengenai James Brooke

KUCHING, 28 Jun -- ABANG Johari bersalaman bersama Pemegang Amanah Yayasan Brooke, Jason Brooke (kiri) serta Rob Allyn pada majlis pengenalan pembikinan filem 'White Rajah' yang dijangka menelan belanja AS$15 juta dan memulakan penggambaran pada pertengahan 2014 berlatarbelakangkan hutan hujan tropika Sarawak, di Kuching hari ini. - BERNAMA

KUCHING 28 Jun - "White Rajah", sebuah filem epik Hollywood mengenai pemerintahan James Brooke di Sarawak bakal menjalani penggambaran di negeri ini bermula pertengahan tahun depan.

Filem arahan Rob Allyn tersebut diterbitkan Margate House Film, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dengan kos dianggarkan mencecah RM48 juta.

Menurut Allyn, watak James Brooke berkemungkinan besar akan dipegang bintang filem terkemuka dari Britain atau Australia selain turut menampilkan barisan pelakon tempatan.

"Kami menghasilkan filem ini bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya mahu mengangkat sejarah dan kebudayaan Sarawak selepas membuat kajian mengenai negeri ini sejak tiga tahun lalu.

"Setakat ini barisan pelakon belum dimuktamadkan kerana masih dalam peringkat perbincangan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dalam pada itu berkata, "White Rajah " yang dijangka ditayangkan pada 2015, mampu menjadi landasan terbaik untuk para penggiat industri filem tempatan menonjolkan bakat masing-masing.

"Paling penting, filem ini mampu memperkenalkan Sarawak kepada masyarakat dunia sekali gus melonjakkan industri pelancongan negeri," katanya. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

28 Jun 2013

@ShahrizatJalil Masih Layak Terajui Ketua Wanita UMNO Kerana Setia Kepada Parti dan Tidak Patut Disalahkan Kerana NFC


Pertama sekali panglima sejak dahulu menyokong Shahrizat Jalil atas daya kepimpinan beliau termasuk ketika skandal NFC dan sehingga kini Wanita UMNO tetap teguh walau diuji dengan perletakan jawatan orang kedua Wanita UMNO Datuk Kamilia yang telah bertanding tiket bebas pada PRU 13.

Wanita juga telah berjaya menunjukkan kesetiaan kepada parti dan beliau tetap teguh menggerakkan jentera wanita untuk terus menjamin kemenangan Barisan Nasional khususnya UMNO. Meskipun diasak kanan kiri berhubung isu politik yang ditimbulkan oleh Rafizi berhubung NFC suaminya.


Berita terbaru memberitahu bahawa mantan Ketua Puteri Datuk Seri Azalina Othman berhasrat menentang beliau seperti berita di sini http://kerisputera.blogspot.com/2013/06/azalina-suburkan-demokrasi-dalam-wanita.html  namun kita yakini belum tiba masanya untuk AO mengambil alih teraju wanita. 

Elok jika perjalanan beliau dimulakan selangkah demi selangkah bukan terus melompat terus ke puncak tertinggi wanita.

Dari aspek lain Azalina Othman seorang yang berkarisma dan ada ketokohan tersendiri namun saya tidak fikir beliau lebih baik berbanding Shahrizat walau dia seorang yang boleh menjadi pemimpin yang baik.

gambar YB Penggerang AO bersama rakyat diambil dari http://www.utusan.com.my/utusan/ 

Kematangan di dalam berpolitik serta aspek-aspek lain juga perlu ditimbang seperti mengenali akar umbi Wanita serta berpengalaman luas sebagai pembantu kepada Ketua Wanita, sebelum mampu menggalas tugas no 1 tersebut.

Sekali lagi bukan Azalina Othman tidak layak namun beliau belum tiba masa yang sesuai untuk terus mendaki puncak tertinggi. Diharap beliau juga mampu dan akan dapat menerajui Wanita satu hari nanti, tetapi bukan kali ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Kesetiaan dan ketabahan Shahrizat sukar ditandingi pemimpin sezaman dengannya

Ini pandangan peribadi panglima tanpa sebarang prejudis, hanya sekadar berkongsi idea demi masa depan alif ba ta. Demi Allah tidak ada satu sen pun diterima dari Shahrizat dulu atau kini kerana penulisan kita bukan ditentukan oleh wang tetapi atas analisa dan pengalaman.


Salam Hari Jumaat dan terima kasih kerana sudi membaca...


Anuar vs @Anwaribrahim @ Dewan Rakyat



Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menempelak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berpada-pada ketika menyerang kerajaan dan tidak bersifat talam dua muka hanya kerana berada di pihak dan situasi berbeza.

Annuar menganggap ada tindakan Penasihat PKR itu menggambarkan masih tidak dapat menerima kenyataan kemenangan PRU-13 berpihak kepada BN.

Beliau berkata, perubahan ketua pembangkang begitu ketara sejak berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat, seolah-olah menjadi orang lain walaupun sebenarnya rakyat boleh menilai setiap tindakan, sama ada konsisten atau sebaliknya.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata ketua pembangkang bersikap memilih dalam menjunjung undang-undang negara apabila beliau berterusan mendorong anak muda mengingkari peraturan dan berdemonstrasi di jalanan.

Sultan Selangor Titah Semua Perlu Hormati Perlembagaan Persekutuan dan Negeri



SHAH ALAM 28 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara serta akur dengan setiap peruntukan yang termaktub dalam undang-undang berkenaan.

Baginda melahirkan keyakinan bahawa seluruh rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati antara kaum dan mematuhi undang-undang dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

"Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut ke arah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja.

Video Kenyataan SU Kerja UMNO : Sistem Pemilihan UMNO 2013





Video Ulama Syiah Thaeer Al Daraji Didapati Gay Dengan Bukti Nyata


Untuk info : Liwat isteri dan meliwat dibenarkan dalam ajaran Syiah.

Blogger Pembangkang Perlu Suruh @Anwaribrahim Berhenti Dulu Sebelum Desak @Zahid_Hamidi Berundur !!!


Blog pembangkang http://batuvskayu.blogspot.com/2013/06/zahid-hamidi-disaran-berehat-sehingga.html memetik berita Harakah Daily tentang kes Menteri KDN DS AHmad Zahid Hamidi :


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.

"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

11 Video Tentang Wajah Sebenar Syiah Wajib Anda Saksikan - Harap Sebarkan di Blog FB & Twitter



1.Skuad Pembunuh Syiah terhadap Sunni di Iraq http://www.youtube.com

2.Bukti Iran bantu Amerika http://www.youtube.com/

3.Rintihan penduduk Iraq dipaksa laknat isteri Nabi saw http://www.youtube.com/ 

4. Syiah bakar rakyat Iraq nama Umar Aisyahhttp://www.youtube.com/

5. Syiah buat huru hara di Masjid Nabawihttp://www.youtube.com/

6. Syiah Alukan Israel Zionis dan Amerikahttp://www.youtube.com/

7. Imam Syiah tidak memukul dan cederakan badan merekahttp://www.youtube.com/

8. Yahudi Zionis Belakang Syiah http://www.youtube.com/

9. Persamaan Syiah dan Nazi http://www.youtube.com/

10. Syiah di Malaysia http://www.youtube.com/

11. Kaabah Syiah di Iraq http://www.youtube.com/

Video Sangat Menyayat Hati - Rintihan Penduduk Iraq Live di TV Dipaksa #Syiah Rafidah Melaknat Isteri Rasulullah saw (Tolong Sebar)



Tidak adakah ada hati yang akan menangis bila melihat situasi saudara kita di Iraq dan kita di Malaysia menyokong pemimpin sokong pemimpin Syiah ???

Tidak adakah hamba Allah yang akan menghulur doa untuk menyelamatkan para penduduk Iraq yang dimuliakan Allah dengan keturunan Rasulullah saw terutama Qutub Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ???

Tidak adakah kalangan kita yang akan bangkit menentang dengan pena di alam maya kejahatan Syiah ini dengan harapan tidak ada generasi kita terpengaruh dengan fahaman songsang ini ???

Allah selamatkan mereka. Amin Amin Amin.

Jonker Walk : Penjelasan Kerajaan Melaka - Mohon Sebar




MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bermula Jumaat.


Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman berkata langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri pada Rabu dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas berdasarkan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.


Beliau berkata pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu bagaimanapun tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

Kekejaman Sungguh Dahsyat Kerajaan Syiah Proksi Amerika di Iraq Wajib Ditonton Rakyat Malaysia !!!


Bila melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat islam Sunni di Iraq maka kita akan sedar bagaimana bahayanya puak Syiah ini jika mereka mendapat kuasa. Hari ini Syiah di Malaysia menjadi puak minoriti namun jika usaha tidak dilakukan dan pemimpin pro Syiah diberi kuasa dipilih hingga menduduki tangga atas kepimpinan maka Malaysia juga akan melalui nasib yang serupa seperti mereka. Adakah kita bersedia untuk itu ? 

Sheikh Nuruddin Al Banjari Dihalang Di TV Al Hijrah Kerana Wahabi ? Mohon PM @NajibRazak Campur Tangan


Sheikh Nuruddin adalah salah seorang alim ulamak yang gigih dalam menyebarkan ilmu bukan sahaja kepada para pelajar di Universiti Al Azhar dari pelusuk nusantara seperti Malaysia, Indonesia bahkan juga kepada umat Islam di Malaysia khususnya. (Biografi al Fadhil Sheikh Nuruddin al Banjari sila klik - DISINI)

Kecintaan beliau kepada ilmu serta para pencinta ilmu membawa Sheikh Nuruddin al Banjari ke Malaysia dengan bercambahnya kuliah-kuliah ilmu agama samada di surau, masjid, seminar, majlis khatam kitab hadith  dan sebagainya. Sehinggalah bersiaran di slot CINTA ILMU di TV AL HIJRAH pada setiap Hari Khamis Dan Jumaat jam 0615petang.


27 Jun 2013

Berita Harian: Facebook perkenalkan video guna Instagram


PENGGUNA boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video. - Foto AP

NEW YORK: Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine.

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit.

Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambak kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain.

Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi video kilip selama enam saat.

Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila Facebook membawa masuk syarikat itu lebih setahun lalu. - AP


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FacebookperkenalkanvideogunaInstagram/m/mArticle


Sent from my iPhone

Berita Harian: Bekas Pegawai Khas MB Selangor dipenjara dua tahun, dua sebatan


SHAH ALAM: Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.
Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Video #BahayaSyiah : Taqiyah Versi ON & OFF - Wajib Tengok !!!


Mesti Tengok : Video Kesesatan Syiah dan Persamaan Mereka Dengan Yahudi Laknatullah !!!




Mesti Tengok : Gambar Penghinaan Allah Kepada Ulama Syiah Hina Isteri Rasulullah saw

Hampir saja langit menghujankan bebatuan menimpa bumi ketika Khomeini menyebut dan meyakini bahwa Aisyah lebih najis dari anjing dan babi. 

Mudah-mudahan Allah semakin memperburuk dan memperberat siksaan yang diterimanya sekarang di alam barzakh bersama fir'aun dan abu jahal....

Ketika Aisyah dituduh berzina oleh orang-orang munafik madinah Allah langsung membelanya dari atas langit yang ke tujuh dengan menurunkan sepuluh ayat dalam surat An-Nur untuk membebaskan Aisyah radhiyallahu 'anha dari tuduhan keji tersebut.

Inilah dia perkataan keji itu:

26 Jun 2013

Menteri KDN @Zahid_Hamidi Dedah Hanya 2/231 Kes Tahanan Mati Antara 2000-2013 Disebabkan Polis

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menolak dakwaan kebanyakan kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada keganasan polis.

Sebaliknya Ahmad Zahid (BN-Bagan Datoh) menegaskan ia disebabkan oleh penyakit yang dihidapi oleh tahanan itu sendiri.

Beliau berkata mengikut rekod kematian dari tahun 2000 hingga Mei 2013 sebanyak 231 dicatatkan dan hanya dua kematian yang dicatatkan adalah berpunca daripada pihak polis.

"Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis, hanya dua kes sahaja.

"Daripada 231 kes, 196 tahanan mati akibat daripada penyakit asma, HIV dan serangan jantung," kata Ahmad Zahid menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR- Sungai Petani) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Johari meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan dan mendakwa anggota polis yang bertindak ganas terhadap kes-kes kematian dalam tahanan polis.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan.

"Saya hendak jelaskan di sini mengenai kematian seorang tahanan warga Jepun baru-baru ini. Dia mati kerana menggantung diri dengan baju dan sendiri. Dia bukannya mati kerana dipukul oleh mana-mana anggota polis.

"Saya minta pembangkang jangan kambing hitamkan, anggota atau pegawai kanan polis yang sebabkan kematian tahanan. Jika benar ada yang terlibat saya tidak akan berkompromi dan akan pastikan mereka yang terlibat diambil tindakan sewajarnya," katanya.

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/26/mstar_berita/20130626133835&sec=mstar_berita


    Sent from my iPhone

    ADUN BN Kuala Besut Meninggal Dunia | AIDC

    AIDCNews – 26/06/13 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.

    Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.

    Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.

    Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat, kerajaan Negeri Terengganu.

    Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

    Kematian ADUN Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU 13.



    http://www.anwaraidc.com/?p=36558&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed


    Sent from my iPhone

    Kehadiran Sangat Rendah #Black505 Bukti Kegagalan @Anwaribrahim ajak Rakyat Desak SPR Letak Jawatan

    BLACK 505 GAGAL, AKHIRNYA CINA TIPU ANWAR 
    Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka - lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.    Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.    Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.   
    Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil.    Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yang kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau 'mainstream'.   
    Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.    Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin. 
    Begitulah purata jumlah kehadirin penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.    Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya. 
    Seringkali setiausaha politik yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.    Setiausaha politik kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar.    Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.    Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak.   
    Jika sambutannya hanya beberapa kerat, pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.    Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah, buku, poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang.    Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan. 
    Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.    Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.    Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.    Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13. 
    Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini.    Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akur dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila. 
    Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau 'finale' Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.    Beliau menjangka 'habis busuk' sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang  untuk menumbangkan kerajaan BN.   
    Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidakm sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan, malah 5 peratus pun tidak sampai.    Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya. 
    Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.    Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505. 
    Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.    Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.    Hakikatnya penutup kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhnya tirai ke atas karier politik Anwar. 
    Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja. 
    Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya. 
    (Kiriman Email pembaca)


    Lihat pemimpin BN & PR boleh gelak ketawa ketika rakyat pro pembangkang yang mengagung pemimpin mereka ditangkap luar Parlimen.
    Sent from my iPhone

    Isu Jerebu : Malaysia Mohon Kerjasama Dari Indon - PM @NajibRazak 24/6/2013

    Check out this video on YouTube:

    http://youtu.be/E7NMVuky4ss


    Sent from my iPhone

    25 Jun 2013

    Syabas Menteri KDN @Zahid_Hamidi Perangkap 'Peliwat' Perlembagaan Di Parlimen Semalam

    Usul dibentang Menteri KDN berjaya perangkap pembangkang dan buat NGO mereka mula hilang pertimbangan apabila melihat pengorbanan mereka berpenat lelah hanya buang masa, menjadikan mereka terpaksa melawan polis hingga menumbuk mukanya, hanya sia-sia.



    Baca berita di bawah ini tentang kebijaksanaan Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Naib Presiden UMNO memerangkap pihak pembangkang dalam usul yang dibentangkan oleh beliau semalam.

    Akhirnya mereka akur - Zahid

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

    KUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen pagi ini.

    Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah.

    "Apabila mereka datang (angkat sumpah), ia menunjukkan akhirnya mereka akur kepada Perlembagaan dan peraturan Dewan Rakyat.

    "Namun, apa yang dilakukan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dengan berdemonstrasi membuktikan mereka tidak memahami Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysiaketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

    Terdahulu dalam sidang Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.

    Merujuk kepada usul itu, beliau berkata, mana-mana pihak diingatkan tidak cuba menghalang pintu masuk Parlimen memandangkan usul tersebut diterima sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.

    "Seharusnya itulah tindakan sebaiknya dan jangan mencari masalah, mereka harus terima apa jua akibat daripada masalah yang mereka lakukan," katanya.

    Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengingatkan pemimpin pembangkang tidak berterusan mengancam keselamatan negara dengan mengadakan perhimpunan haram kerana mereka sendiri mengakui sistem demokrasi negara dengan hadir mengangkat sumpah.

    Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, ikrar taat setia dan janji mematuhi undang-undang yang dilafazkan setiap Ahli Parlimen itu diharap tidak lagi membawa kepada sebarang pertikaian berhubung sistem pilihan raya yang didakwa satu penipuan.

    "Proses demokrasi sudah berjalan lancar, rakyat sudah membuat pilihan, jadi semua Ahli Parlimen jangan lagi membuang masa sebaliknya bertindak mengikut lunas Perlembagaan," katanya.


    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Adam Adli Terkucil Bila Disergah Polis 25.6.2013

    Check out this video on YouTube:

    http://youtu.be/PXCVJcMxRSE


    Sent from my iPhone

    Terima dan hormati keputusan PRU13 - Titah YDP Agong

    Ketika puak pembangkang masih buat macam-macam hal kerana geram kalah dalam pilihanraya umum ke 13,Yang di-Pertuan Agong pada pada titah baginda Selasa merasmikan pembukaan mesyuarat penggal pertama Majlis Parlimen ke-13 mahu semua pihak terima dan hormati keputusan pilihanraya itu.
    Dalam titahnya di dalam ruang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menegaskan pilihanraya itu diadakan mengikut lunas demokrasi dan berlangsung secara aman.
    Ini kali pertama titah Seri Paduka mengenai keputusan PRU13 itu dibuat di depan para pemimpin pembangkang sendiri.
    Isnin semalam semasa majlis angkat sumpah para Ahli Parlimen,lebih 100 penyokong pembangkang cuba cetuss ketegangan semasa demo mereka di jalan depan bangunan Parlimen.
    Sekalipun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cuba dijadikan kambing hitam oleh gerakan pembangkang dalam membantah keputusan PRU 13, Tuanku Abdul Halim menyatakan penghargaan kepada agensi pengendali pilihanraya itu.

    Cari Blog Ini

    Translate